Solat Terawih Di Masjid Bersama Baby Fahry Memang Menyeronokkan

admin Avatar

Awal Ramadhan, kami membuat keputusan untuk jemaah terawih di rumah saja, memandangkan Fahry yang masih kecil, dan Hafiy yang sedang ‘giat bersosial’ mungkin menjadikan keadaan di luar kawalan. Tapi malam tadi Abiy menyuarakan hasratnya untuk solat terawih di Masjid Wilayah. Bila dengar Majid Wilayah, semua orang pun nak pergi, termasuk Mommy. Mommy kat pada Abiy “Tak apa lah, kita cuba dulu. Kalau Fahry/Hafiy buat hal, esok kita balik jemaah di rumah semula”.

Mommy memang dah prepare physically dan mentally untuk jemaah di situ. Alhamdulillah, Masjid Wilayah memang best, very children friendly. Mungkin sebab ia luas, jadi bila budak2 buat bising di belakang, tak mengganggu jemaah. Dan ramai budak kat situ, bukan stok yang berlari2 dan menjerit tak tentu hala. Mereka ramai yang bawa buku, Muqaddam, coloring book dan macam2 lagi.

Sepanjang solat, Mommy dokong Fahry. Sesekali letak dia di bawah bila Fahry nampak OK. Sengaja pilih saf belakang supaya senang nak beralih jika berlaku apa2 yang tak diduga. Alhamdulillah, Fahry tak meragam. Makcik sebelah pun puji Fahry sangat baik. Dia kata “Bagusnya kecik2 dah bawa datang masjid” 😀

Tapi usai rakaat ke-8 Fahry dah mula gelisah. Mungkin dah mula mengantuk. Mommy berundur ke belakang selepas beri salam. Masa tu pun memang jemaah dah mula beransur, cuma kami decide untuk jemaah hingga rakaat ke-20. Masa tengah2 beransur tu tiba2 Mommy teringat pada Kak Anfal. Dalam hati berdetik ‘lepas ni nak call lah Kak Anfal, lama tak jumpa. Rindu pulak’.

Mommy dokong Fahry ke bahagian belakang, nak susukan dan tidurkan dia. Sekali, terpaku pada seraut wajah yang baru je terlintas tadi. “Kak Anfal!”. Subha nallah! Tak sangka sungguh, detik hati yang sekejap tu rupanya memberi petanda jejak kasih kat situ.

Sebenarnya ni kali ke-dua Mommy mengalami benda macam tu. Masa di UTP dulu, ada sekali terasa rindu sangat pada ex-bed mate masa di Naim. Teringat sangat pada Zah. Sekali, keluar ke Kinta City, terjumpa dengan Zah! Rupa2nya dia belajar di UiTM Seri Iskandar.

Berjumpa Kak Anfal, terasa lega sedikit beban dalam kepala otak. Maklumlah dah berbulan duduk di rumah tak jumpa orang. Dulu saban minggu bertemu, bila dah pindah, contact pun jarang. Seronok bila Allah temukan orang yang kita nak sangat jumpa, jumpa pula di rumah Dia.

Alhamdulillah, walaupun Masjid Wilayah agak jauh dari rumah, tapi rasa seronok dan selesa di situ. Mungkin sebab luas, sejuk, nyaman dan yang penting children friendly. Memang penting sebuah masjid menjadi children friendly supaya kita boleh membawa anak2 termasuk bayi kecil bersama. Ye lah, bukanlah semata2 nak beribadah, in fact orang Islam boleh je nak solat di mana2, malah jemaah di mana2 pun tak mengurangkan pahala jemaah. Tak adalah kalau solat jemaah di masjid je dapat 27 pahala.

Fungsi masjid sebenarnya tidak sesempit itu. Walaupun di negara kita, fungsi kebanyakan masjid disempitkan kepada tempat ibadah orang2 dewasa saja…

Di masjid selayaknya menjadi tempat pertemuan jalinan ukhwah tautan hati (ewah), sebagaimana yang Rasulullah lakukan sebaik berhijrah ke Madinah, yakni membina Masjid Quba. Kenapa Baginda tak bina rumah ke apartment ke untuk para Muslimin tu? Ini adalah kerana masjid sebenarnya adalah pusat kegiatan umat Islam, bukan semata2 tempat solat. Malah kalau untuk solat, tak ada masjid pun tak apa. Solat aje di tengah2 padang pasir ke mana2 ke, tak jadi hal.

Tujuan kami membawa anak2 ke masjid supaya hati mereka dekat dengan masjid. Kalau di kampung, menjadi rutin Tok Ayah dan adik2 Mommy ke masjid setiap hari. Bertemu para jemaah lain, berukhwah dan menghidupkan jiwa yang sering rasa rindu nak ke masjid. Kita? Kalau bukan time terawih ada rasa nak ke masjid? Macam2 alasan, tapi bila musim terawih, rasa rugi pula kalau tak dapat terawih di masjid, betul tak?

Namun, jarang ada masjid yang baby & child friendly. Semua masjid pun ada notis ‘KANAK2 DI BAWAH UMUR 6 TAHUN DILARANG DIBAWA KE DEWAN SOLAT’ dan amazingly ramai pula yang ikut arahan ni. Kalau arahan kata ‘KANAK2 BAWAH 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MELAWAT PESAKIT’, berpusu2 je budak2 yang masuk 😀 Ye lah, mungkin ibu bimbang anak2 kecil buat bising/kotorkan lantai masjid kalau terkencing terberak, tapi bukankah bawa budak2 ke tempat ‘pesakit’ yg ada warning macam tu mendedahkan mereka kepada kuman2 segala?

Bawa anak ke masjid bukan budaya masyarakat kita. Malah ada yang kata “Tak baik bawa baby ke masjid, nanti kacau orang solat, kita yang berdosa”. Dan, “Orang perempuan lebih elok solat di rumah”. Dan-dan… kalau pegi shopping ke joli ke, takde masalah pulak perempuan nak join sekali kan.

Dalam Islam memang galakkan budaya memasjidkan anak2. Diriwayatkan, bila Rasulullah imamkan solat, Baginda akan pendekkan bacaan bila dengar bayi menangis, supaya ibunya nanti boleh tenangkan bayinya. Mestila bayi tu ada di masjid tu, dan ibunya jemaah sama kan? Takkan baby kat rumah sebelah pulak.

Dulu, pernah budak2 yang buat bising di masjid, kena halau. Er,, masjid lain lah…. Tadi, imam buat announcement. Mommy ingat dia nak halau tapi dia kata “.. kepada ibu bapa yg bawa anak2, sila pastikan anak2 anda tak mengganggu jemaah lain”. Haa.. kan bagus tu. Kasi suruh ibu bapa yang diamkan anak2, jangan direct marah budak2.

Dulu Abiy pernah memberitahu, dia kepingin untuk beriktikaf di masjid sekeluarga. Dengan isteri dan anak2. Kalau nak cari rumah untuk settle down, nak yang dekat masjid ‘yang hidup’, bukan hanya jadi kunjungan cuma di waktu solat. Insya-Allah, kami akan berumah di lokasi berdekatan masjid yang hidup, amiin.

Tagged in :

admin Avatar

20 responses to “Solat Terawih Di Masjid Bersama Baby Fahry Memang Menyeronokkan”

  1. Ummu Umar Avatar

    along, read more here on terawih & anak2: http://boobiesmommies101.blogspot.com/2009/08/tercipta-sejarah-mama-tarawih-gendong.html.
    Kalau nak iktikaf 10 mlm akhir, Masjid UIA best! Jom2!
    .-= Ummu Umar´s last blog ..Kalau puasa penuh nanti dapat hadiah apa? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      masjid UIA yeh? bole propose kat huby ni. yg kitorang besa gi Masjid Shah Alam je. UIA lagi dekat ni. best best!

  2. yus Avatar

    Huhuhu…ku dah dua tahun tak beriktikaf di masjid.
    takut sebenarnya nak bawa anak2. i should try one day.
    ku rindu betul dgn masjid…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom lar kita pegi sama2 😀

  3. fid Avatar

    wahhhh syioknyaaa….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      syiokkk!!!

  4. liana Avatar

    wah bestnya dapat g solat terawikh kat masjid…saya x dpt g lg pun thn ni… 😥
    .-= liana´s last blog ..Baby tua….hehehe =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takpe.. nanti thn dpn kalu pnjang umur boleh pegi kn 🙂

  5. afrinabatrisyia Avatar

    waaaah, besnya kalo dpt solat teraweh kat masjid..Saya stakat hari ke 6berpuasa (sume org dah 8hari, saya baru ke6, paham2 je la yer, heheh) xberkesempatan nk ke masjid/surau lagi..pdhal surau dkt sgt dgn rumah..bukan xmo bwk, tp my lil princess ni buleh pulak kalo saya tgh solat, dia duk betul2 kat depan saya, cmne nk sujud cmtu?jenuh beralih cket, tp dia ttp amik posisi selesa utk saya sujud, pastu buleh je dia tgk je muka saya bertelekung..mcm xberkelip mata…kalka pun ade..aduyaiiii anak ku! 😉
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Let’s Exercise with me, Afrina :: =-.

  6. Intan Avatar

    Lina, I tringat lagi tahun lepas imam surau taman I tegur dengan keras ttg bawa anak kecil terawih sebab terlalu byk gangguan terhasil. Dia kata instead nak cari pahala, dpt dosa pulak sbb menyebabkan org terganggu. The next day, jumlah jemaah merudum . Mungkin ramai kecil hati dan pg cari masjid lain.

  7. Salwa Avatar

    Masa Kauthar dulu sangat senang, dia tak banyak ragam sampai tak perlu dukung, letak je la situ dan kena pesan..don’t go anywhere, wait until ibu complete my solat..and dia akan stay situ, dan bunyi hanya bila nak susu,.Masa Aisyah masih baby(last year Ramadhan)pun senang sebab dia belum jalan dan tak lasak lagi.tapi this year, sgt lah susah, Kauthar takpe lg dia solat elok je dgn ayah, Aisyah pulak asik lompat dari pangkuan masa tgh solat..berderau darah.eventhough susah, dalam mggu 1st ni ada la 4 kali kami solat di surau.

    This is my humble opinion : Yg ttg imam marah kalau bising tu..mmg la memberi impak seolah2 masjid tak frenly, mcm yg Dr MAZA pernah bicarakan dlm BP kat AO tp ibu bapa pun kena take part, kalau dah bawa anak pi surau, pesan siap2 dari rumah lagi supaya tak buat bising, tak berlari2 dgn kawan2, pesan dan explain nape ke surau etc..kalu bising time ceramah tu tahan lagi tp kalu bising time solat, bukanlah something yg boleh kita tolerate, lain la kalu yg bising tu baby nangis etc since bb tak reti bahasa lagi,ni yg buat bising lazimnya ialah budak dah sekolah yg ada kawan2 satu sekolah sekali kat masjid..kalu sama2 take part dlm memenuhi tanggungjawab, insyaALLAH semua akan mendapat manfaat.
    .-= Salwa´s last blog ..Webs.com :: why a muslim should switch from blogger/wordpress. =-.

  8. sitisifir10 Avatar

    Lyna, boleh lah kita berjiran nnt…kami pun nk berjiran dgn masjid yg hidup 😉
    .-= sitisifir10´s last blog ..Contest ‘Di Sini Kisah Coklatku Bermula’ =-.

  9. Ummu Ibtisam Avatar

    Salam. Alhamdulillah, saya sangat menyokong usaha bawa baby ke masjid. Didik dia dekat dengan masjid :-). Teruskan usaha! Moga dimudahkan. Amin…

    http://mardziah.blogspot.com/2009/08/ibtisam-terawih-bersama-ummi.html

  10. mamamiya Avatar

    anak2 patut dijinak2kan dgn masjid, solat & ibadah sejak kecil. supaya dia jadikan benda tu part of their life & bukan obligation. kalau sebahagian dr hidup, dia tak rasa terpaksa bila kena buat malahan bersalah kalau tak buat.

    i rasa syukur sgt, sejak i slalu jemaah di rumah & mula bwk miya pegi tarawih, 2-3hari ni i perhati miya ada cam nak berjemaah sama. dulu dia dok tawaf around we all solat or sibuk2 mengemas bilik. now dia berdiri belakang papanye or sebelah i sambil ikut gerak-geri posisi solat. yg dia buat betul hanya takbir, tp rasa cam tak lama lg cepat la betul yg lain tu, kan?
    .-= mamamiya´s last blog ..Miya Dapat Baju Raya!! =-.

  11. anasfadilah Avatar

    kawan saya kat ausie,masjid di sana ada nursery yuuuu masa bulan ramadhan ni…syok ah!

    p/s::org nursery balik umah buat terawikh,takpun org lain dah habis terawikh,depa buat jemaah la..2 org pun boleh jemaah kan?kan?kan?heheheh

    p/s::teringat ceramah Dr.Asri pasal masjid dan kanak2 ni..belum budak2 ni buat bising,dah kena sound dah..

    p/sagi::saya tak kisah sangat budak2 bising time terawikh..tapi sangat nak menyumpah denganbudak2 main mercun tepi masjid…memang la tak khusyuk..kahkahkah..makcik sebelah saya siap melatah woo masa tgh sujud dek perbuatan bebudak main mercun..saya tergelak boleh..harus la batal solat saya kan?hahahah!
    .-= anasfadilah´s last blog ..*snazzynsuch 20000 visitors giveaway* =-.

  12. sya Avatar

    nak solat dengan darwisy dulu, tak ada masalah.. dia memang diam je duk tepi..

    tapi, semenjak dia dah mula nak tiru kita solat, dia akan gigih berdiri kat depan kita dan mengikut apa yang kita buat… walaupun dah letak sejadah kecik untuk dia kat tepi..

    pernah bawak pergi solat jemaah, hmm.. dia sangat seronok duduk di depan bilal dan imam sebab nak ikut orang solat…

    jadi, rasanya kena berlatih banyak lagi mama darwisy ni supaya darwisy ikut solat dari tepi je…

    kalau untuk saya, saya biar je dia nak duduk mana2 pun, dan gembira sebab dia dah boleh tiru kelakuan dalam solat..
    .-= sya´s last blog ..cerita hari lahir =-.

  13. salzahari Avatar
    salzahari

    i pun bwk Aliah mlm ke2 baru ni tp sempat buat sampai 4 je dan tazkirah..kemudian sambung di rumah…nanti i crite! but it improved.. 🙂

    masjid kami pun tade lak imam suruh kuar walaupun mmg budak2 situ jenis stok lari sana sini dan bising (tp kdg bising tu di luar dengar sampai ke dlm). dekat tiang masjid, dia tulihs saf kanak2 di belakang. jadi kita faham lah yg bwk anak pun elok dok belakang! alhamdulillah…Aliah skrg kalau nmpk masjid tu, dia tahu dah. in fact, everyday kami pergi dan balik lalu depan masjid ni!

  14. mama emma® Avatar

    ryan dah mula ikut cara2 akak sembahyang.. cuma dia suka sgt dok kat sejadah kita, walaupun dah bentangkan sejadah lain..

    nak kene train lagi nie.. huhu
    .-= mama emma®´s last blog ..-NEED SUGGESTION PLS- =-.

  15. suhainini Avatar
    suhainini

    salam lyna..
    i pun ada pergi masjid wilayah and bawak my daughter sekali..3 malam ok..then the next malam tu..mengamuk and dia jerit2..pastu, buat kat umah saja..insyaAllah, malam ni nak pegi la..
    .-= suhainini´s last blog ..Berbuka puasa hari ke-9 =-.

  16. Asiah Abd Jalil Avatar

    Mungkin ramai yang tak tahu, terdapat banyak rukhsah diberi kepada ibu yang mempunyai anak kecil, lebih-lebih lagi kalau si ibu menyusukan anaknya. Antaranya, dibolehkan jamak solat Zuhur-Asar dan Maghrib-Isyak (jamak aje dibolehkan, tak boleh qasar), walaupun duduk kat rumah hari-hari, tak travel ke mana-mana. Boleh juga solat dengan pakaian yang kena najis berak kencing anak. Boleh juga solat sambil dukung anak, macam yang Along buat. Boleh juga solat dengan sengaja meninggalkan perkara-perkara sunat, termasuk sunat ab’adh, tak payah sujud sahwi pun takpe.

    Since blog Along ni sangat “berpengaruh”, apa kata Along tulis pasal rukhsah ni semua? Masyarakat kita tak aware sangat pasal rukhsah yang Allah peruntukkan untuk kaum ibu ni. Sebab tu kalau jemaah tengok kita solat sambil dukung anak, diorang rasa macam solat kita batal, sebab lebih 3 pergerakan, atau diorang anggap kita solat tak sah sebab bawa najis.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Edah =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge