Jakarta, ibu negara Indonesia, adalah sebuah kota yang sangat padat. Bayangkan di Jakarta sahaja ada 13 juta orang, dah hanpir separuh jumlah penduduk Malaysia! Walau bagaimanapun, di Jakarta tidak ada kemudahan tren, LRT, MRT mahupun monorel… menjadikan ia sangatlah macet (trafik sesak).
Kami berkunjung ke Jakarta ketika anak-anak berusia 2, 5 dan 6 tahun. Disebabkan anak-anak masih kecil-kecil, jadi pendekatan kami lebih kepada child-friendly. Maklumlah, dengan 3 orang budak kecil ni, dengan seorang OKU, sebolehnya jangan buat mereka mengamuk. Jenuh nak mendokong 3 orang.
Kami menyewa apartment di Somerset Berlian Jakarta di Kebayoran Lama. Tempat ni terletak dalam 45 minit dari Airport Soekarno Hatta, dan 5 minit perjalanan dari Plaza Senayan. Perjalanan tu kira naik kereta la, bukan jalan kaki ye. Di Indonesia ni, baik hotel mahupun apartment macam ni, nak masuk kena check satu-satu, kot ada bom. Maklumlah… kerap juga terjadi bombing di sini kan.
Di sini kami booking seorang pemandu (supir) yang dedicated untuk bawa kami ke mana-mana. Memandangkan tak ada perkihdmata tren, agak sukar juga lah nak bergerak sendiri, takkan nak tunggu bas atau naik angkot. Lagipun memang biasanya pengunjung ke Indonesia akan guna khidmat supir. Kami booking supir siap-siap dari Malaysia.
OK lah, ke mana kita nak bawa anak-anak di Jakarta ni?
Ancol Dreamland
Ancol ni sebuah taman tema yang besar dan mempunyai banyak attraction kat dalam. Yang paling sesuai untuk keluarga dengan anak kecil ni, kami pilih Ocean Dream Samudera. Walaupun seharian di Ancol, tapi kami cuma sempat habiskan Ocean Dream dan Seawold. Tenpat2 ni menyediakan pelbagai tarikan bertemakan lautan seperti persembahan dolphin, anjing laut, ikan duyung, lanun, akuarium dan banyak lagi.
Dalam Ancol ni juga ada Dunia Fantasi, ala-ala Disneyland versi Indonesia. Ada macam-macam rides mengikut tema – Indonesia, Asia, Afrika, Amerika, Europe dan Fantasi Hikayat.
Taman Mini Indonesia Indah
Anak-anak yang usia sekolah pasti seronok melawat dan belajar tentang negara Indonesia di Taman Mini. Bukan saja ada perembahan kebudayaan, malah ada 14 buah muzium, kereta kebal eh, kereta kabel, panggung IMAX dan rumah-rumah kaum di Indonesia.
Taman Raya Bogor
Bogor ni sebuah kota di Jakarta Selatan. Dalam sejam lebih perjalanan dari Pusat Bandar Jakarta. Di Bogor ni selain shopping outlet (outlet kecik2 je), antara tempat yang menarik untuk bawa anak-anak ialah Taman Raya atau Kebun Raya. Taman Raya dibina pada thahun 1817 oleh Gabenor Jeneral van der Capellen (Belanda). Pad mulanya ia menjadi tempat percubaan untuk membina sebuah hutan buatan dengan kajian terhadap tumbuhan di Bogor. Sekarang menjadi salah stu tarikan utaman di Bogor.
Disebakan tempat ni dulunya adalah pusat kajian botani di Jakarta, maka banyak sangat benda berkaitan tumbuhan yang boleh dipelajari di sini.
Shop Til You Drop!
Di Jakarta terdapat banya pilihan shopping mall besar2 yang ada indoor playground central park seperti Grand Indonesia, Plaza Indonesia, Central Park, Plaza Senayan dan sebagainya. Sambil shopping, anak2 pun boleh main sampai lebam.
Pelbagai syarikat penerbangan menyediakan direct flight dari KUL ke CGK seperti Malaysia Airlines, Malindo dan Air Asia.
Untuk booking supir, boleh dapatkan dari http://www.pakejindonesia.com, tak payah ambil yang pakej, ambil supir saja. Kalau ada kawan2 yang ada contact trusted supir sendiri pun OK.
Leave a Reply