Saya selalu berasa hairan kenapa ada ibubapa yang naik berang bila anak2 mereka didenda di sekolah, dipanggil cikgu besar dan sebagainya. Yang hairannya, dia bukan marah pada anaknya, tapi marah pada cikgu.
Saya pernah mengalami peristiwa ni. Seorang ayah kepada rakan sekelas saya, datang menyerang cikgu di dalam kelas, kerana merotan anaknya.
Hmm… masa tu saya memang tertanya-tanya apa yang membuatkan ayahnya marah sebegitu. Kerana ayah saya pun pernah juga dipanggil cikgu dan Guru Besar ke sekolah kerana masalah disiplin dan pelajaran anak2nya, tapi tak ada pula ayah saya nak mengamuk di bilik guru. Sehinggalah pada satu hari, terdapat kejadian curi oleh seorang remaja di kampung saya.
Remaja ini, Sarip Dol (bukan nama sebenar) memang terkenal dengan kenakalannya, dek kerana masalah broken family. Mak dan bapanya dah bercerai dan dia tak menyukai ibu tirinya.
Ayah Sarip Dol telah menghantar anaknya ke sebuah sekolah asrama dan mewar-warkan kepada orang kampung bahawa anaknya pandai dan dapat masuk asrama. Namun 1000 kali sayang, Sarip Dol telah ditendang keluar kerana masalah disiplin. Maka bercemperalah bapaknya merayu agar anaknya diterima semula. Bila cikgu kata “No”, cikgu itu pula yang kena. Tapi dah menerima kata putus, maka baliklah Sarip Dol ke kampung.
Balik ke kampung, macam2 kejadian yang berlaku.
Namun si ayah yang innocent itu telah ke sana ke mari membersihkan nama anaknya. Walaupun anaknya dah dibuang sekolah, dia tetap juga mencanang2 bahawa anaknya masih belajar di sekolah itu dan berada di asrama.
Apa sebenarnya?
Ayah Sarip Dol rupa-rupanya menjaga nama baik keluarganya supaya orang kampung tak mengata, sedangkan anaknya memang dah di luar kawalan pemikiran. Tak faham kan. Dia lebih pentingnya mulut orang dan nama ‘baik’ keluarga dari mengambil tindakan ke, menjernihkan keadaan ke, ataupun hanya dengan cuba membaik pulih anaknya.
Malah di rumah, Sarip Dol dibalun dan dibelasah dengan pesanan “Kau dah memalukan aku! Orang kampung semua duk mengata aku! Mana aku nak letak muka aku ni”. Tapi tak ada tindakan susulan seperti bertanya akan masalah sebenar yang dihadapi Sarip Dol atau sama2 berbincang tentang penyelesaian. Kalau fitnah, biar nyata ia fitnah. Kalau betul, sesuatu harus dibuat pada Sarip Dol daripada terus membuat kerusakan.
Dan Sarip Dol masih seperti dulu juga.
Saya tak pasti ini minda kelas ke berapa, tapi ia memang berlaku dalam masyarakat. Bukan saja kisah Sarip Dol, di mana2 pun terdapat kes2 menjaga air muka dan defend diri sendiri walaupun sebenarnya hampeh. Terutama dalam hal perkerjaan pun ada. Bak kata orang kampung saya, cover my a*ss. Tapi, walaupun cover cemana pun a*ss tu, kalau dah be*ak dalam seluar, baunya tetap busuk juga.
Contohnya bila tersilap masukkan data dan kena bambu dengan boss, mati2 mempertahankan dan menegakkan benang yang basah, padahal memang jelas nyata kerja dia yang silap masukkan data dan tak semak semula. Tapi demi sebuah maruah, tak sanggup nak cakap “I’m sorry boss, this is my fault. I’ll rectify it”. Nehi. Apa yang salahnya kalau mengaku kesalahan dan memperbaikinya? Menjejaskan reputasi? Mengaku salah, bukan mengalah dan bukan tindakan bodoh. Kita buat salah, say sorry & baiki semula, salahkah macam tu?
Contohnya kalau ada tengok GuguGaga Erra episod yang dia pegi fitting baju & photography session, si Azira tu sibuk dengan telefon, tak check baju betul ke tak, lepas tu lambat & tak bagitau in advance. Handset pun di off bila boss asyik call2. Orang duk tertunggu2 kat studio. Pastu mati2 defend yang bukan salah dia tapi salah butik tu. Is this the right way we should deliver our job?
Berbalik kepada kisah seumpama Sarip Dol, sampai bilakah para ibu bapa yang berminda begini akan terus dibelenggu sikap “Jangan kau mengata, anak aku baik orangnya”?
Semoga ayah Sarip Dol beroleh hidayah untuk menyelami isi hati anaknya dan mendalami sedikit ilmu keibubapaan walaupun dah 20 tahun lebih menjadi bapa. Dan ibu bapa lain juga, semoga semuanya tiada lagi sikap cover-cover my a*ss, sebaliknya bersama2 dengan cikgu, dengan masyarakat untuk memastikan anak2 kita benar2 menjamin masa depan negara.
Kunci masa depan anak2 terletak di tangan ibu bapa.
Leave a Reply