3 orang anak, 3 pengalaman berbeza.
Anak pertama, susu badan saya banyak sangat masa dalam pantang. Salah satu sebabnya, baby saya minum sikit je. Tapi tubuhnya masa tu, masya-Allah debab!
Gambar di atas adalah Hafiy masa umurnya sebulan. Berat 5kg masa ni. Lahir 3.3kg.
Masa tu saya belum faham sangat lagi perkaitan pemakanan dengan susu yang dihasilkan. Saya mulanya sangat37464 hairan sebab orang kata “Baby boy minum susu banyak, asyik nak menyusu je”.. Tapi anak saya memang berlainan.
Minum susu sekejap je, be it direct feeding ke EBM ke. Saya memang naik hairan, lagi2 bila badannya tembam semacam.
Rupa-rupanya kerana tabiat pemakanan saya, high protein intake, high fibre, high calcium etc menjadikan susu saya tinggi kandungan makronutrient yang membina tubuh baby dan menjadikannya cepat kenyang.
PEMAKANAN:
Saya makan nasi 3 kali sehari – breakfast, lunch & dinner
Saya makan fiber bersama milo (my favorite!)
Saya minum air masak 4 liter air sehari
Saya minum Energizing Soy Protein 3 kali sehari
SUPPLEMENT:
Saya mengambil supplement Shaklee di samping produk2 tradisional seperti daun2 kayu berkhasiat yang ditumbuk dan diminum airnya.
Hasilnya memang menarik. Alhamdulillah badan pun tak penat. Balik2 rumah kena marah dengan nenek sebab saya tak baring. Dia tanya saya tak rasa apa2 ke? Saya kata OK saja, macamana saya nak baring, tak ada rasa nak baring2 pun T___T
Anak kedua, lahir pramatang minggu ke-28.
Yang ni memang… Susu sangat sikit. Cukup2 saja ntuk keperluan dia. Kalaj dia minum 3ml, 3 ml la dapat pam. Sampailah akhirnya dia minum 30ml, 30 ml la dapat pam.
Akhirnya saya ambil cuti setahun untuk jaga & direct feed beliau.
Memang struggle sgt masa ni. Sampai saya rasa – bolehkah aku menyusu anak yang akan datang ni? Macam nak give up pun ada.
Namun di sebalik struggle itu, saya konsisten mengambil Shaklee, alhamdulillah berat badan Fahry bertambah dengan cepat. Sampai ada ibu di SCN tanya saya buat apa anak saya cepat naik beratnya. Anaknya lahir 28 minggu juga tapi dah dekat 3 bulan masih tak naik berat dengan cemerlang. Lalu saya hadiahkannya Vitalea dan Soy Protein. Alhamdulillah seminggu lepas tu dah boleh balik rumah 🙂
Anak ketiga, alhamdulillah hingga hari ni dah dekat 10 bulan saya menyusukan Danny. Dah besar dah Danny, dah boleh berdiri-jatuh. Susu tak semeriah masa Hafiy sebab saya tak pam sekerap dulu 😀 masa Hafiy 4 kali masa di ofis, sekarang 2 kali je. Tapi not bad still bole bagi susu buat anak susuanku 🙂
Danny, gambar lama. Sekarang rambutnya menggerbang macam Einstein.
Jadi apa rahsianya susu badan banyak?
1. PEMAKANAN – ibu menyusu kena jaga makan, makan ikut time, jangan biar body lapar atau haus.
2. NUTRIEN – makan bukan untuk kenyang je, tapi untuk dapatkan nutriennya. Badan kita tak kenal chicken chop ke, nasi mandi ke.. Yang dia kenal ialah makro dan mikro nutrien dalam makanan2 tu.
3. MOOD – mesti happy selalu dan yakin dengan keupayaan kita nak menyusukan anak.
4. ILMU PENYUSUAN – wah ini patutnya NOMBOR SATU! Ilmu penyusuan sangat46433 penting sebelum kita mula nak menyusukan anak. Ramai yang kecundang sebab belum dapat ilmu. InsyaAllah akan dapat la 🙂 SUPPLY-DEMAND ===> konsep utama dalam penyusuan.
5. SOKONGAN – selain pasangan, keluarga, sokongan dari rakan2.. Kalaj takde rakan terdekat, di online banyak forum yang boleh menyokong anda 🙂
6. REZEKI ALLAH – bila cakap soal rezeki, bukan makna kita kena pasrah, tapi USAHA. Usahalah dengan doa, amal, serta bertawakal. Sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki, dan berkongsilah rezeki/ilmu yang kita ada dgn orang lain semoga Allah tambahkan rezeki kita.
Perjalanan dalam lorong penyusuan saya masih jauh, ada 14 bulan lagi nak complete penyusuan Danny. Mungkinkah lepas tu sambung untuk adik Danny pula. Lol.
Kepada anda semua ibu menyusu, emailkan kisah penyusuan anda kepada saya mommy(@)fahry.net untuk saya abadikan dalam blog http://blog.sususihat.com 🙂 terima kasih!
Leave a Reply