Erra Fazira antara artis Malaysia yang cantik, kan? Kalau tidak masakan beliau dinobatkan sebagai Ratu Malaysia pada tahun 1992. Erra Fazira memiliki wajah wanita Melayu yang lembut dan comel pun ya. Lagi-lagi beliau sangat natural dan tak ada nak control-control gitu.
foto dari : rindok.com
Jadi cantik dan nampak cantik tu impian hampir semua orang (ada jek yang taknak kelihatan cantik, contohnya Princess Fiona dalam Shrek, LOL). Kalau tak, masakan produk kecantikan yang pelbagai jenis dan gaya laris terjual di pasaran. Malah orang sanggup berbelanja beribu2 siap berhutang bagai untuk kelihatan cantik. Itu belum masuk yang buat pembedahan plastik-lah, cucuk sana cucuk sini, sedut sana sedut sini, dan sebagainya.
Kata orang kampung saya “Beauty in the eyes of the beholder”. Apa yang kita pandang sebagai cantik tu, tak semestinya cantik pada pandangan orang lain, apa lagi pada pandangan Tuhan. Tapi kalau nak tunggu semua orang kata “Cantik!” baru boleh diiktiraf sebagai cantik.. memang tak adalah. Macam-macam mana pun pasti ada jenis manusia yang saja-saja tak mahu iktiraf kelebihan orang lain.
Berbalik kepada kecantikan Erra Fazira, apa dia ya rahsia kecantikan Erra Fazira ni? Adakah memang beliau ditakdirkan menjadi cantik? Tapi kadang-kadang, ada orang muka memang cantik, tapi bila kita pandang, seolah-olah serinya tak ada. Mungkin sebab kurang senyum, atau mungkin sebab memiliki hati yang busuk dan keras. Kata orang, wajah adalah cerminan hati. Bila hati bersih, serinya naik sampai ke wajah. Walaupun tak secantik Erra Fazira, tapi orang pandag, sejuuuuk dan menenangkan aje.
Bercakap tentang rahsia kecantikannya, kata Erra “Tak guna berwajah menarik kalau hati diselaputi perasaan hasad dengki. Seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan sikap negatif begitu dari dalam diri ini” (Petikan dari Erra Online).
Kalau kita lihat, Erra adalah antara artis yang tak sangat dilanda kontroversi yang melibatkan perangai dan sikapnya. Walaupun saya tak pernah bertemu beliau (terserempak kat pasar malam aje, eh.. jiran aku rupanya Erra Fazira ni :P) tapi dari apa yang saya perhatikan, cara beliau layan peminat dan soalan2 wartawan menunjukkan Erra seorang yang begitu terbuka dan tidak ‘ek’. Maklum sajalah, orang bukan saja cantik, dah terkenal, kaya-raya pula tu.
Jadi, bagi kita dan sesiapa sahaja, kalau ada perasaan hasad dengki dalam diri, buangkanlah jauh-jauh. Itu bukan sifat yang sepatutnya ada dalam diri seorang manusia. Ia adalah sikap warisan iblis sehingga menjadikan kaum iblis dilaknat hingga ke hari kiamat.
Kalau hasad dengki ni, ia memang tak boleh kalau tak menyusahkan orang. Sekurang-kurangnya ada la sikit sebanyak benda bukan2 yang dibuat untuk melampiaskan perasaan hasad dengki tadi tu. Air muka pun jadi kurang berseri je sebab tak boleh nak happy dengan ke-beradaan orang lain. Hati tak tenang asyik duk fikir pasal orang aje.
Bersama-sama lah kita ingat-mengingatkan, jauhi dengki. Saling meraikan antara satu sama lain itukan lebih baik dari dengki-dengki dan menjatuhkan sesama kita.
Leave a Reply