Saya berada di Kota Kinabalu, Sabah, atas urusan coaching dan closing bulanan untuk anak-anak bisnes di sini, terkejut menerima perkhabaran dari Kuala Lumpur tentang masalah air yang melanda KL dan Selangor. Syabas!
KUALA LUMPUR – Sebahagian besar penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Mahdzir berkata, proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam. – Bernama
Kejadian seumpama ini pernah berlaku di Miri satu ketika dulu. Masa tu saya dah pindah ke Kuala Lumpur. Tumpahan minyak dalam sungai menyebabkan bekalan air tercemar.
Walaupun ‘pedih’ tapi ujian… baru tak ada air sekejap, saudara2 kita di negara dunia ketiga dan negara bergolak, mungkin langsung tiada air.
Marilah kita bersyukur dan bebaskan diri kita dari sebarang penjahahan minda.
SELAMAT HARI MERDEKA!
Leave a Reply