Solat Tarawih di Masjid Mendidik Anak Mendekati Agamanya

admin Avatar

Solat tarawih yang istimewa, hanya ada pada bulan Ramadhan saja. Seronoknya, meskipun fadhilat terawikh yang digembar-gembur adalah palsu, namun nyata keramaian di masjid di malam2 bulan Ramadhan bukan semta-mata untuk ‘fadhilat’ yang tak masuk akal tu, tapi untuk meramaikan, memeriahkan, menghidupkan masjid.

Bulan puasalah masanya untuk menjadikan masjid sebagai rakan baik, beriktikaf dan sebagainya. Berbanding waktu2 lain yang ada sesetengah masjid terus menutup lampu dan mengunci pintu, termasuk pintu pagar usai solat Isyak, kebanyakan masjid mengalu-alukan iktikaf sepanjang malam dan menganjurkan sahur. Masjid hidup hingga ke pagi.

Sebagai ibu beranak kecil, saya tertunggu2 kedatangan Ramadhan, untuk membawa anak-anak ke masjid bersama. Di bulan2 lain, agak remeh membawa anak2 yang masih kecil secara rutin, mungkin kita pun tak berapa dekat dengan masjid. Cuma suami saja sesekali membawa anak sulung kami bersamanya.

Di bulan Ramadhan, ramai ibu membawa anak masing-masing berterawih. Secara peribadi, saya suka membawa anak-anak bersama. Untuk mendapat tarawih yang sempurna, saya rasa meski di rumahpun, saya tidak mungkin dapat solat dengan sempurna bersama anak-anak. Membawa anak-anak ke masjid, adalah bertujuan mendekatkan mereka, membiasakan mereka dengan masjid.

Bila lagi kita nak bawa anak ke masjid secara rutin. Sekarang ni orang kata keruntuhan akhlak remaja adalah kerana jauhnya remaja kita dengan masjid. Tapi, macamana remaja nak jatuh hati dengan masjid? Kecil2 mak tak bawa.. katanya susah nak jaga, kacau orang.. bila besar sikit, lari sana sini, kena marah pula. Dah masuk alam remaja, dia sendiri pun tak ada rasa nak ke masjid. Salah siapa?

Semasa anak kecil2, kita stimulate otaknya, ajar baca, ajar matematik, tapi bila kata ke masjid, jadi tak boleh. Kenapa benda2 lain kena dimula dari kecil lagi, tapi ke masjid bila dah besar baru nak mula?

Tak apa, bawalah anak2 ke masjid bulan Ramadhan ni, tak dapat solat tarawih pun tak apa, tapi kita bakal mengukir perasaan cintakan masjid di hati anak2, insya-Allah.

admin Avatar

20 responses to “Solat Tarawih di Masjid Mendidik Anak Mendekati Agamanya”

  1. eray Avatar

    erm tuh lar kan lyna, orang selalu bagi tanggapan yang kurang manis if bawa anak ke masjid.
    eray sokong lyna, bila lagi kita nak mengenalkan anak dengan masjid, inilah masa yang sangat sesuai.
    .-= eray´s last blog ..baby boy harus minum susu formula =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      masyarakat kita…

      masjid tempat solat aje, Quran kena letak tempat tinggi2 hehe.

      tapi kita la yang nak mengubahnya ye dak?

  2. nadiea Avatar

    betul tu! tahun ni sy mmg berazam nak bwk anak2 ke masjid bertarawih… drpd diaorg dok umah asiklaaa nak tgk cartoon PHDC tu!! kene blajar and terapkan rasa nak ke masjid itu…. lagipun dah brp tahun sy tak berpeluang ke masjid utk bertarawih.. tahun ni nmpknye anak2 dah beso sket… bulelaa ke masjid pasni…. 😉
    .-= nadiea´s last blog ..Cute Baby With Chocolate =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cemana>? malam pertama jelajah masjid mana? hehe

  3. mommy umar Avatar
    mommy umar

    lyna,setuju la.thinking of bawak Umar g masjid tis year cos asal nampak ala-ala kubah masjid dia sebut ajid..ajid,allah abat (at 20 mos)terharu la pulak.lyna,how u handle hafiy & fahry? especially masa nak terawikh tuh?
    boleh share tips?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      entry pagi esok agaknya boleh pakai kot?

  4. ANip Avatar

    idea yg bagus membawa anak ke masjid..
    boleh didik dia dr kcik kn..
    .-= ANip´s last blog ..Ditampar bapa sendiri hanya kerana ingin memakai tudung =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya kalo bukan kita yg start siapa lagi kan?

  5. Liz Avatar

    persepsi org mmg camtu kan?

    “tak boleh bawa anak kecil ke masjid. nanti dia buat bising. mengganggu org”.

    bila bwk anak, anak bising. kena pandangan tajam dari jemaah lain. dlm hati, mungkin marahkan si mak sebab bawak anak kecil ke masjid.

    rindu nak berterawih kat masjid. sejak ada anak, x dpt terawih kat masjid. ni anak dah nak masuk 2 thn, ingat nak bawak. tp hubby risau anak mengganggu. saya ckp senang je. saya cuba dulu. kalau tiba2 anak nangis atau dah x boleh duduk diam, saya berhenti la. boleh sambung solat lps tu.

    mmg betul ckp lyna. kalau dari kecil kita tak dedahkan dia dgn solat, masjid dan agama.. tu dah besar dia rasa kekok dan akhirnya jauh melencong. semoga dijauhkan
    .-= Liz´s last blog ..Back to reality or still in Limbo =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin kena cari masjid lain yg lebih selesa & children friendly. sesetengah masjid mungkin sempit, kecik & buat orang rimas bila dengar bunyi budak2 (which not suppose to be la kan. tapi dah mmg gitu gayanya nak buek camnooo)

  6. knv Avatar
    knv

    betul betul betulll…! satu anugerah kalau dapat bawak anak2 ke masjid. rasanya sekarang ni pun orang tak kisah sgt kalau budak2 bising kat masjid, sebab ramai dah faham tuntutan untuk budak2 cintakan masjid.

    tak sabar nak balik msia nih! 😀
    .-= knv´s last blog ..selamat =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      masjid besor2 je kot kak Non. yang kecil2 still kisah lagi kot huhu.

      1. knv Avatar
        knv

        oh iye ke? surau tempat akak ok lagi kat shah alam. takde la lagi dengar orang sound. akak bawak je empat2 orang pegi. agaknya kalau orang tegur depan2 harus biru muka ku hahhaha 😛

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Biru muka org tu kena tampo kot. Hahaha

  7. transformed housewife Avatar

    Insyaallah Knur pun teringin nak pergi masjid berteawih thn ni slps hampir 4 thn tak pergi. Masa kat Hamilton,NZ cuma golongan lelaki yg pergi sbb masjid kecik je. Ruang utk jemaah perempuan kecik sgt.
    .-= transformed housewife´s last blog ..How do you know that you are exercising too much =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mai mai kNur
      jemaah kat mana?
      kalo nampak saya jgn lupa tegur2 😀

  8. Tuty Avatar
    Tuty

    Tp ada sesetengah imam/bilal sound direct kat mikrofon, satu kampung dgr. “diharap jemaah tidak membawa anak2 kecil supaya tidak mengganggu jemaah lain”. Itu di kg saya.
    Mungkin perlu ditelaah semula kisah rasul bawa cucu ke masjid

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo kira masa zaman Nabi, budak2 siap berlari2 kat atas bawah mimnbar lagi masa khutbah jumaat. even Nabi sdr pendekkam bacaan bila dgr baby nangis. menunjukkan betapa Islam galakkan bawa budak2 ke masjid.

      mungkin org skg solat dah xde kualiti, bunyi budak2 pun dah stress, bacaan lintabg pukang, xbole solat betul2 hihihih

  9. ummisaeed Avatar

    Although I agree with you, I personally think it is far more important for the fathers utk bawak anak2 lelaki ke masjid secara konsisten. So that, anak pun faham yang ke masjid ni bukan hanya sebulan dalam setahun.
    .-= ummisaeed´s last blog ..Here we are =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yes indeed

      btw this entry is meant to give some different views for mothers yang rasa berat nak bawa anak2 ke masjid. ramai ibu yang teringin nak ke masjid esp. tarawih but becos of the ‘halangan2 yang tak nyata ni’, most of us jadi tak yakin & finally just simpan dalam hati je perasaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge