Tanda Mata BackPacking Kami – Hard Rock Merchandise

admin Avatar

Kami bukan peminat muzik Rock, apa lagi Hard Rock. Tetapi Rock Shop di Hard Rock Cafe adalah antara destinasi kami semasa backpacking baru ni, dan semasa berjalan ke mana-mana yang ada Rock Shop.

Kami menjadikan merchandise dari Hard Rock sebagai satu tanda kenangan yang unik, yang mana kami pernah sampai ke situ. Tanda mata yang biasa saja pun.. T-Shirt, Cardigan.. tapi mengumpulnya menjadi satu kenangan unik kami.

Di Eropah, kami mengunjungi Rock Shop di Hard Rock Cafe, di kota2 yang kami lawati.

Hard Rock Cafe Paris

 

paris hard rock

Entah kenapa tiada pula gambar di sini. Jadi gambar dari Google saja ^^ Nak ke sini kami guna Metro ke Richelieu-Druot.

Hard Rock Cafe Rome

rome hard rock cafe

Kami berjalan kaki dari Spagna ke sini. Agak jauh jugalah tapi dalam cuaca di sana tak terasa lelahnya, tak berpeluh mungkin. Pulangnya kami naik metro di Stesen Barberini, sebab dah malam.

Hard Rock Amsterdam

amsterdam hard rock cafe

Untuk ke Hard Rock Cafe Amsterdam kami naik tram dari Central Station ke Leidseplein.

Hard Rock Edinburgh

edinburgh hard rock

Hard Rock Cafe Amsterdam ni cuma berdepan dengan hotel kami,  George Hotel Edinburgh.

Hard Rock Manchester

manchester hard rock

Kami singgah di Hard Rock Manchester dalam perjalanan pulang dari Old Trafford. Tak adalah dalam perjalanan pun, kena lajak sikit dari Manchester Central.

Kami tak singgah di Hard Rock London, nak simpan untuk trip tahun depan -_^ insya-Allah

Kumpul T-Shirt Hard Rock Cafe sebagai kenangan… Walaupun boleh je beli kat mana2 yang ada jual tapi feelingnya tak sama dengan kita beli sendiri di lokasi. Untuk kenangan masing-masing kan. Lagipun rumah kami tak sesuai nak taruk cenderamata.. ada je la tukang selongkar. T-Shirt boleh lipat simpan dalam almari & boleh digunapakai 😀

Korang pula macamana?

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Tanda Mata BackPacking Kami – Hard Rock Merchandise”

  1. eda Avatar
    eda

    salam perkenalana .. rasanya da lama add awak tp tak pernah lak reply any comment at your blog .. he3 ..anyway ..besh kan jenjln kat negara luar .. timba pengalaman.. makan angai bersama family .. ambil pic byk2.. bape lama kat sane ke awak da blik m’sia

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam eda

      ni cerita dah lama, pegi akhir Mei lepas. baru berkesempatan nak berkongsi 🙂

      TQ for reading!

  2. rina avail a.k.a cik betty Avatar

    As-salam,

    Sori nk komen out of topic. Semalam sy baru beli vitamin c organic kt fb. Testi mcm menarik tp sy beli sikit je dulu saja nk try test. Hari ni br terfikir nk search psl vitamin c organic tu..

    yg sy jumpa:

    – vitamin c organic ktnya x bagus sbb katanya sama mcm jus yg ada kt pasaran – cara pemprosesan mungkin menyebabkan vitamin c tu terhapus

    – yg ni lg..ktnya vitamin c organic tu sbnrnya vitamin shaklee tp dibungkus dan dijual semula

    boleh bg pendapat lyna ttg vitamin c ni since u pakar vitamin kan :))

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sila check email anda 🙂

  3. jardness Avatar

    hehehe.. sy amik gambar semua kedai HRC kat instagram. kekadang blog bout it too. Baru nk start hobi neh,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge