Rasanya saya jarang bercerita tentang suami saya,dalam ertikata lain ialah Abiy LOL. Tapi sempena hari Bapa mungkin seronok juga mengumpat berkongsi cerita tentang suami bukan kongsi suami!
Sebelum saya mengenali beliau, saya ada ramai boyfriend. Maklumlah, buaya perempuan. Saya ni jenis tak boleh tengok lelaki hensem mesti saya akan jadikan dia boyfriend. Hahaha. Sudahlahh.. jangan mengarut!
Impian masa kecil saya ialah bersuamikan seorang lelaki yang garang dan ganas seperti Beast dalam cerita Beauty and The Beast. Saya rasa beliau adalah sangat macho sekali (Beast itu), terutama semasa scene Belle mencuci lukanya dan dia marah-marah.
Saya pun tak tahu kenapa selera yang agak pelik 😀 Sebab tu imaginary boyfriend saya Mark Dacascos, bukan sebab dia handsome (handsome pun ya jugak) tapi kerana beliau ‘ganas’.
Ternyata bila Allah jodohkan kita, ia adalah terhadap pasangan yang saling melengkapi. Dia melengkapkan kita, dan kita melengkapi hidup dia.
Saya satu kelas dengan Abiy sejak dari tahun pertama, tapi haram tak pernah bertegur sapa, walaupun meja beliau di belakang meja saya saja dalam lab. Walaupun ada sesekali pinjam pen, pinjam eraser tapi tak ada nak berkenalan ke apa. Saya pun pemalu orangnya. Sepanjang di universiti saya cuma ada beberapa orang je kawan lelaki. Itupun yang kenal dalam group English 1 ke, Malaysian Studies ke… dan geng2 satu bas chartered.
Kami ‘berkenalan’ di tahun akhir pengajian, selepas saya clash dengan Yusry, LOL.
Saya tak mengenali sangat beliau, sehinggalah saatnya kami telah dinikahkan. Tapi dari awal saya dah tahu yang saya memang benar2 mencintainya, bukan kerana dia kacak (kacak ke???) atau bijak atau kaya (alangkah bestnya kalau You kaya boleh I benti keja :P).. tapi kerana keserasian yang saya tak pernah jumpa dalam mana-mana lelaki sebelum ini. (Lelaki sebelum ini itu sungguh kecik skopnya, tertakluk kepada makhluk2 imaginary yang telah direject :D).
Yang penting, dia ada perancangan masa depan dan ciri2 seperti dalam gambar di atas.
Kerana itu saya percaya Allah akan kahwinkan kita dengan orang yang benar-benar serasi dengan kita, cuma kita yang mesti mencari keserasian itu.
Saya tidak gemar bercerita tentang suami saya dengan orang yang baru dikenali, atau orang yang tak dikenali sangat, kerana mungkin Abiy akan disalahtafsir. Kenapa? Sebab kebanyakan wanita meletakkan sifat suami yang sempurna ialah = romantik, suka tunjuk kasih sayang, rajin, jaga anak, baik hati, lemah lembut, sporting, bla bla bla…. Bagi saya kesempurnaan itu terletak kepada bahagian mana yang nak disempurnakan. Jiwa yang ingin selalu dibelai2, disayang2, ditatang2 pasti mendambakan sifat2 seperti itu. Tapi jiwa saya memerlukan dorongan, asakan, gasakan… yang saya rasa hanya ada dalam diri suami saya.
Sifat2 yang saya cari selama ini, exactly like the character dalam Beauty and The Beast, garang, bekeng, baran, tapi amat penyayang dan caring. Tak ada sedikit pun perasaan ‘tidak bertuah’ dalam hati, sebaliknya saya merasakan saya adalah wanita paling bertuah dan bangga dalam dunia. I get what I want and what I need.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dorongan dari beliau saya menjadi apa yang saya jadi hari ni.
Saya rasa, ramai juga wanita2 di luar sana yang bersuamikan seorang yang tak seperti yang digambarkan sebagai ‘suami sempurna’ di atas. Please believe that itulah kesempurnaannya. Jangan dengar cakap orang dan fakta-fakta tentang ‘ciri-ciri suami mithali’, ‘sifat Nabi sebagai suami’, etc. Sebab… yang dok baca dan dok dengar benda2 tu cuma orang perempuan je… lepas tu meroyan sorang2. Lainlah kalau ‘bacakan’ benda2 tu depan suami. Please get back to the reality.
Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh berubah. If you have a husband yang konon-konon malas, asyik tengok TV je, tak jaga anak (this is so not my husband, cuma contoh je), tengoklah pada sudut kebaikannya. Ada dia pukul2 isteri? Ada dia lepak2 kedai kopi sampai tak ingat nak balik rumah? Ada dia tido dengan pompuan lain? –kalau ada sila ambil tindakan yang sepatutnya –. Syukurlah dia ada di rumah bersama kita, melepak bersama anak-anak kita, tido sama katil dengan kita…
Stop reading or listening about suami2 orang lain yang romentik, buat-kerja-rumah-bini-duk-melepak, etc. Ianya tak berbaloi. Ia cuma buat anda makin sakit hati je. Change the paradigm. Bertuahlah dapat suami yang tak romentik sebab anda boleh berjimat tak payah nak habis duit SMS setiap minit just tu say “Rindu You..” padahal baru je jumpe setengah minit lepas. Bertuahlah dapat suami yang kaki lepak sebab itu beri peluang untuk anda mendapat pahala berganda.
Saya bukan kata macam tu sebab suami saya malas, in fact beliau lagi rajin dari saya. Malu betul jadi isteri bila suami terlebih rajin T_T Tapi nak cakapnya kita orang perempuan ni, selalu kena sumbat telinga dengan cerita2 best tentang suami2 romantik la ape benda la… Believe that setiap yang dijodohkan tu adalah pelengkap yang memenuhkan lubang2 dalam hidup kita. Tapi ia tak straight forwad macam tu..Macam jigsaw puzzle… semua pieces adalah pelengkap kepada yang lain, tapi nak selesaikan bukan boleh main boh je. Kena try sana, error sini….
To be honest, kalaulah saya tak dinikahkan dengan Abiy, mungkin saya jadi slacker selamanya T_T Jenis manusia pemalas, suka buang masa, suka berangan kosong…. memerlukan teman hidup yang tegas macam Umar al-Khattab.
Teman hidup, yakni pasangan kita seharusnya orang yang paling dapat merangsang perkembangan kita dalam pelbagai aspek. Bukan aje mengembangkan badan dan mengembangkan keluarga, tapi mengembangkan iman, skill, cita-cita, kejayaan dan sebagainya. Mungkin suami yang garang dan malas itu bakal menjadikan isterinya seorang wanita yang berhati waja dan berdikari. Atau paling takpun menjadikan isterinya seorang yang penyabar dan pemaaf. Kenapa kita tak nampak benda tu? Sebab kita tak menyuluh ke dalam diri sendiri, sebaliknya dididik untuk complaint tentang orang lain saja.
Dulu saya selalu cakap, ayah saya ni tak aci, kerja sama penat dengan mak saya, tapi kerja rumah semua mak saya buat, dan mak saya pulak petang2 turun ke kebun, malam2 jahit baju. Tapi mak saya tak pernah cakap apa-apa. Malah dia cuba buat semua dengan terbaik. Sampai sekarang pun Mak saya jadi tak betah kalau tak buat kerja, sebab jadual harian dia padat aje. Tak pernah mak saya mengeluh penat, tapi complaint ‘penat’ setiap kali datang ke rumah kami sebab tak ada benda yang nak dibuat LOL.
Saya dah tengok perbezaan dari sudut tu. Kalau kita sentiasa redha dan tak fikirkan tentang ‘apa yang orang lain boleh buat untuk kita’, sebaliknya ‘apa lagi yang kita boleh buat untuk orang’, kita takkan rasa nak mengeluh, menyesal, complaint2 dah. Akhirnya kita juga yang senang hati sebab tak payah nak fikir masalah orang lain yang tak setel2.
Merujuk tentang itu, Abiy pernah bertanya “Kenapa Mak You, makcik2 You and You sendiri, kalau suami suruh buat apa saja terus buat, tak ada nak complaint? Tapi suami2 rileks aje”. Saya katakan bahawa itulah didikan yang kami terima. Allah dah janjikan pahala dan ganjaran berganda2 bagi isteri yang buat kerja rumah dan taat pada suami. Malah boleh pilih mana2 pintu syurga yang disukai…
Kenapa nak complaint? Kenapa nak kesamarataan sangat? Sedangkan darjat kita begitu tinggi di sisi Allah Taala.
Leave a Reply