Tembak Untuk Bulan, Walaupun Kamu Gagal, Kamu Bakal Mendarat di Antara Bintang

by Mommy Lyna on March 5, 2010 · 15 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

*giler sungguh direct translation.

Bercakap tentang entry saya semalam tentang sikit2 pasal Law of Attraction, tentang target tinggi2…

Sebenarnya ia adalah sangat obvious antara target dengan angan2.

Macam bila dia berdoa, minta sesuatu daripada Allah, katakan kita dia "YA Allah, jadikan aku kaya ada 10 ribu". Dia takkan bagi esok pagi sedebuk 10 ribu turun dari langit. Dia akan bagi dalam bentuk supaya kita usaha sendiri untuk dapat 10 ribu. Mungkin dengan beri kesihatan yang baik, otak yang waras so that kita dapat usahakan untuk dapat 10 ribu. Atau mungkin ada luck, tiba2 dapat cabutan bertuah 10 ribu ke, menang hadiah ke, tapi kebarangkalian yang tu mungkin tak tinggi. Kebarangkalian yang pertama tu yang hampir 100%.

Jadi, bila kita target, kita sendiri mau ingatlah. Kalau target nak dapat 4 flat, tapi belajar malas… itu memangle tak payah pasang cita2 macam tu. Target tu sebenarnya melambangkan usaha kita. Kalau target dapat 4 flat, usaha pun mestila kene setimpal dengan target kita.

Dan rangkaian ayat2 doa tu sangat indah, kerana Allah betul2 bagi apa yang kita nak. Sebab tu kena doa spesifik apa yang kita nak. Kalau mintak rezeki, bila kita doa "YA Allah murahkan rezeki aku".. tapi Allah anugerahkan kesihatan yang baik, kerja yang baik.. tapi tak nampak itulah rezeki dia sebenarnya.

Bila letak target pun lebih kurang macam tu. Saya tahu saya pemalas, so saya tak target dapat 4 flat :P Sebabnye.. kalau target 4 flat mesti saya kena belajar rajin2. Buat jadual segala. Macam masa nak amik PMR, bila target 9A, saya terpaksa belajar rajin2, jauhi perkara yang membutakan hati, rajin semayang sunat segala (ini adalah perangai yang tidak elok, nak apa2 baru rajin minta doa :P). So sendiri mau ingatlah. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.

Tak salah nak berangan. Dari angan2 tu akan datang idea. Malah Khalifah Umar sendiri ada berangan. Angan2 beliau ialah untuk melihat di dalam rumahnya ada tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya. See, betapa mulianya angan2 Khalifah Umar. Kalau kita mungkin berangan nak jumpa Fahrin Ahmad, opsss.

Tapi angan2 kosong sampai membuang masa.. asyik berangan je tu memang lah tak betul. kerana Nabi pun ada bersabda:

Anas r.a. katanya: “Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ‘ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)”. —> saya ada simpan dulu rajah yang dilukis Baginda.

Maknanya kita ni jangan berangan sangat. Yang penting angan2 tu adalah sebagai rajah untuk next step kita. Tapi menanam target dan cita2 tinggi itu perlu. barula jadi umat yang progresif. macam Muhammad Al-Fateh yang berangan dan bercita2 untuk menawan Constantinople. Akhirnya baginda mengambil semula COnstatinople pada usia 21 tahun. Tapi tertanya dia bukan berangan kosong je. Masanya dihabiskan dengan persediaan untuk menakluk kota tu.

Shoot for the moon!

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 15 comments… read them below or add one }

wan anie March 5, 2010 at 12:55 pm

Berangan tu penting tapi janganlah pasang angan-angan macam mat jenin kan… berangan setinggi langit tapi duk situ jugak… hihi :D

Saya ada tawarkan Buku Wang Saku dan Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga di blog…
wan anie´s last blog ..Sticky: Buku Wang Saku & Pengurusan Belanjawan Keluarga My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 5, 2010 at 5:07 pm

sian mat jenin, dia takdan nak realisasikan angan2 dia, daaaah jatuh lalu mati :D

Reply

dbalkis March 5, 2010 at 2:24 pm

Saya setuju, angan2-cita-cita-usaha-doa..Insyaallah berjaya.. Kalau tak berjaya juga tu namanya UJIAN..harus juga terus berusaha untuk menghadapinya..

Kalau saya, mmg selalu target tinggi, tapi saya kasik option pada diri sendiri iaitu 2nd choice, maksudnya kalau tak dapat si bintang yang besar tu, at least saya dapat gak bintang kecil yang extra..sebabnya, usaha sudah bersungguh untuk bintang besar, mungkin tak cukup layak, tak xe rexeki etc.. Bila kita dapat bintang kecil tu kita rasa sudah cukup puas hati..dan selalunya akan dapat bintang kecil yang extra (in between bintang besar dan kecil)..Kalau hanya ada satu target, terduduk tersungkur kalau tak dapat..sangat frust nanti jadinya..
dbalkis´s last blog ..Saya tak nak tulis banyak..tulisan orang hormon tak stabil AKA stress ni tak cantik. My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 12:55 am

orang kata work for more expect less. ke cane tah.

kita usaha tapi yang di akhirnya tu bukan kita tentukan, kan? kdg2 kita rasa benda tu baik utk kita tp sebenarnya Allah lagi tahu, maybe benda tu tak baik. Dia dah kata dalam al-Baqarah ayat 216.

Reply

isabelle March 5, 2010 at 3:57 pm

yeahhh..mari teruskan berangan..hehe
well, it starts with a dream. tapi kalo byk sgt angan2, hati jadi keras.
isabelle´s last blog ..Main ekor My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 12:58 am

hahaha. cikgu dah cakap kita kene ikut :D nanti cikgu rotannn lariiiii

Reply

temp. housewife March 5, 2010 at 4:33 pm

berangan dgn cita2 tu jauh bezanya kan. kalau cita2 insyaallah kita akan usahakan.

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 12:58 am

baik cikgu!

Reply

dwimaya March 5, 2010 at 7:12 pm

ermm bukan ke pepatah tu shoot for the stars, if tak dpt stars, then at least dpt moon ke?

coz by logic, stars lebih jauh, moon lebih dekat..? ;)

Reply

dwimaya March 5, 2010 at 7:14 pm

ok saya silap..setelah google, ada quote shoot for the moon, if you miss, you’ll land among the stars, lebih kurang gitu..

sorry ;)

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 12:59 am

hihihi

takpe

itulah gunanya prof google :D

Reply

Lana March 7, 2010 at 3:36 am

Ha’ah ler dwimaya, i totally agree with u bab ni. x logic langsung shot for moon and land on the stars due to the distance scientificly. sape invent pepatah ni blur dohh :P

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 9:01 am

Maser pepatah ni dicipta, bidang astronomi belum diteroka lg. Muahaha.

Reply

LeeN March 5, 2010 at 11:32 pm

huahuahua… nama itu disebut lagi. kekekeke

Reply

Mommy Lyna March 7, 2010 at 1:00 am

nama sapa nih???

aku masih di ambang mistriiii

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers