Lately kami asyik makan luar aje sebab tak sempat cum tak larat nak masak. Biasanya kami ke Dataran Sunway Kota Damansara atau Rasta @TTDI. Rasta ada favourite Abiy : tauhu bakar. Rasta ni macam food court, ada banyak gerai pelbagai specialty. Ada western, arabian, chinese,etc. Ada restoran ala khemah arab lagi.
Harga dia bole tahan.. Tapi most of the time memang sedap. Especially western food. Nak kata superb tu takde sangatla.. Tapi bole jual la..
Last night kami makan kat Tata Tom Yam yang betenggek kat tepi Tesco Mutiara Damansara. I had laksa siam & Abiy amik tomyam.
Bole tahanla. Yang bestnya sebab murah. RM 5 semangkuk untuk semua.
Kadang2 angkat jugak fast food. Especialy pizza tapi hanya untuk celebration je la.
Kadang kami kuar supper. Biasanya mesti nak char koew teow. Yang paling best (so far jumpa) kat Wangsa Maju, area dekat Carrefour. Or kat Desa Pandan. Memang best!
Kami ni stail gerai je, tak masuk restoran mahal2. Belum sampai standard tu lagi 🙂
Kat KL ni senang nak cari makan tak macam sesetengah tempat sampai tepaksa asingkan yang halal dan non halal dalam 1 pinggan. Cuma antara sedap dan tak berapa sedap je. Tapi rezeki ni tak baik komplen2, syukurlah ada untuk kita.
Malam ni pun makan luar juga tapi tak tau nak pegi mana..
Leave a Reply