School Break Special Super-Giveaway

admin Avatar

MySuperKids is organizing a contest for this March school break! (Walaupun sekolah dah nak buka semula tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, hanya boleh dilaunch hari ni).

How to participate in this contest?

Senang saja… Cara-cara penyertaan:

  • Anda cuma perlu menempek poster di bawah di blog anda, dan link-kan poster itu ke http://mysuperkids.net dan nyatakan serba sedikit tentang contest ini.

 image

  • Nyatakan blog kegemaran/daily dose/inspirasi anda. Tuliskan sedikit background tentang blog itu. Apa saja blog yang anda paling suka, kalau anda suka blog MySuperKids, tuliskan saja tentang blog ni sedikit sebanyak.
  • Nyatakan kenapa anda suka/terinspirasi dengan blog tersebut.
  • Berikan cadangan/pendapat/komen untuk blog MySuperKids supaya lebih menarik berinspirasikan blog yang anda nyatakan tadi. Kalau pilihan anda adalah blog ini, just berikan cadangan/pendapat/komen untuk improvement.
  • Kalau tak pandai tulis panjang2, tulis satu ayat pun cukup

    .

  • Kalau anda tak ada blog, boleh isikan saja di ruangan komen di entry ini.
  • Jangan lupa inform saya

    kalau dah buat & sertakan link ke entry anda sekali 😀

3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan : kejujuran (bodek2 tanak OK), kebernasan idea, kreativiti dan originaliti (takmo tiru2 hehe).

Tarikh Tutup : Selasa, 31 Mac 2009, jam 11.59 tengah malam .

Hadiahnya berupa Chomel Nursing Cover iaitu handmade nursing cover yang dibawakan khas oleh Kedai Chomel untuk setiap seorang.

Contest ini terbuka untuk SEMUA. Jangan risau kalau anda rasa anda tak perlukannya.. kerana..

  • Kalau anda dah ada, boleh tambah koleksi.
  • Kalau anda tak BF, boleh simpan untuk anak seterusnya, mana la tahu terbuka jalan untuk BF kan.
  • Kalau anda tak berminat untuk pakai nursing cover, boleh hadiahkan kepada teman yang baru nak belajar BF, sebagai galakan.
  • Kalau anda masih bujang, boleh simpan utk masa depan atau sebagai hadiah kepada kawan2 yang baru dapat baby.
  • Kalau anda seorang suami, boleh jadikan hadiah kepada isteri tersayang.
  • Kalau anda seorang lelaki bujang, boleh hadiahkan pada kakak, adik, makcik atau cikgu anda.

Bagaimana rupa Chomel Nursing Cover tu, adalah begini (gambar di bawah contoh sahaja, bukan corak ini).

 Ciri-ciri Chomel Nursing Cover

  • Mempunyai ring adjustment supaya flexible dan menepati citarasa setiap ibu.
  • Besar dan lebar, menutupi semua bahagian badan semasa BF.
  • Mempunyai peek-a-boo window supaya ibu dapat mengintai baby tersayang semasa BF.
  • Fabrik yang ringan, breathable dan sejuk.
  • Bole dicuci dengan mesin basuh.
  • Corak yang menarik.
  • Warna yang vibrant, hidup dan segar.
  • Membuatkan anda lebih yakin untuk menyusui baby tersayang di tempat yang ramai orang.

Kedai Chomel adalah milik makcik Erni makcik Dila yang bertapak di utara semenanjung dan menjual barang-barang jahitan tangan (pakai mesin pun guna tangan juga) secara online, dan juga mengambil tempahan!

Di samping itu, anda bolehlah menjengah ke Kedai Chomel untuk menjamu mata ya 🙂

Apa tunggu lagi? Kalau anda mengidamkan sehelai nursing cover yang cun lagi canggih, atau wonder bagaimana rupa nursing cover, inilah masanya!

Sertailah sekarang!

admin Avatar

20 responses to “School Break Special Super-Giveaway”

  1. fid Avatar

    hamboii ada contest

  2. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    makcik erni tak best la,makcik dila la ok sikit…hahah 😛

  3. mama emma Avatar

    wah.. gud2 la lyna organize contest nie… kan hari tu akak ada mention nak blog pasal msk forum?? yeye.. dah ada reason… + ada hadiah la pulak!!!

    alamak… 31mac?? mintak2 la sempat nak buat entry nie….

  4. zuhaini Avatar

    wah.. menarik nih! 🙂

    insya allah…

  5. p-na mama oja Avatar
    p-na mama oja

    hi, lyna..lama x singgah sini since awak dh tukar rumah..sy byk ketinggalan..huhu!!

    contest ek? sy nie payah nk menang slalu nya… nk join ke x ek? (kalah sebelum berjuang)heheh…

  6. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Wahhh menarik tu hadiah nya..boleh guna for baby dlm perut ni..if menang ler..

  7. Mommy Lyna Avatar

    🙂

    sila lah sertai.

