Siapa Ganti Wardina?

admin Avatar

Siapa tak kenal Wardina, the pelakon, pengacara… personaliti ibu.. sedang nak launch buku tulisannya…

wardina

Kalau tengok pada event promotion yang sebelum ni di Facebook saya, saya ada mention tentang kehadiran Wardina. Sayangnya Kak Dina tak dapat bersama kita kerana sebab2 tertentu. Maklumlah sekarang ni kan semua orang sibuk dengan exam..

Oleh itu kita dah ketiadaan model untuk Bengkel Tudung NUR.

Masalahnya, siapa nak ganti Wardina?

So, dalam masa yang sangat singkat ni (lagi 9 hari je!) kami mengadakan pencarian, SIAPA GANTI WARDINA? Aci? 😉

Kepada para ladies di luar sana yang berminat untuk menjadi model bagi Bengkel Tudung Nur di family day nanti, aha… anda hanya perlu buat langkah-langkah di bawah:

1. Buat satu entry bertajuk : SAYA NAK GANTI WARDINA

2. Letakkan gambar anda yang pakai tudung.

3. Lengkapkan ayat ni : SAYA NAK GANTI WARDINA SEBAB…. (berapa patah pun takpa tapi tak perlu panjang2)

4. Sertakan link ke http://mysuperkids.net dalam entry anda.

5. Tinggalkan komen di entry ini, dengan butir2 berikut:

Nama (nick pun tak apa) :
URL entry Saya Nak Ganti Wardina :
Email address

:

6. ‘Model’ yang terpilih akan saya hubungi sebelum 8 Mei 2010, so bersedia ya!

T&C:

1. Model ini adalah untuk bengkel tudung anjuran Majalah NUR pada hari Keluarga 1SuperKids yang bertarikh 9 Mei 2010 di Puchong, Selangor, bukan untuk pencarian model bagi Majalah NUR ya. Yang itu kena isi borang dalam Majalah NUR. Tapi kalau editor NUR berminat nak ambil anda jadi model majalah tu kira rezeki bergolek kan?

2. Model ni hendaklah ada dan ‘available’ pada 9 Mei untuk demonstrasi ikatan tudung. Tak mau la jap2, eh tak boleh lah anak nangis la apa la… So pastikan anda tak ada masalah dengan anak2 kecik ya 🙂 Kalau ada anak kecik awal2 minta suami/adik jaga kan hihi.

3. Anda tak perlu cantik untuk jadi model ni, cuma perlukan keyakinan aje bila orang godek2 kepala kita nak pakaikan tudung 😀

4. Terbuka kepada semua ladies, anak dara ke, mak orang ke, mak jan ke.. Kanak2.. takyah lagi kot. Tunggu besar dulu ye dik 🙂

5. Tarikh tutup untuk pencarian ni ialah pada hari Khamis 6 Mei 2010, jam 5.00 petang.

So, ape tunggu lagi jommm buat entry!

admin Avatar

27 responses to “Siapa Ganti Wardina?”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    ooh..i adalah teringin sbb i tak pandai sgt nak cari gaya yg sesuai dgn spek. tudung bwl je ok dgn i! Tapi mslhnya, i don’t think i can make it on that day sbb tetiba ada lak bowling tournament office yg wajib pegi sbb we’re the organizer….huhhhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yakaaa Aliah tak datang kerrr isk3x

  2. aidie Avatar

    AJK boleh jadik model tak??? hihiihih
    .-= aidie´s last blog ..Bila Ustazah bertanya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Boleh JIKA takde dedicated job hehe

  3. eT Avatar

    kalo la saya cantik cam wardina leh la ganti…hehe..:p
    .-= eT´s last blog ..ada lg 3 hutang =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Uih kalu nak tunggu yg mcm Wardina mmg tak bermodel la kitahhh

  4. MAH Avatar
    MAH

    saya santeeek

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jom maaak

  5. Pnut Avatar

    3. Lengkapkan ayat ni : SAYA NAK GANTI WARDINA SEBAB…. (berapa patah pun takpa tapi tak perlu panjang2)
    saya nak ganti wardina – sebab saya gemuk, saya nak cabar mak andam tudung merias saya dengan tudung agar saya cantik dan lawe walaupun gemuk, kalau stok model lawa-lawa dah biasa, tak mencabar-orang cantik pakai apa pun cantik…

    hahahah tapi sayangnya tak dpt join sebab 7-9hb akak berada di Sabah..kalau tak confirm akak menang lalalalalalalaala….

    eheheheh
    .-= Pnut´s last blog ..Dalam Hati Ada Taman =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jangan lupa bawak balik belacan KK nanti saya g kutip amik 😀

  6. zety zainal Avatar

    saye tingin jugak..tp rasenye keadaaan x mengizinkan kott..dibuatnye time nk lilit pale ke ape ke baby mntk nenen,terbelit leher i trus,hahahah
    .-= zety zainal´s last blog ..Crazy Sales For Mommies – 1st Blog Anniversary GiveAway. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahaha itu mmg high risk tuh!

  7. liya Avatar

    Hi mommy..

    Saya tak shantek tapi nak join boleh tak? ehehehe..

    http://mrsharis.blogspot.com/2010/04/saya-nak-ganti-wardina.html
    .-= liya´s last blog ..SAYA NAK GANTI WARDINA =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yey! TQ darling! Mana lagi Wardina-to-be? 😀

  8. Qaseh Avatar

    menarik2…tp nak tanya satu soalan boleh.
    kalo terpilih jadi model “bidan terjun”
    adakah makeup model di sponsor?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mekap tak penting 😀

      wah soalan tidak dijawab. jawapannya “mungkin tidak”

  9. tifa Avatar

    Saya pun mahu ….tapi tak tau boleh ke tak …since dah jadi ajk bengkel 🙂 Saya mahu menggantikan Wardina kerana….
    saya memang tak ade idea pun macam mana nak menggayakan tudung .Kalau pakai tudung puns atu cara sahaja yang saya tahu.
    So mungkin dengan cara ini saya boleh meng”enhancement”kan diri saya dan belajar cara-cara untuk memakai tudung dengan molek, cantik dan lebih kreatif lagi 🙂
    .-= tifa´s last blog ..1SuperKids-MBP Family Day =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pandai amik kesempatan ye
      miahahha

  10. tifa Avatar

    Tifa tak kisah pun kalau tak dipilih…bagilah peluang pada orang lain pun boleh, tapi kalau dah tak ada orang lain nak volunteer, Tifa ok aje. Tolong kawan-kawan 🙂
    .-= tifa´s last blog ..1SuperKids-MBP Family Day =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ahaks. bole2. masuk majalah Nur nanti kot 😀

  11. afidah Avatar

    dear, bangkel tu bape lame ek?? ade sejam ker? kalau sejam nak la.. sebabnya kite ade buka booth nanti..

    later x de org nak jaga booth i .. huhu
    .-= afidah´s last blog ..BFF =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bengkel tu 1 jam setengah, tentatively.3-4.30 pm. 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yeahhh!!!

  12. nadiea Avatar

    saya tak prasanlaa ini post.. amat menariklaa!! haha… camni kene bwk wan ujam&nina skalilaaa utk jaga diaorg… ibu bule laa jdk model ek? hehehe… jap kalo jadi, saya akan post comment lagi… heheheheheheeh
    .-= nadiea´s last blog ..~TAG – pangkalnya… N …!!~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bole2, sape pun bole jadi model 🙂

  13. brazilian hair weave Avatar

    Hi, after reading this remarkable paragraph i am also cheerful
    to share my familiarity here with mates.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge