Ragam Ramadhan

admin Avatar

Alhamdulillah Ramadhan muncul lagi. Saya ni dah macam kekurangan apa benda entah, sampai duk ingat tahun ni Ramadhan pertama dengan Danny. Rupanya dah kali kedua.

Tahun lepas Danny masih kecil, jadi kami tak membawanya ke masjid berterawih.

Ramadhan tahun ni seperti sebelum-sebelumnya, saya cuba untuk memasak sendiri juadah berbuka. Simple saja… Setakat ni belum pernah buat kuih lagi.

Keindahan Ramadhan tu sebenarnya.. Inilah masanya untuk kita sekeliarga berkumpul semeja, sebab waktu makan yang sama – berbuka puasa, dan sahur.

Saya dan keluarga tak pulang ke kampung menyambut 1 Ramadhan, sebaliknya kami ke Singapura ^__^ alhamdulillah dapat merasa murtabak Singapura walaupun Restoran Zam-Zam tutup.

Anak saya, Hafiy pernah cuba puasa dari jam 10 pagi hingga Maghrib; dan dari jam 8 pagi hingga 6 petang. OK lah bagi kanak-kanak 5 tahun ni. Yang penting puasa tu bukan semata2 nak suruh kita berlapar tak makan.. Lagi-lagi kanak-kanak yang memerlukan zat yang lebih untuk pertumbuhan mereka. Pastikan makanan yang seimbang dan berzat disediakan untuk mereka, dan tiada ‘junk food’.

Roh Ramadhan tu… Taktaulah kenapa. Semakin kurang terasanya, kecuali aktiviti2 biasa di bulan puasa. Mungkin kerana sibuk, di pejabat, di rumah.. Di alam maya dah senyap hehehe.

Bulan Ramadhan ni bakal membuka satu lembaran baru buat saya. Harapnya saya dapat menghabiskan apa yang telah saya mulakan.

Bulan ni.. Memang menguji dan banyak peristiwa yang menguji. Harap2 kita semua lulus ujian tu 😉

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda, dan baju menyusu Muslimah Bling Buubies untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
—–———–———-

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Ragam Ramadhan”

  1. mommynadia Avatar

    Semoga semuanya berjalan lancar.Amin.
    Selamat berpuasa mommylyna 😉

  2. irfa Avatar

    belum satu malam pun pegi terawih ;(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge