Kita disuruh menggunakan bahasa dengan betul, namun di peringkat atasan dan media pun tidak mengamalkan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul dan tepat, bagaimana mahu melarang seorang rakyat marhaen dari menggunakan bahasa SMS dalam penulisan?
Contohnya:
“Kawasan Merbahaya”
kesalahan: Tiada kata imbuhan MER. sepatutnya BERBAHAYA.
Lagi contoh;
“Dan engkau masih menyintaiku…”
Kesalahan: Tiada kata imbuhan MENY kecuali untuk kata dasar bermula dengan huruf ‘S’. Sepatutnya MENCINTAIKU.
Lagi:
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”
Kesalahan: Disembahyangkan bermakna orang mati itu digerakkan supaya dia yang bangun sembahyang. Sepatutnya DISEMBAHYANGI.
Rujukan: buku tulis BM tingkatan 3 SMKANL.
Tapiiii tak Ada pun pihak yang bising mahupun nak memperbetulkan. Duk bising benda lain je.
P/S: cikgu BM mesti bangga dengan anak murid dia Nan sorang ni.
Yang papan tanda di bawah ni siapa nak jawab?
Leave a Reply