Praktik Bahasa Sepanyol Di Chile

By | October 19, 2016

Sebahagian negara di Amerika Selatan amnya menggunakan Bahasa Sepanyol, selainnya Bahasa Portugis, Inggeris, Perancis….bergantung kepada negara mana yang pernah menjajah mereka.

Jadinya di Chile ni guna Bahasa Sepanyol. Yang lagi best diorang ni kebanyakan tak reti cakap Inggeris. Alah, samala macam kita…bukan semua reti English pun. Yang kat airport tu OK la,diorang dah biasa kan.

Kat sinilah rupanya berguna juga hobi suka menonton telenovela masa kecik2 dulu. Walaupun yang paham sepatah dua je tapi boleh agak apa dia cakap. Sampaikan suami saya pun heran macamana saya boleh faham diorang cakap apa. Hehe.

Juga berguna hobi suka dengar lagu mat saleh.

Kisahnya mula-mula tu nak beli tiket ke Valparaiso.

Orang kaunter: *%[*[%]% sepatah haram tak paham tapi rasa macam dia tanya nak berapa tiket

Saya buat isyarat tangan.

Orang kaunter:*[[]%]{\{ ada dia sebut nombor2 dlm Spanish

Saya: oco, cinco, cuatro…? (terus recall lagu Fly Guy by The Offspring yang dok membilang uno,dos,tres cuatro, cinco cinco, seis..)

Orang kaunter: Si (ya)

Saya: *bayar* gracias senorita (terima kasih cik”


Alhamdulillah. Allah mudahkan. Haha. Macam tak percaya pula boleh pulak saya berbahasa Sepanyol.
Benda paling basic, mesti tau mengira dalam Bahasa Sepanyol

Uno, dos, tres, cuatro, cinco, seis, siete, ocho, nuevo, diez

Senang nak beli apa2 dan bayar. 

Perkataan2 lain untuk senang communicate dengan diorang…

Cuanto = berapa

Donde = mana

Si = ya

Hola = hai

Bueno diaz = selamat pagi

Senor = encik

Senora = puan

Senorita = cik

Hahaha. 2-3 patah. Jadilahhh. Selebihnya kita cakap Melayu je.

Orang Chile ni peramah. Mostly suka menegur. Tapi tak lah semua.. Sama la macam orang kita. Tapi Chile memang best. Kalau bukan sebab jauh bebeno, rasa nak repeat je.

Tapi yang tak.tahan, kat sini banyak sangat anjing,besar2 pulak tu. Saya ni takut anjing. Tapi tokleh nak lari mana sangatlah…memang ada je dok keliling.

Apa yang korang nak tau tentang Chile? Meh nak story.

2 thoughts on “Praktik Bahasa Sepanyol Di Chile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge