Rahsia Shaliza menghiasi slot Cerekarama malam minggu di TV3. Telemovie kali ni saya puji, kerana ia digarap dengan baik, walaupun ada cacat cela cuma minor saja.
Rahsia Shaliza dibintangi oleh Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dan Arash Mohamad, merupakan drama yang sarat dengan mesej berupa renungan bahawa di mukabumi ni ada macam2 jenis manusia termasuk yang baik sangat dan yang jahat giler tak ingat. Ia memuatkan mesej kekeluargaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, sikap manusia, konflik di pejabat dan sebagainya.
Saya tak ikuti dari awal sebab baru balik dari Masjid Wilayah. Tengok2 dah part yang Shaliza kena pecat, nak masak nasi beras dah habis.
Watak tipikal lah Shaliza ni. Kena buang kerja tapi tak ada usaha cari kerja pun. Beliau sebelumnya seorang setiausaha kepada Pengarah Urusan GG Holdings tapi dipecat kerana fitnah yang hanya terjawab di hujung cerita.
Si pengarah urusan itu, Hisham lakonan Azhar Sulaiman ialah gambaran lelaki yang baik, sopan, bijak.. Tapi di depan je. Belakang…. Haih!
Ceritanya bila kena fitnah tu, Shaliza dibenci kawannya, ayahnya pun jadi mangsa kebencian orang.
Akhirnya Shaliza menjadi setiausaha syarikat lain dan membantu syarikat itu naik. Tapi si Hisham datang mengacau tapi dari situ segalanya terbongkar.
Drama yang baik, pada hemat saya kerana rahsia tentang Shaliza tu sukar untuk saya ramal, tak seperti drama lain, baca sinopsis dah boleh agak siapa dalangnya dan apa kejadah kejahatannya. Garapan yang baik dan Fasha Sandha ni patut dapat anugerah pelakon terbaik.
Saya harap pengusaha telemovie boleh hasilkan karya sebegini, yakni tak meletakkan penonton di kerusi seorang yanh diperbodohkan atau kisah saspen yang merapu2. Kisah yang simple tanpa perlu tunjuk realiti negatif masyarakat kita dengan jelas.
Sebut pasal realiti, takde ke mana2 produser nak keluar movie tentang buang bayi pulak? Rempit dah, rogol dah, pelacuran dah, bohsia dah… Buang bayi bila lagi?
Leave a Reply