Taufan Soulik di Korea Selatan

admin Avatar

Sebaik saja kami tiba di Busan, South Korea tiba-tiba telefon tangan menerima satu mesej berbahasa Korea “EMERGENCY ALERT” dan tulisan Hangul yg langsung saya tak faham. Saya buka Twitter Korean Emergency Alert pun tak ada apa latest news. Hinggalah GPS di kereta pun mengeluarkan amaran sama dalam Bahasa Inggeris “Hurricane Warning”.
 
 Rupa-rupanya hari ni adalah permulaan taufan Soulik di South Korea ni. Aduh, bagaimana ni. Patutlah hujan dan angin sangat kuat.
 
 Kami plan nak ke Tongyeong tapi tukar haluan ke Busan Premium Outlet memandangkan keadaan cuaca yang bahaya. Di Premium Outlet tiada hujan tapi angin memang kuat. Tapi orang-orang Korea ni rileks je macam tak ada apa.
 
 Selesai urusan di outlet, kami check in hotel berhampiran Heundae Beach. Angin begitu kuat dan ombak pun tinggi. Dari bilik pun boleh denga bunyi ombak yang menggila.
 
 Petang tu kami ke Jagalchi untuk makan malam. Sekali lagi dapat warning.
 


Tengok luar pun bumbung kedai bergoyang ditiup angin. Bunyi hujan lebat di luar.
 
 Di TV pula menayangkan berita tentang pukulan taufan di Pulau Jeju. Rumah rosak, kereta tenggelam, aduh parah ni.
 
 Saya lihat dalam web The Weather Channel, diberitahu tentang taufan Soulik yang sedang bergerak menuju ke utara. Lebih membimbangkan kerana taufan Cimarron yg melanda Jepun pun diberitakan dalam perjalanan ke sini. Aduh, risau ni.
 
 Walaupun Busan bukan berada di pusat taufan tapi serpih-serpih tu dirasa juga ni.
 


Tapi saya lihat ahjumma ahjussi di sini macam tak ada apa-apa pun. Semua selamba saja. Tak ada pula arahan untuk ke pusat perlindungan ke apa.
 
 Tak apalah, kita makan dulu.
 


Kalau datang ke Busan ni mesti nak datang kedai ni je 😅 tanpa disedari rupanya tiap-tiap tahun ke sini. Sampai ahjumma kedai ni dah kenal. Dengan anak-anak pun diorang kenal.
 
 Selesai makan dan nak balik.. ohh rupanya cuaca OK saja. Yang saya dengar macam hujan lebat tadi rupanya bunyi air dari akuariam. Lega…
 
 Kami jalan-jalan di sekitar Jagalchi dan ambil teksi ke Haeundae. Ada je train tapi memikirkan badan dah penat, dah tak larat nak naik train, nak kena jalan lagi dari stesen ke hotel. Naik teksi je lah, mahal sikit tapi rileks.
 
 Sampai di hotel, ombak masih kuat. Gerun juga melihatkannya. Maklumlah kita di Malaysia tak biasa dengan taufan. Taufan ni yang ada mata dan bergulung-gulung tu. Lagi pula pada masa yang sama berlaku taufan di Korea ni, Jepun dan Hawaii.
 
 Sebenarnya bagi mereka benda ni biasa… ribut, taufan, malah ribut pasir kalau di timur tengah, menandakan perubahan musim. Hujung September di Hemisfera Utara akan memasuki musim luruh, jadi banyaklah benda-benda bencana alam ni terjadi.
 
 Hari berikutnya, alhamdulillah. Cuaca sangat cerah dan tenang. Benarlah orang kata, selepas taufan cuaca akan jadi sangat cantik. Memang cantik betul terutama pemandangan di laut.
 


Pagi itu saya check TWC, syukurlah taufan Soulik semakin lemah setelah melanda Pantai Barat Korea semalam. Begitu juga taufan Cimarron di Jepun.
 
 Rasanya inilah pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Selain terperangkap akibat gunung berapi di Iceland dulu.
 
 Orang-orang di sini mungkin dah biasa dgn bencana alam, jadi mereka tak panik. Yang tak biasa macam kita ni dah habis mengucap semua dah. Kalau kita ni, sesekali ditimpa bencana terus kaitkan dgn “balasan Tuhan” tapi mereka tiap-tiap musim hadap taufan, puting beliung, gempa, etc. Kalau anggap bencana ni ‘balasan Tuhan’ macam di tempat lain tak ada orang jahat, di sini je yang ada.
 
 Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi.

admin Avatar

One response to “Taufan Soulik di Korea Selatan”

  1. Mawar Avatar

    Kebelakangan ini macam banyak taufan yang meliputi banyak negara Asia. Mungkin ini disebab oleh global warming kot. Kita manusia mestilah lakukan sesuatu supaya dapat mengurangkan kejadikan taufan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge