Selamat Hari Lahir Mommy Lyna

admin Avatar

Sedar tak sedar dah tiba ke tarikh keramat kelahiran seorang bayi yang telah menjalani metamorfosis menjadi seorang wanita hari ini. LOL. Itu lipas la 😛

Nampaknya tahun ini tahun terakhir saya menjalani kehidupan seorang gadis wanita berusia 20-an. Tahun depan, sekiranya dipanjangkan usia maka beralihlah dekad usia saya ke 30-an. Waaahh sudah tua dewasa! Biasa zaman sekarang orang panggil usia itu sebagai 3-series. Macam BMW pulak. Adakah saya bakal memiliki sebuah BMW 3-series di usia 3-series nanti? 😀 Mungkin tidak sebab BMW 3-series kecik je.

Kadang rasa memang betul “age is just numbers”. Sebab tak rasa pun macam dah 29 tahun. Rasa macam 15 tahun je 😀 Err..mungkin 15 tahun yang kolotlah sebab budak2 15 tahun sekarang dah tak tulis perkataan penuh cenggini, HeHeHe. Mungkinkah akan terus berasa ‘young at heart’ sampai umur 50-an besok? We’ll see.. kalau idup lagi la kan.

Satu ketika dulu saya menjangkakan di usia 30 tahun nanti saya adalah berperwatakan matang, ala-ala muslimah bekerjaya di dalam blazer gitu. Tapi macam jauuuuuhh je dari realiti 😀 tak apa, it doesn’t matter. Hidup ini macam iceberg. Yang tak nampak di mata itu lah yang meranapkan Titanic 🙂

Saya sebenarnya segan nak seleb hari lahir saya kali ni. Pertama sebab rasa macam dah tua. Kedua, hari ni adalah hari mak saya berjuang untuk melahirkan saya 29 tahun dulu. Jadi yang patut diberi penghormatan ialah mak saya. Saya ni cuma produk yang berjaya saja LOL. Tapi, memandangkan saya malas tak sempat masak makan malam nanti (dah boleh predict tuh!), so apa salahnya menjadikan alasan hari lahir untuk ajak jejaka kacak di rumah saya tu makan-makan kat tempat special sikit kan, 😀

Ya Allah, apa aku merapu ni.

Tak tahu lah apa yang nak dicakap, terlalu banyak benda yang pending dan belum terbuat sekarang ni. Sangat-sangatlah banyakkk. Mungkin saya belum dapat biasakan diri lagi dengan kerja-anak tiga-bisnes-new ventures-tugas2 lain-main game-baca komik dan sebagainya. Sangat banyak sampai saya tak boleh nak list down apa sebenarnya yang saya kena buat. Rasa nak upah seseorang untuk jadi PA je.

OK lah. Saya anggap semua tu adalah hadiah birthday saya yang  akan dapat dinikmati dalam sedikit masa lagi 🙂 Yang boleh saya beri kepada mak ayah saya tempias-tempiasnya (kurang asam punya anak, tempias yang bagi mak ayah). Ehhh mana boleh cakap, takut pulak terbit perasaan tak ikhlas, jadi riak tau 😀

Banyak lagi benda yang saya masih belum capai, belum buat, dan juga yang jatuh ditimpa tangga belum naik-naik lagi. Semoga peningkatan usia ni selari dengan peningkatan semua yang patut ditingkatkan.

Semoga Allah memanjangkan usia kita semua dalam iman, kesihatan, kecerdasan, kemurahan rezeki… ameen.

*saya dilahirkan pada 13 Jun bersamaan 21 Syaaban.

mommy lyna

Me with Chiki Boom! crew & Watie bersama FAMEkids kebanggaan kami.

Tagged in :

admin Avatar

18 responses to “Selamat Hari Lahir Mommy Lyna”

  1. baby Avatar

    semoga dipanjangkan umur. dimurahkan rezeki dan berjaya mencapai semua cita2..AMIN

  2. LeeN Avatar

    hey you june baby. i am born on 28th on 6th ramadhan. ghupe2nya kita sama june ya. 🙂

  3. fid Avatar

    ehh makin cantik plak pompuan nih!
    tahniah noo!all the best….

  4. Amyz! Avatar

    Happy birthday Mommy Lyna. You share same birthday with my baby, Alam. 🙂

    May you have all the happiness in the world. Amin~ 🙂

  5. nursalwa Avatar

    alom .. baru 29 ke.. muka mcm kanak2 riang.. xsangka plak da nak masuk 3 series thn depan.. happy birthday alom..

  6. lydzar Avatar

    happy bday dear!!

    takper je kot always at heart tu.. 🙂

  7. asz Avatar

    Happy besday! Semoga panjang umur n murah rezeki yg diberkati

  8. Ummi Hanie Avatar

    hepi besday kak Lyna…

    usia hanyalah angka…

    jarak umur kite 2 thn je yek..sy yg 27 tahun ni pun rase mcm masih belasan thn jer…muehehehe~

  9. Coffee Mama Avatar

    Happy birthday Mommy Lynna! Semoga terus sukses dengan plan2 busines yang lebih mantap 🙂

  10. isabelle Avatar

    selamat hari kejadian, mommylyna!!!

  11. cleverspider55 Avatar

    happy birthday moga sihat,gembira,bahagia selalu dan murah rezeki dan tercapai apa yg dicita2kan.Amin.

  12. eliss Avatar

    selamat hari lahir 🙂 semoga hari2 mendatang membawa kebahagian dan kesejahteraan hidup selamanya 🙂

  13. yatipruzz Avatar

    hepi besday sis!
    all the happiness in d world for u n family amin….:)

  14. yaya Avatar

    selamat hari lahir lyna, semoga murah dan bahagia…

  15. adorablemuslimah Avatar

    Hepi beday mommy lyna =)

  16. Nur Avatar

    oklaa tu..umur belum 3 series, tp anak da 3 series..heheheh..
    happy birthday lyna! sesungguhnya lyna adalah contoh ibu yang gigih dan berjaya di pandangan mata akak..keep it up!

  17. mekar Avatar

    Wah…muda lagi rupanya. sya ingat lyna dah umur 30++.

    pst : sya tak pernah lihat kamu cuma menilai dari pembacaan sya di blog ini di mana coretan kamu yg kelihatan sangat MATANG. Tahniah !

  18. juanita Avatar

    Eppy beday ML…..anda sangat bestt 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge