Roslin Hashim nak bercerai lagi!
Terkejut saya mendengar berita dari radio tentang Roslin Hashim akan failkan perceraian tatkala sedang memandu tadi. Sangka saya flashback kisah perkahwinannya yang dahulu. Rupa-rupanya ini adalah yang berlaku kepada perkahwinan keduanya yang baru dilaksanakan sebulan yang lepas.
Sedih juga saya dengan kisah kahwin cerai ni. Tambah2 singkat sangat masanya. Roslin Hashim cerai kali pertama dengan Faizah Mohamad, selepas 12 hari dinikahkan, dan perkahwinan kali kedua dengan Norhayati Othman, memfailkan perceraian selepas sebulan berkahwin.
Masyarakat moden biasanya kaitkan kes perceraian dengan ‘tiada sefahaman’ atau ‘tiada jodoh’. Mungkin itulah alasan terbaik bagi menjaga maruah dan menutup keaiban satu sama lain.
Saya perhatikan antara sebab pasangan bercerai dalam masa yang singkat (tidak merujuk kepada kes perceraian Roslin Hashim), antaranya:
– perkahwinan atas dasar cinta semata2 dan ketika hampir berkahwin baru disedari ada cinta terhadap orang lain juga.
– perkahwinan bukan atas dasar agama menyebabkan tiada rasa hormat pada pasangan.
– selepas nikah baru sedar tidak serasi/tidak dapat menerima hakikat kekurangan pasangan.
– tiada sifat sabar dalam menangani pasangan.
– gangguan pihak ketiga.
– gangguan makhluk halus atau sihir.
Banyak saya lihat pasangan yang ‘panas’ akibat perkara terakhir tersebut. Zaman makin moden tapi kegiatan sihir masih diamalkan. Bila berlaku pertelingkahan yang berterusan dalam rumahtangga, cuba selidik puncanya. Mungkin ada kaitan dengan perkara keenam. Maklumlah dunia makin moden, makhluk halus pun ada teknologi juga.
Kes cerai ni agak menarik juga, kerana antara sebab beberapa pihak tidak menyokong cadangan membenarkan pelajar sekolah berkahwin kerana bimbangkan kadar perceraian yang bertambah nanti. Tapi.. orang dewasa pun bukan tak ada yang bercerai. Yang cerai-rujuk sampai 2-3 kali pun ramai. Last2 dah tak boleh rujuk dah sebab dah sampai limit talak.
Ya Allah jauhkanlah kami2 dari bertindak di luar kesabaran hingga terlafaz benda halal yang paling Kau tak sukai itu.
Hari baik bulan baik ni ayuh kita doakan keselamatan pasangan2 di luar sana, dan pasangan kita juga, semoga rumahtangga yang dibina bukan bertahan sekadar di dunia, tapi menjadi peneman di syurga juga, insya-Allah.
Sekadar berkongsi.. keratan dari MyMetro Online tentang berita perceraian Roslin dan pasangannya:
KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.Pasangann itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.
Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Leave a Reply