Ya, memang saya layan tag. Biasanya yang diinform, saya akan prioritize 🙂 HuaHuaHua.
Datangnya dari Kakak Angkat Yang Saya Rasa Tak Larat Pon Nak Angkat.
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
- Beliau mungkin begitu obses dengan blognya hingga boleh demam kalu tak dapat update/tak dapat akses ke blog tersebut.
- Beliau fasih berbahasa Jepang dan kini sedang mentarbiah anak kesayangan beliau menjadi seorang Melayu yang fasih berbahasa Jepan juga.
- Beliau adalah tempat saya mencurahkan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa buah pihak.
- Berchatting/SMS/GTalk a.k.a gossip dengan saya adalah daily dosagenya. Kalau tak dapat gossip dengan saya sah2 beliau akan bermuram durja sepanjang hari. Hahahaha!
- Beliau dengan suami beliau sama saja. Apa je yang beliau tahu, suami beliau akan tahu kerana suaminya mempunya kuasa membaca minda tahap ke-18.
Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
- Penggondol ijazah dalam bidang Engineering dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Sampai hari ni duk bangga bila orang sebut2 nama U itu hehe.
- Mempunyai 2 anak bujang yang comel. Dan menyusukan mereka berdua serentak sehingga hari ini.
- Seorang juruterror yang sedang menikmati percutian di atas ehsan suami tercinta untuk menjaga anakanda yang dilahirkan 12 minggu lebih awal. Sayangnya waktu percutian sudah semakin hampir tamat kerana perjalanan masa yang mencemburui kita.
- Seorang yang berfikiran positif setiap masa
- Seorang yang misteri…..
Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
- Menulis blog.
- Menyanyi dan berkativiti bersama anak-anak.
- Menonton cerita lawak yang ntah apa-apa seperti ‘Just For Laugh’ dan Spongebob Squarepants.
- Membaca apa saja buku termasuk majalah Ujang dan Dik Cerdas.
- Berfikir tentang kejadian-kejadian serta current issues dan melihat dari perspektif yang berbeza.
5 orang penerima tag yang seterusnya.
Sorila tak dapat letak hyperlink, WP saya mengalami masalah mental sedikit.
- Zuhaini – www.my-alia.com
- Nadiah Sidek – http://ummsyuhada.blogspot.com
- N33za – http://theminorityfamily.blogspot.com
- Liza – http://noorlizanasikin.blogspot.com
- Farah – http://foxyfarah.blogspot.com
Leave a Reply