Setelah sekian lama ‘dipujuk’ dan dipaksa oleh Abiy untuk weaning Hafiy from breastfeeding, akhirnya saya rasa saya bersedia. Oh memang tidak mudah tapi setelah difikir2 pro and consnya, akhirnya saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai. NOTE: Hafiy is 2 tahun 7 bulan sudah.
Saya memang mati kutu tentang cara2 nak weaning off dia. Yeah memang banyak teori semua & saya paling percaya pada natural way of weaning, iaitu bila dia sendiri yang taknak. Tapi bila keadaannya gini, kena lah kreatif cari cara lain. Redha suami adalah redha Allah. Lagipun dah cukup haul & ada adik summore.
Seperti yang orang2 lain buat, mula2 saya letak kopi di mamam dia. Agak berjaya jugak. Hafiy taknak minum susu dah lepas tu. Bila tanya “Nak mam tak?”, dia geleng2.
Tapi saya risaukan Fahry sebenarnya, takut dia pulak yang putus susu, huhu.
Dalam keadaan risau2 tu, rupanya si Fahry kaki belasah je.
Lepas tengok adik dia minum susu tanpa kisah rasa kopi, Hafiy pulaaaaak yang menyusu balik. Urgh.
I texted Munirah asking about apa yang dia letak untuk wean-kan si Uzair. She said that semua method tu tak berjaya, last2 dia cuma buat ‘cold turkey’ method. Tak bagi and just let him cried tapi still cuddle and kiss to tell him that we still love him, cuma no breastfeeding je.
Akhirnya saya outsource itu kepada Abiy. Abiy talked to Hafiy and agreed on some conditions.
Surprisingly it works!
Sepanjang hari Hafiy tak menyusu, (cuma ada dia curi2 time ABiy takde & my B engorge :P). Dan drastically dia dah tak manja lagi menempel macam biasa… sungguh ajaib. Even he could sleep by himself.
Bila dia mintak2 mamam, I remind him again about his promise dengan Abiy.
Moody memang, muram je muka. Tapi kebetulan Aunty Fatin nak belanja for Mother’s Day kat Delicious, so celebrate Hafiy sekali. Terubat la hati dia kot 🙂
I thought weaning off would be a sad experience, tapi ia sangat aman dan menarik. Congratulation, Hafiy! Big boy!
Leave a Reply