Hafiy mengalami masalah kulit sensitif dan alergik entah apa-apa, baru ni kasi dia mandi pakai Lifebuoy, dah OK tapi kadang2 ada balik. So sebab kesian tengok dia asik tergaru2 je, saya nak cuba lah pakai benda lain pula. Bawa ke Paed pun Paed kate, alergik. Tapi alergik apa tak tau. Nak buat blood test tak sempat2 lagi. Lagipun Paed kata tak perlu.
Sementara tu saya order ini sabun Amoorea dari Ucu E-Shop. Kedai ni milik kawan baik saya. Dan2 aku mengaku kawan baik hahaha. Beliau mula membuka e-kedai ni, seingat saya, bulan lepas lah. Tagline nya – “barang2 yang kau nampak dalam majalah Mingguan Wanita tu, ada le kat kedai aku”
Sabun ni memang kelakar sebab dia mahal gilak tapi kecik cenonet aje. Kalau Ucu bukan kawan saya, sure saya cakap dia menipu. Sabun sebesar sabun hotel pun sampai RM80! Beli sabun Dettol pun sebijik singgit lebih je. Besar lagi.
Amoorea yang cenonet tapi POWER katanya.
Saya ni sebenarnya tak pernah berhabis untuk beli barang kecantikan. Inilah objek paling mahal saya beli tapi demi anak dan suami, tak ape lah. Ye, Abiy pun ada sikit problem yang memerlukan sesuatu tindakan susulan.
Kenapa saya memilih ntuk mencuba Amoorea? Sebab..
AMOOREA sesuai untuk semua jenis kulit: Kulit Berminyak , sensitif , kering, normal , jerawat , bersisik , berparut dan sebagainya. Malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutamanya yang mempunyai masalah eczema.
AMOOREA juga berkesan untuk menghilangkan kehitaman dicelah peha dan ketiak. Kelemumur dan rambut gugur pasti dapat diatasi. Ini adalah kerana Amoorea ini bertindak menyahtoksik , membersih , mengawal pH , mencerah secara semulajadi , menghalus dan mengurangkan parut. Kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya.
Kami tok, mengalami masalah macam dalam bold. Sebab dah buhsan menggunakan barang2 kilang ubat yang banyak drug, kita cuba cara tradisional moden pulak. Katanya sabun ni mengandungi bahan2 semulajadi seperti heilmoor claiy, tea tree leaf extract, freashwater micro algae, licorice extract dan syndate. Semuanya diimport dari Eropah.
Katanya ia takde kaitan dengan Mior ataupun Eumora. Saya pun tak pasti sebab saya diapproach oleh Ucu dengan Amoorea 😀
Sebenarnya ada lagi 2-3 orang kawan saya yang menjual produk ni, tapi disebabkan Ucu Noor yang approach dulu, kira rezeki Ucu la kan 😀
Btw, sila la jengah Ucu E-Shop. Barang2 yang dijual lebih rendah dari harga pasaran. Tak caya cuba pegi ke UCU E-SHOP. Macam-macam ada~
Sekarang ni baru je start pakai Amoorea ni. Kita kasik masa dalam seminggu tengok performance dia macamana…
Leave a Reply