  8. […] School Break Special Super-Giveaway […]

  9. Shila Avatar
    Shila

    Oleh kerana saya tak ada blog so saya tak boleh nak tempek poster tu kat blog.

    Blog pilihan saya adalah blog MySuperKids.net.

    Blog ini mengandungi banyak informasi berguna tentang penyusuan susu ibu berdasarkan pengalaman penulis menyusukan kedua-dua orang cahaya matanya. Berbagai masalah dan halangan berjaya ditempuhi oleh penulis blog ini.

    Saya mula membaca blog ini sejak menjumpai link blog ini semasa hamil anak yang pertama yang lahir pada januari 2008. Saya terinspirasi untuk mengikut jejak Mommy Lyna untuk menyusukan bayinya setelah gagal menyusukan anak saya yang pertama. Sedih teramat sedih kerana saya rasa saya seperti seorang ibu yang paling kejam kerana memberi anak saya susu formula. Sehingga la ketika anak saya baru berusia 3 bulan saya hamil lagi…kali ini saya amat berazam bersungguh-sungguh dengan selalu melawati blog ini. Panduan dan pengalaman Mommy Lyna amat mempengaruhi saya sehingga Alhamdulillah saya berjaya menyusukan bayi kedua saya yang berusia 3 bulan setengah secara eksklusif.
    Oleh itu cadangan saya agar Mommy Lyna dapat menambah gambar2 dalam setiap entry yang berkaitan dan kalau boleh tunjukkan jadual penyusuan anak2 Mommy Lyna supaya pembaca dapat gambaran/contoh tentang kekerapan penyusuan untuk dijadikan contoh.Selain itu, cadangan saya agar Puan dapat membuka ruangan untuk ibu2 lain berkongsi pengalaman penyusuan mereka untuk dikongsi bersama disamping boleh mendapat komen dari Puan.
    sekian itu saja dari saya.

    TQ Shila for participating!!!!

  10. mama emma Avatar

    dah participate.. nnt check blog akak 25 mac 09, 8am aaaa

    tocey….

  11. […] School Break Special Super-Giveaway […]

  12. mama emma Avatar

    nie entry akak… click sini

  13. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    kalau campur2 bahasa melayu dgn english ok ke?

  14. fid Avatar

    i tak reti la nak ambil bahagian

  15. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    udah amik bahagian selepas 2hari mengarang wakakakka…sngguh lama masa yg di ambil untuk memerah otak dan jari. jenguk2 la ye mommy lyna –> http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/03/menangi-mysuperkidsnet-contest.html

  16. Mama Zharfan Avatar
    Mama Zharfan

    i tgh cari idea nak join contest ni….tunggu…………–>bila dah siap nanti i inform yer….anyway, salam perkenalan to mommy lyna and all mommy bloggers who visit this lovely blog 🙂

  17. Mama Zharfan Avatar
    Mama Zharfan

    hi Mommmy Lyna,

    I nak join this contest 🙂
    check out my blog posting yer:

    http://suzie284.blogspot.com/2009/03/mysuperkidsdotnet-school-break-special.html

    “BLOGGING TO STUN,
    READY FOR FUN,
    HAVE I WON?” :p

    Hopefully there’s rezeki for me to win the lovely prize for my lil baby in tummy (due sooooon on 15th April 2009)..
    Thanks & have a nice day!

  18. ayuarjuna Avatar

    dear mummy lyna..

    akhirnya..berjaya juga disiapkan dengan sepenuh jiwa..
    Harap mummy lyna dan semua gembira,
    dengan hasil kerja yang tak seindah mana,
    huhu…moga hari-hari kita bertambah ceria ya..

    http://ayuarjuna.blogspot.com/2009/03/jap.html

  19. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    mommy lyna.. saya join juga… tersarang di draft since day-1 contest ini diumumkan.. sib baik tak terlepas due date.. huuhhu!

    http://queeninmurni.blogspot.com/2009/03/contest-my-super-kids.html

  20. shakila fajirin Avatar
    shakila fajirin

    halo mommy lyna..saya sertai pertandingan ini melalui sudut komen memandangkan saya tidak mempunyai blog sendiri

    blog pilihan saya ialah lunatots.com. Pada saya blog ini telah menyediakan saya pelabagai maklumat terperinci tentang penyusuan bayi secara eksklusif terutamanya untuk bekerjaya seperti saya. saya mendapat maklumat penting tentang pengumpulan dan penyimpanan susu serta petua/tips menambahkan kuantiti susu. Pada saya maklumat yang disalurkan amat membantu saya dan setiap keraguan saya akan dijawab. saya gagal menyusukan anak sulung saya(beliau hanya menyusu lebih kurang 20 hari) akibat kejahilan saya. Pada saya maklumat yang saya perolehi di lunatots telah menjadikan saya berjaya menyusukan bayi kedua saya sehingga kini selama 1 bulan setengah dan menambahkan stok EBM saya di peti sejuk sebelum saya kembali bekerja. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge