Kami bukan peminat muzik Rock, apa lagi Hard Rock. Tetapi Rock Shop di Hard Rock Cafe adalah antara destinasi kami semasa backpacking baru ni, dan semasa berjalan ke mana-mana yang ada Rock Shop.
Kami menjadikan merchandise dari Hard Rock sebagai satu tanda kenangan yang unik, yang mana kami pernah sampai ke situ. Tanda mata yang biasa saja pun.. T-Shirt, Cardigan.. tapi mengumpulnya menjadi satu kenangan unik kami.
Di Eropah, kami mengunjungi Rock Shop di Hard Rock Cafe, di kota2 yang kami lawati.
Hard Rock Cafe Paris
Entah kenapa tiada pula gambar di sini. Jadi gambar dari Google saja ^^ Nak ke sini kami guna Metro ke Richelieu-Druot.
Hard Rock Cafe Rome
Kami berjalan kaki dari Spagna ke sini. Agak jauh jugalah tapi dalam cuaca di sana tak terasa lelahnya, tak berpeluh mungkin. Pulangnya kami naik metro di Stesen Barberini, sebab dah malam.
Hard Rock Amsterdam
Untuk ke Hard Rock Cafe Amsterdam kami naik tram dari Central Station ke Leidseplein.
Hard Rock Edinburgh
Hard Rock Cafe Amsterdam ni cuma berdepan dengan hotel kami, George Hotel Edinburgh.
Hard Rock Manchester
Kami singgah di Hard Rock Manchester dalam perjalanan pulang dari Old Trafford. Tak adalah dalam perjalanan pun, kena lajak sikit dari Manchester Central.
Kami tak singgah di Hard Rock London, nak simpan untuk trip tahun depan -_^ insya-Allah
Kumpul T-Shirt Hard Rock Cafe sebagai kenangan… Walaupun boleh je beli kat mana2 yang ada jual tapi feelingnya tak sama dengan kita beli sendiri di lokasi. Untuk kenangan masing-masing kan. Lagipun rumah kami tak sesuai nak taruk cenderamata.. ada je la tukang selongkar. T-Shirt boleh lipat simpan dalam almari & boleh digunapakai 😀
Korang pula macamana?
Leave a Reply