Tahukah korang bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusu, atau tak mahu menyusu, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu? Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka. Tapi pada tahun 1867, seorang pakcik yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula.
Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).
Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap baby semua tu terpaksa diberi jus oren (campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim susu formula adalah yang paling bagus untuk baby.
Kemungkinan revolusi penyusuan pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu.
Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA.
Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Encik Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein.
Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula.
Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka.
Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri.
Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing 😉
Leave a Reply