Awal Ramadhan, kami membuat keputusan untuk jemaah terawih di rumah saja, memandangkan Fahry yang masih kecil, dan Hafiy yang sedang ‘giat bersosial’ mungkin menjadikan keadaan di luar kawalan. Tapi malam tadi Abiy menyuarakan hasratnya untuk solat terawih di Masjid Wilayah. Bila dengar Majid Wilayah, semua orang pun nak pergi, termasuk Mommy. Mommy kat pada Abiy “Tak apa lah, kita cuba dulu. Kalau Fahry/Hafiy buat hal, esok kita balik jemaah di rumah semula”.
Mommy memang dah prepare physically dan mentally untuk jemaah di situ. Alhamdulillah, Masjid Wilayah memang best, very children friendly. Mungkin sebab ia luas, jadi bila budak2 buat bising di belakang, tak mengganggu jemaah. Dan ramai budak kat situ, bukan stok yang berlari2 dan menjerit tak tentu hala. Mereka ramai yang bawa buku, Muqaddam, coloring book dan macam2 lagi.
Sepanjang solat, Mommy dokong Fahry. Sesekali letak dia di bawah bila Fahry nampak OK. Sengaja pilih saf belakang supaya senang nak beralih jika berlaku apa2 yang tak diduga. Alhamdulillah, Fahry tak meragam. Makcik sebelah pun puji Fahry sangat baik. Dia kata “Bagusnya kecik2 dah bawa datang masjid” 😀
Tapi usai rakaat ke-8 Fahry dah mula gelisah. Mungkin dah mula mengantuk. Mommy berundur ke belakang selepas beri salam. Masa tu pun memang jemaah dah mula beransur, cuma kami decide untuk jemaah hingga rakaat ke-20. Masa tengah2 beransur tu tiba2 Mommy teringat pada Kak Anfal. Dalam hati berdetik ‘lepas ni nak call lah Kak Anfal, lama tak jumpa. Rindu pulak’.
Mommy dokong Fahry ke bahagian belakang, nak susukan dan tidurkan dia. Sekali, terpaku pada seraut wajah yang baru je terlintas tadi. “Kak Anfal!”. Subha nallah! Tak sangka sungguh, detik hati yang sekejap tu rupanya memberi petanda jejak kasih kat situ.
Sebenarnya ni kali ke-dua Mommy mengalami benda macam tu. Masa di UTP dulu, ada sekali terasa rindu sangat pada ex-bed mate masa di Naim. Teringat sangat pada Zah. Sekali, keluar ke Kinta City, terjumpa dengan Zah! Rupa2nya dia belajar di UiTM Seri Iskandar.
Berjumpa Kak Anfal, terasa lega sedikit beban dalam kepala otak. Maklumlah dah berbulan duduk di rumah tak jumpa orang. Dulu saban minggu bertemu, bila dah pindah, contact pun jarang. Seronok bila Allah temukan orang yang kita nak sangat jumpa, jumpa pula di rumah Dia.
Alhamdulillah, walaupun Masjid Wilayah agak jauh dari rumah, tapi rasa seronok dan selesa di situ. Mungkin sebab luas, sejuk, nyaman dan yang penting children friendly. Memang penting sebuah masjid menjadi children friendly supaya kita boleh membawa anak2 termasuk bayi kecil bersama. Ye lah, bukanlah semata2 nak beribadah, in fact orang Islam boleh je nak solat di mana2, malah jemaah di mana2 pun tak mengurangkan pahala jemaah. Tak adalah kalau solat jemaah di masjid je dapat 27 pahala.
Fungsi masjid sebenarnya tidak sesempit itu. Walaupun di negara kita, fungsi kebanyakan masjid disempitkan kepada tempat ibadah orang2 dewasa saja…
Di masjid selayaknya menjadi tempat pertemuan jalinan ukhwah tautan hati (ewah), sebagaimana yang Rasulullah lakukan sebaik berhijrah ke Madinah, yakni membina Masjid Quba. Kenapa Baginda tak bina rumah ke apartment ke untuk para Muslimin tu? Ini adalah kerana masjid sebenarnya adalah pusat kegiatan umat Islam, bukan semata2 tempat solat. Malah kalau untuk solat, tak ada masjid pun tak apa. Solat aje di tengah2 padang pasir ke mana2 ke, tak jadi hal.
Tujuan kami membawa anak2 ke masjid supaya hati mereka dekat dengan masjid. Kalau di kampung, menjadi rutin Tok Ayah dan adik2 Mommy ke masjid setiap hari. Bertemu para jemaah lain, berukhwah dan menghidupkan jiwa yang sering rasa rindu nak ke masjid. Kita? Kalau bukan time terawih ada rasa nak ke masjid? Macam2 alasan, tapi bila musim terawih, rasa rugi pula kalau tak dapat terawih di masjid, betul tak?
Namun, jarang ada masjid yang baby & child friendly. Semua masjid pun ada notis ‘KANAK2 DI BAWAH UMUR 6 TAHUN DILARANG DIBAWA KE DEWAN SOLAT’ dan amazingly ramai pula yang ikut arahan ni. Kalau arahan kata ‘KANAK2 BAWAH 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MELAWAT PESAKIT’, berpusu2 je budak2 yang masuk 😀 Ye lah, mungkin ibu bimbang anak2 kecil buat bising/kotorkan lantai masjid kalau terkencing terberak, tapi bukankah bawa budak2 ke tempat ‘pesakit’ yg ada warning macam tu mendedahkan mereka kepada kuman2 segala?
Bawa anak ke masjid bukan budaya masyarakat kita. Malah ada yang kata “Tak baik bawa baby ke masjid, nanti kacau orang solat, kita yang berdosa”. Dan, “Orang perempuan lebih elok solat di rumah”. Dan-dan… kalau pegi shopping ke joli ke, takde masalah pulak perempuan nak join sekali kan.
Dalam Islam memang galakkan budaya memasjidkan anak2. Diriwayatkan, bila Rasulullah imamkan solat, Baginda akan pendekkan bacaan bila dengar bayi menangis, supaya ibunya nanti boleh tenangkan bayinya. Mestila bayi tu ada di masjid tu, dan ibunya jemaah sama kan? Takkan baby kat rumah sebelah pulak.
Dulu, pernah budak2 yang buat bising di masjid, kena halau. Er,, masjid lain lah…. Tadi, imam buat announcement. Mommy ingat dia nak halau tapi dia kata “.. kepada ibu bapa yg bawa anak2, sila pastikan anak2 anda tak mengganggu jemaah lain”. Haa.. kan bagus tu. Kasi suruh ibu bapa yang diamkan anak2, jangan direct marah budak2.
Dulu Abiy pernah memberitahu, dia kepingin untuk beriktikaf di masjid sekeluarga. Dengan isteri dan anak2. Kalau nak cari rumah untuk settle down, nak yang dekat masjid ‘yang hidup’, bukan hanya jadi kunjungan cuma di waktu solat. Insya-Allah, kami akan berumah di lokasi berdekatan masjid yang hidup, amiin.
Leave a Reply