Pray For #MH17… Tragik & Dramatik

admin Avatar

Saya dah siap-siap masuk tidur dah, tapi dalam jam 12.30 tergerak nak check FaceBook. Sangat-sangat terperanjat dengan apa yang saya lihat – berita kapal terbang MAS MH 17 terhempas di sempadan Rusia, dipercayai ditembak! Rasa macam tak percaya… Takkan mungkin! Mungkin tersilap!
 
 Tapi boleh dikatakan semua yang update waktu itu adalah tentang nahas tersebut. Rupa-rupanya di group WhatApps sudah ada perbincangan tentangnya.
 
 Saya kejut suami beritahu, suami terus bangun, check di internet. Juga inform keluarga mentua di UK tentang berita ini.
 
 Sangat tragik, kami baru saja pulang dari Amsterdam bulan lepas (mungkin route yang sama juga). Ibu mentua baru berangkat ke UK Ahad lepas. Route aama juga. Terdiam saya dibuatnya.
 
 Why? Why MAS? Why now? Why shoot?
 
 Perasaan tak tahu nak gambar macamana… Air crash adalah perkara paling tragis yang boleh saya fikirkan. Sedangkan masuk dan duduk dalam kapal terbang pun saya dah rasa hopeless, inikan pula bila berlaku crash!
 
 Ya, semuanya kehendak Ilahi. Tapi kami dah mula berspekulasi… Macam-macam teori dah keluar. Saya harap tiada teori yang menakutkan bakal keluar.
 
 Oh ya, perkara pertama yang saya fikir bila tahu MH17 ditembak… adalah anak-anak! Kalau mereka boleh tembak pesawat, apatah lagi nak tembak sesiapa saja… Anak-anak kita.. Mereka masih ada masa depan.
 
 Siapa yang tembak? Masing-masing tak mengaku.
 
 Saya harap ia bukan terkena tembakan… Saya harap ia berpunca dari masalah pesawat tu sendiri… Tiada peluru berpandu, tiada… Tidak!
 
 Saya tak boleh nak tidur… Macam-macam perasaan… Tatkala kita mula masuk 10 malam terakhir Ramadhan… Kejadian ini berlaku.
 
 Semoga ini wake up call untuk kita. Bersatulah! Kes MH 370 masih tergantung, sekarang MH 17 pula.
 
 Al-Fatihah buat saudara2 kita yang terlibat dalam nahas ini… Kalian insan terpilih..
 
 Lebih tragik bila ada yang kongsi tweet dan FaceBook status penumpang pesawat ini sebelum berlepas. Seolah-olah sudah tahu ini perjalanan terakhir…
 


Semoga Allah merahmati mereka… Takziah buat ahli keluarga yang terlibat… Mungkin mereka dah rancang nak beraya bersama, tapi rancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Semoga ada sesuatu yang Allah sediakan.. Pedihnya hati merasakan… Bayangkan orang yang kita tunggu tak sampai-sampai, yang sampai sekujur jasad… Bertabahlah wahai keluarga.
 
 Wahai saudara-saudaraku yang masih ada di Malaysia…. Hentikan segala permainan, sentimen dan apa saja yang membawa kepada perpecahan. Ayuhlah kita bersatu seia sekata. Kita akan kuat bila kita bersama-sama.
 
 …. Saya tulis ni dalam keadaan emosi bergelora. Semoga esok membawa khabar yang lebih membahagiakan… Allah Maha Mengetahui.
 
 #prayforMH17 #prayforMH370
 
 
 -Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Pray For #MH17… Tragik & Dramatik”

  1. maizira Avatar
    maizira

    Salam, betul tu kak lyna mcm x percaya juga mase hubby ckp. Kami tgh buka pose kat sini…buka al jazeera sah la betul..

  2. irnawati Avatar

    yup kak lyna..me to shocked..rasa seolah olah perkara itu semakin hampir dengan kita…semoga semua berada di dalam lindunganNYA..
    semoga ada hikmah dan pengajaran untuk umatNYA..
    http://www.metrobestmom.com

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    Samalah alom. K anah pun nak tidur dah, tetiba husband bagitau pesawat mas ditembak di ukraine. Memang menakutkan sekarang ni, lagipun Boeing 777 tu boleh dikawal dari jauh kan. dan pada masa yang sama pula, tentera Zi0nis masuk dah ke Gaza untuk memulakan peperangan darat. Allah bantulah kami! Saya tak percaya kepada kebetulan.

  4. Khadeejah Hasmad Avatar

    Ai masih bersedih dengan MH 370…

    Lebih perit sebab tak tahu nasib..

    Tak jumpa jasad..

    Tak tahu nak kata..

    :'(

    Moga balik lah mereka dengan selamat dan sempurna di hari raya nanti..

    Ramai menanti penuh pengharapan..

    Moga keluarga MH 370 & MH 17 sabar dan redha..

  5. mona Avatar

    sedih….sy pon dh terlelap ngn baby mase husbnd bgtau… mamai2 mase tu.. bile dh sedar btol2 terus mengucap panjang… never think of MAS flight being shot… mcm dlm filem… :’c

  6. laila Avatar

    Allah.
    Allah
    Allah.

    Sedih…
    speechless…:(

  7. sarah Avatar

    hmmm lagi cerita sedih untuk kita rakyat malaysia..semoga kita semua dalam rahmat Allah..dugaan yang perlu kita tempuh selagi hayat di kandung badan..al-fatihah utk yang terkorban..

  8. DuniaVitamin Resources Avatar

    Sampai sekarang masih menunggu ketibaan jenazah penumpang yg terkorban dlm tragedi ni.
    Katanya 16hb ogos.
    Ya Allah,tabahkanlah hati ahli keluarga mereka yg terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge