Roslin Hashim Bercerai Kali Kedua Selepas Sebulan Kahwin

admin Avatar

Roslin Hashim nak bercerai lagi!

Terkejut saya mendengar berita dari radio tentang Roslin Hashim akan failkan perceraian tatkala sedang memandu tadi. Sangka saya flashback kisah perkahwinannya yang dahulu. Rupa-rupanya ini adalah yang berlaku kepada perkahwinan keduanya yang baru dilaksanakan sebulan yang lepas.

Sedih juga saya dengan kisah kahwin cerai ni. Tambah2 singkat sangat masanya. Roslin Hashim cerai kali pertama dengan Faizah Mohamad, selepas 12 hari dinikahkan, dan perkahwinan kali kedua dengan Norhayati Othman, memfailkan perceraian selepas sebulan berkahwin.

Masyarakat moden biasanya kaitkan kes perceraian dengan ‘tiada sefahaman’ atau ‘tiada jodoh’. Mungkin itulah alasan terbaik bagi menjaga maruah dan menutup keaiban satu sama lain.

Saya perhatikan antara sebab pasangan bercerai dalam masa yang singkat (tidak merujuk kepada kes perceraian Roslin Hashim), antaranya:

– perkahwinan atas dasar cinta semata2 dan ketika hampir berkahwin baru disedari ada cinta terhadap orang lain juga.
– perkahwinan bukan atas dasar agama menyebabkan tiada rasa hormat pada pasangan.
– selepas nikah baru sedar tidak serasi/tidak dapat menerima hakikat kekurangan pasangan.
– tiada sifat sabar dalam menangani pasangan.
– gangguan pihak ketiga.
– gangguan makhluk halus atau sihir.

Banyak saya lihat pasangan yang ‘panas’ akibat perkara terakhir tersebut. Zaman makin moden tapi kegiatan sihir masih diamalkan. Bila berlaku pertelingkahan yang berterusan dalam rumahtangga, cuba selidik puncanya. Mungkin ada kaitan dengan perkara keenam. Maklumlah dunia makin moden, makhluk halus pun ada teknologi juga.

Kes cerai ni agak menarik juga, kerana antara sebab beberapa pihak tidak menyokong cadangan membenarkan pelajar sekolah berkahwin kerana bimbangkan kadar perceraian yang bertambah nanti. Tapi.. orang dewasa pun bukan tak ada yang bercerai. Yang cerai-rujuk sampai 2-3 kali pun ramai. Last2 dah tak boleh rujuk dah sebab dah sampai limit talak.

Ya Allah jauhkanlah kami2 dari bertindak di luar kesabaran hingga terlafaz benda halal yang paling Kau tak sukai itu.

Hari baik bulan baik ni ayuh kita doakan keselamatan pasangan2 di luar sana, dan pasangan kita juga, semoga rumahtangga yang dibina bukan bertahan sekadar di dunia, tapi menjadi peneman di syurga juga, insya-Allah.

Sekadar berkongsi.. keratan dari MyMetro Online tentang berita perceraian Roslin dan pasangannya:

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.Pasangann itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

admin Avatar

9 responses to “Roslin Hashim Bercerai Kali Kedua Selepas Sebulan Kahwin”

  1. Liyana Avatar

    Pagi tadi baru ada perbincangan bersama law practitioner di TV3.. mengenai perceraian yg meningkat dikalangan pasangan muda. Purata perceraian adalah setinggi 500 kes sehari..

    Antara sebab yg di sebut:
    1. Paling utama, sebab takde restu ibu bapa.. ramai yg pandang remeh tentang restu restu nih..
    2. Berkahwin atas dasar nafsu semata2 (eg: cinta, sayang, lawa), tp tiada kesedaran pasal tanggungjawab, esp kepada Allah. Bak ahli panel tu kata, kalau rukun Islam tiang agama iaitu solat tidak dibuat, apatah lagi nak buat rukun2 lain, seperti rukun rumahtangga..
    3. Bak kata Lyna,, tiada rasa hormat..
    4. Ekonomi, dulu duit aku, duit aku ja, tp sekarang kena kongsi..etc
    Ni sebab kawen sbb syok ja, lepas kawen punya hal tak pernah difikir..

    Si Roslin tu ada konflik dalam diri gamaknye, hehe, mana kita tau.. dua kali dah ni.. maybe dia yang bermasalah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      (terkenang cerita Furqan dan Anna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih) kih kih kih.

  2. Aliaa Avatar

    Tak mustahil di zaman millenium ni org masih mengamalkan ilmu hitam.

    skarang ni lagi byk org mengamalkan sihir dan mangsa pula lagi mudah terkena, sebab amalan ibadah sudah longgar, malah culas.. spt solat, baca Quran..sbb..bz..bz..bz..
    .-= Aliaa´s last blog ..Berhibur sambil mendidik – =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      isk isk isk. amalan sendiri pun inviting makhluk halus ‘nak berkawan’ tak payah tunggu orang sihir, bole je dia datang sendiri kan. isk isk isk.

  3. altuty Avatar

    pagi tadi baru topik ni dlm MHI. tentang rate perceraian di kalangan pasangan muda yg meningkat sejak akhir2 ni. Dato’ Khairyl Anuar (Peguan Syarie), kalau saya tak salah namanya lah, ini dah jadi seperti trend akibat dari pendedahan perceraian dlm tv, media. contohnya artis, VIP yg tak segan silu buat press conference utk menghebahkan perceraian.

    secara tak langsung ini pun buat pasangan muda fikir, “get out from the problem” je dari berusaha utk ikhtiar lain. they made us feel, “oh its ok to live alone”, “jika saya boleh buat, sudah tentu anda juga”. something like dat lah.

    wahh panjang plak. sorry! 😉
    .-= altuty´s last blog ..the blog is neglected =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah

      bukan susah pun diorang nak kawen-cerai.

      nak kawen, gi masjid. nak cerai, g court.

  4. transformed housewife Avatar

    hmm pelik juga ye. Roslin ni ada masalah apa sebenarnya? Takutnya baca bila tengok kadar perceraian sampai 500 kes sehari. Nok jd gapola loni.
    .-= transformed housewife´s last blog ..A short report for today =-.

  5. yangbaik Avatar

    ikut suke demo la…
    dah gak demo la nih tak super mulo
    .-= yangbaik´s last blog ..Hidup Seorang Blogger =-.

  6. sunglasses Avatar

    tiada jodoh itu yang boleh diperkatakan..
    .-= sunglasses´s last blog ..Used ray ban =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge