Saya ibu yang teruja nak kongsikan perkembangan anak-anak dengan masyarakat umum. Saya dapat ramai kawan yang mempunyai passion yang sama – anak-anak.
Namun perspektif saya berubah bila hati tergerak mencari nama seorang anak blogger yang bukan kawan saya (tak pernah jumpa, berkomunikasi mahupun melepak bersama) dalam senarai murid di sebuah sekolah. Perbuatan secara tak sengaja tu (kerana saya tahu nama penuhnya siap dengan nama ayah, dan dia tinggal di mana) mendatangkan dentingan dalam hati saya.
“Jika saya boleh buat begini kepada orang yang saya tak kenal, mungkinkah orang lain juga akan buat benda yang sama pada saya?”
Bayangkan seseorang yang tidak kita kenali, mengenali kita dan keluarga kita, dari apa yang kita tulis dan upload!
Saya mula rasa kurang selesa. Saya mula kurangkan pendedahan tentang anak-anak, terutama perkara yang mengaibkan mereka (walaupun sebagai ibu kita rasa lucu). Bayangkan ada orang berkata kepada anak kita “Ooo inilah Fadil (bukan nama sebenar) yang terkencing dalam seluar masa hari pertama sekolah tu kan” [contoh saja, takde kaitan dengan sesiapa].
Walaupun kita mungkin jarang dengar tentang fidofilia, tapi di luar sana wujud golongan begini. Yang rasa terangsang bila melihat atau membaca tentang kanak-kanak. Gila kan?
Lindungi anak-anak kita dengan memberi batas dan privasi buat mereka. Ini adalah satu perlindungan yang kita boleh buat. Dulu-dulu mak ayah jaga anak, kurung dalam rumah (mak ayah saya lah, nak main pun ada had kawasan). Sekarang, walaupun kita kurung juga, tapi anak kita ‘bebas’ di media sosial.
Apa yang korang rasa tentang perkara ni?
– Posted using BlogPress from my iPhone
Privasi Anak-Anak di Media Sosial
Share with
Tagged in :
5 responses to “Privasi Anak-Anak di Media Sosial”
-
k anah pun mmg kurangkan citer atau posting gambar anak2. kalau ada pun gambar sipi tak nampak keseluruhan muka dia. dlm friends kita tak semua yang kita kenal
-
ya..betul…tambah2 i ada anak2 dara…tahun baru ni dan tahun2 akan datang…nak belajar kurangkan upload gmbr family..terutamanya gmbr gegirls, di mana sekolah etc
-
Setuju. Bercerita yang tidak baik, bukan saja anak2, malah orang lain juga, sepatutnya dielakkan.
-
Setuju..saya biasa seting friend only yg dapat tatap anak2 sy..namun sbg peniaga online kdg2 org luar nak tgk jugak samada acc kita acc palsu atau x, dengan sharing gambar keluarga atau gambar2 riadah menunjukkan acc kita adalah acc yg betul fan kita adalah trusted seller..
Upload sket2 sudah, jgn smpai anak sekoalh kt mana, balik jam berapa dgn sape pun nak bgtau dunia..itu tidak patut..
-
Upload juga tapi seboleh-boleh nya takda detail sangat sebab walau kita set sebagai untuk friends sahaja tetapi sekarang dah boleh screen shoot. Itu yang kena selalu beringat.
Leave a Reply