Mungkin anda rasa dah terlambat untuk anda meraih glamour dalam dunia blogging, kerana sekarang ada ramai blogger yang power2 contohnya RedMummy (RedMummy ajelah contoh paling senang). Tahukah anda berapa tahun RedMummy ambil untuk menjadi seperti beliau sekarang?
Tapi jangan risau, kerana saya ada beberapa rahsia untuk menjadi blogger terkenal dalam masa yang amat singkat, boleh dikatakan sekelip. Tak tipu, 98.99% pasti berjaya jika anda amalkan teknik-teknik ni.
Apakah langkah2 rahsia untuk menjadi blogger terkenal?
1. Lawati 1000 blog setiap hari dan tinggalkan pesanan dalam setiap blog yang anda lawat supaya mereka membalas lawatan anda. Lakukan selama sebulan dan anda akan lihat traffik blog anda akan bertambah.
2. Buat satu entry kontroversi tentang seseorang yang terkenal, contohnya seorang blogger yang mempunyai 13 ribu followers. kemudian, sebar-sebarkan link entry anda. Anda pasti menerima kunjungan daripada followers blogger tersebut.
3. Dapatkan sehelai kain sepanjang 30 kaki dan selebar 5 kaki. Tuliskan URL blog anda dan rentangkan pada jambatan yang merentasi lebuhraya terutama Lebuhraya Persekutuan dan LDP.
4. Catkan kenderaan anda dengan URL blog anda, lengkapkan dengan pembesar suara dan laung-laungkan ke seluruh kejiranan “sila lawati blog saya di alamat mysuperkids.net..”
5. Iklankan blog anda di TV, radio, majalah, akhbar dan sebagainya.
6. Cetak flyers atau risalah tentang blog anda dan edarkan pada orang ramai di kedai2 makan, pusat membeli-belah, pejabat dan institusi pengajian tinggi.
7. Terbitkan sebuah rancangan realiti TV tentang blog anda.
8. Hubungi pikah ITIS untuk memaparkan URL blog anda di jalan-jalan raya yang mempunyai skrin besar.
9. Panjat Menara Berkembar PETRONAS dan cacakkan bendera yang bertulisan URL blog anda di puncaknya.
Itulah dia rahsia untuk menadi blogger terkenal dalam masa yang singkat. Jika anda melaksanakan kesembilan2 perkara di atas tanpa gagal, saya jamin anda akan menjadi orang paling terkenal di Malaysia.
*jangan marah… gurau senda di petang Jumaat 😉
Leave a Reply