Antara Ikea dan Korea

admin Avatar

Dulu… Dulu la… Masa mula nak menetap di rumah sendiri, Ikea tu salah satu tempat wajib terjah. Tengok barang rumah katanya… (padahal beli separuh-separuh je, bajet la katakan).
 
 Bila dah penat bershopping (window shopping) haruslah nak cicip meatball Ikea yang terkenal itu.
 


– gambar Google
 
 Di cafe Ikea tu ada satu signboard supaya kemas meja sendiri. Tapi… Tak ada seorangpun (mungkinlah ada seorang dua) yang kemaskan meja mereka sendiri… Kebanyakannya bersepah pinggan atas meja.
 
 OK.. Mungkin itu cuma gimik saja, fikir saya.
 
 Kisahnya kami ke Jepun. Selepas kenyang menyantap, nak basuh tangan, sepupu saya (pelajar Malaysia di Jepun) memberitahu bahawa saya kena kemaskan meja dan bawa dulang berisi pinggan, mangkuk, cawan ke rak yang disediakan.
 
 Terus saya teringat Ikea…
 
 Di kafe-kafe di Korea juga mengamalkan konsep yang sama. Pandai makan, pandailah kemas. Siap lap meja lagi.
 
 Di mana-mana pun kena buat sendiri, termasuk kafe di airport.
 
 Kenapa kita tak boleh buat benda tu ya? Atau pihak Ikea perlu tugaskan pekerjanya buat pengumuman supaya kemaskan meja, tak cukup sekadar tampal di dinding…
 
 Atau Ikea tak kisah pun sebenarnya? They still can afford, cheap labours-lah katakan…

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Antara Ikea dan Korea”

  1. ily Avatar

    Ex-colleague sy dulu, kalau mkn kat kedai tak kira lah gerai tepi jalan ke, kedai mamak ke, lepas mkn mesti susun semua pinggan bertingkat2 and lap meja siap2. Anak-anak dia pun terbiasa mcm tu. And sebab selalu sgt mkan dgn family dia, sy pun terikut jugak the habits. Dan skg, anak2 pun terikut2 jugak. Lepas mkn mesti nak susun pinggan bg senang org kedai nak kemas 🙂

    1. Sal Avatar

      bagus sebenarnya..saya pun buat camtu…bg senang org nak angkat..harap2 anak nanti ikut

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    habit yang baik, sebenanrya boleh mengurangkan kos pekerja kepada syarikat.

  3. aidie Avatar
    aidie

    ada satu kedai kat bangsar south kena kemas meja sendiri. kena letak pinggan kat tempat yg disediakan. mmg customer follow the instruction

  4. sarah Avatar
    sarah

    Saya dah start buat sejak saya nampak sorang uncle tu kemas meja : buang sampah dan simpan tray sendiri kat Subway. Anak2 saya pun sibuk nak buat sendiri jugak tanpa disuruh.

  5. emalinmohd Avatar

    Kadang-Kadang buat Kadang-Kadang tak sebab bukan habit. Rasanya ramai tak buat mungkin sebab labour cost masih murah.

  6. Amyz Avatar

    Seboleh-bolehnya buat bila ada kesempatan. Latih diri sendiri. Jadikan contoh pada anak-anak supaya pandai kemas selepas makan. 🙂

  7. Nic Avatar
    Nic

    Dah terbiasa dulu kemas sendiri masa kat states, skrg bila pegi Ikea memang excited nak kemas sendiri gak..kalau tempat lain mcm janggal..tapi still cuba bersihkan mana boleh.. (kecuali kalau anak tumpahkan air atau makanan tak dapek nak tolong kemas..

    1. Sal Avatar

      yaa betul…tak perlu tgk tempat mana..yg penting manners dan nak ajar anak supaya kemas sendiri mcm kat rumah..kalau pun tak dpt bawak ke dapur..

      yaa..bab tumpah2 mmg tak dpt le tolong..tp ok kot..sbb kita byr tax kaan makan?? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge