,

Pisang Keras, Pisang Lembik, Pisang Busuk

admin Avatar

Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan. (SUMBER : Wikipedia BM].

pisang

[SOURCE]

Pisang memang sedap dimakan, banyak khasiat dan memberi kepuasan yang tersendiri kepada penggemar pisang. Macam-macam cara pisang boleh dinikmati. Dimakan begitu sahaja dengan cara menggigit2 sampai habis, atau disedut2 sampai licin, atau diparut ke apa ke. Boleh digoreng, direbus, dibakar, disalai dan sebagainya, mengikut citarasa penggemarnya.

Pisang juga tidak susah untuk didapati. Bersepah-sepah ada di sana sini, dalam pelbagai rupabentuk dan jenis.

Hidup kita adalah seperti setandan pisang. Kata pepatah Melayu, dalam setandan pisang, tak semuanya elok. Ada yang putik, ada yang masak, ada yang busuk. Itulah hidup kita. Dalam hidup kita ada benda yang boleh kita nikmati sekarang, ada benda yang kita kena tunggu kejap untuk menikmatinya dan ada benda yang tak nikmat langsung.

Sebagai manusia yang berakal, kita berhak untuk melakukan apa saja ke atas pisang kita. Nak goreng ke, rebus ke, jual ke, buang ke… Tapi pisang yang busuk sebaiknya kita buangkan saja, daripada menjadi liabiliti. Pisang busuk ni umpama benda2 yang menghalang kita untuk berasa gembira, berjaya, berusaha dan sebagainya. Analogi kita nak jual pisang setandan, kalau ada biji yang busuk, pasti orang akan pilih tandan pisang yang lain. Jadi, daripada pisang busuk menjadi halangan untuk pisang kita laku terjual, eloklah kita buang cepat-cepat.

Walau bagaimanapun, bukan mudah nak membuang pisang, walaupun kita tahu ia dah membusuk dan memberi kualiti buruk kepada pisang-pisang yang lain. Mungkin kita tak tahu nak buang ke mana. Atau sayang kerana walaupun busuk tapi itu tetap pisang kita. Tapi nak taknak kita kena buang juga. Kalau tak, kita takkan ke mana-mana. Jadi, buangkan pisang yang busuk itu ke dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata, walaupun ia adalah jenis bio-degradable tapi hodoh benar kalau orang jalan-jalan tersepak pisang busuk yang kita buang tu.

Pisang busuk adalah adalah hasil dari sikap kita. Ada yang dari sikap tak ambil peduli, ada yang dari sikap malas, ada yang dari sikap suka bertangguh.

Pisang busuk kerana sikap tak ambil peduli : kita ada setandan pisang, dan tak peduli pun apa nak jadi dengan pisang tu. Que sera sera. Biarkan aje dia berada di ceruk dinding. Bila terasa nak makan, tengok2 dah busuk…

Pisang busuk kerana sikap malas : pisang setandan dah masak, jiran2 dah bising, tapi malas nak pegi petik. Biarkan ajelah. Tunggu rajin. Bila rajin dah datang, nak pegi tebang pisang, tengok2 dah busuk.

Pisang busuk kerana sikap suka bertangguh : nak makan pisang, tapi “Tunggu dulu lah”. “Esok lah”. “Nanti lah”. tulatnya baru pergi nak ambil pisang tengok2 dah busuk.

pisang busuk
[SOURCE]

Pisang bila dah busuk, nak hadap pun tak selera.

Optimumkan penggunaan pisang anda sebelum ia lembik, busuk dan reput. Jangan guna pisang orang lain, biarkan orang tu je yang uruskan pisangnya sendiri.

Jangan sayang nak buang pisang-pisang yang dah busuk. Buang segera sebelum ia berulat.

Jika ada punya kawan-kawan yang berupa pisang-pisang, berhati-hatilah dan sentiasalah bersedia untuk ‘disattach’ dari perasaan memerlukan sentiasa mahu dilindungi oleh pisang2 ini. Kerana sebagus mana pun pisang itu, akan busuk juga. Jadikan tuan pisang yang berdikari dan usah menyanggupi nak tanggung liabiliti pisang orang lain.

Tapi dalam berkawan, kalau ada yang berpisang busuk, tak apa… Bagilah peluang kerana tandan pisangnya pasti ada pisang yang masih elok atau masih belum masak. Beri peluang untuk beliau menjaga pisangnya elok-elok agar tak busuk lagi. Kalau asyik busuk jugak, busuk jugak, busuk jugak… pun tak apa juga. Mungkin kita boleh bantu dia dengan pisang2 kita. Kalau taknak pun tak apa. Risau juga kalau terperangaruh, nanti habis semua pisang kita busuk sama.

*Pisang di KLCC harganya RM1.20 sebiji. Mahal betul!

admin Avatar

3 responses to “Pisang Keras, Pisang Lembik, Pisang Busuk”

  1. knv Avatar
    knv

    so ai ni kategori pisang yang mana satu? pucuk pisang kah? 😛

    selamat makan pisang!

  2. fid Avatar

    pisang keras tu pisang yang kematu ka?pisang kematu buang je takleh makan..pisang busuk tu busuk sikit ka banyak?kalau sikit yang area tak busuk bley la juga wat cekodok

    pisang masak layu….pernah dengar?
    hahaha
    pernah makan gulai batang pisang atau putik pisang?
    jantung pisang bagus kalau buat ulam..daun pisang buat bungkus nasi lemak…

    akar pisang?
    pernah korek tapak pohon piang?
    kat bawah tu ada ala ala air mata air tau sbb pisangkan sejenis pepohon berair hakhakhak

  3. akak su Avatar

    blakang umah akak ada byk pokok pisang, pisang kelat raja
    sedap kalo digoreng, rasanya lebih kurang pisang berangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge