Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi

admin Avatar

Persediaan menyambut kelahiran bayi ketiga ni rasanya tidaklah seghairah semasa menyambut bayi pertama, dan tidak pula tak bersedia langsung macam bayi kedua kami. Maklum saja Fahry al-Hazim dilahirkan 12 minggu lebih awal dari jangkaan, jadi apa pun tak sempat nak dibeli. Untuk bayi ketiga ini, yang dijangkakan mujahid juga (lelaki lah juga) kami pun tak ada buat banyak sangat persediaan. Dari segi barang-barang yang pakai-buang seperti barangan mandian, segala minyak, bedak semua tu haruslah disediakan yang baru. Manakala pakaian, katil bayi dan sebagainya itu boleh ambil dari barang tinggalan abang-abangnya yang masih elok.

Praktikal, ya, itulah kami. Selagi boleh digunakan, tak perlu digantikan dengan yang baru. Bayi bukan tahu sedih kalau tak dibelikan barangan baru 🙂

Berdasarkan pengalaman, antara barangan bayi yang perlu dibelikan dari jenis yang elok:

  1. Carseat atau kerusi bayi di dalam kereta. Kami pernah beli dari jenis yang murah (murah betul, tak tipu punya) tapi Fahry tak selesa berada di dalamnya, bila tukar ke jenama Anakku (elok sikitlah) barulah dia suka duduk di carseat-nya.
  2. Katil bayi. Kami membeli katil bayi yang tiada bucu tajam kerana dikhuatiri  boleh mencederakan anak kami.
  3. Barangan mandian dan yang digosok pada kulit seperti losen etc. Kulit bayi kita tidak tahu macamana, rasanya tak perlu nak buat eksperimen dengan barangan jenis murah giler sebab nak berjimat. Lebih baik tak pakai apa-apa langsung. Anak saya digosok dengan mandian dan losen organik semasa masih bayi dan bila dah besar sikit pakai sabun basuh pun tak apa (oh ini tipu). Losen pula boleh menyerap ke dalam kulit dan sel badannya, seeloknya cari yang kandungan bahan kimianya tidak terlalu tinggi.
  4. Lampin sama ada lampin pakai buang atau lampin kain. Kalau pakai lampin kain ibu kena belajar cara2 nak ‘jaga’ kerana kalau lambat ditukar, anak boleh naik ruam2 juga.
  5. Makanan. Oh ini tak apa. Susu ibu adalah percuma 😀

Barangan yang tak perlu nak fikir soal elok atau tidak, err murah atau mahal kot (barangan wear and tear):

  1. Pakaian. Kami menyediakan pakaian yang limited saja kerana hadiah kawan-kawan kebanyakkannya adalah pakaian. Jadi buat apa nak membazir kan 😉 Lagi2 untuk anak ke-2, ke-3 dan seterusnya, guna semula pakaian bayi sebelumnya.
  2. Barang mainan atau alat stimulasi. Asalkan jangan beli yang mempunyai komponen kecil kerana bimbang mudah tercabut dan senang si kecil masukkan ke dalam mulut. Alat stimulasi seperti flashcard boleh buat sendiri saja.

Barang berjenama yang tidak terkenal, tidak semestinya tak bagus. Tak perlu nak keluarkan duit yang banyak untuk menyambut kelahiran bayi, sedangkan barangan dengan kualiti yang sama boleh diperolehi dengan harga murah. Contohnya seperti botol susu, terdapat botol susu yang harganya hampir RM100 sebiji, dan selling point adalah seperti BPA-free dan sebagainya. Botol susu murah pun ada yang BPA-free. Sama seperti barangan berjenama lain, jenama mahal dan harga mahal bukanlah vital sekiranya kita mahu memberikan anak yang terbaik. Botol yang mahal pun perlu ditukar mengikut frekuensi yang disarankan (Avent menyarankan 6 bulan sekali, AVA menyarakankan 4-6 bulan sekali), tapi kalau dah sebiji RM100, mau tak pakai sampai anak umur 2-3 tahun kan? Kecuali mungkin botol kaca tak perlu ditukar2 dengan kerap kerana kaca tak seperti plastik. Kesimpulannya berbalik kepada kemampuan masing-masing.

Begitu juga dengan pam susu, bagi mereka yang dimudahkan dan disenangkan, mudahlah untuk bercakap tentang Freestyle lah, Avent UNO lah, Mamivac lah dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, bukan jenama2 itu yang menentukan berjaya atau tidaknya usaha untuk menyusukan anak. Ada ibu yang pakai Freestyle tapi tak boleh nak menyusukan pun. Perkara yang paling penting ialah belajar dan penuhkan dada dengan ilmu penyusuan, bukan kumpul duit dari awal nak beli Freestyle tapi akhirnya ‘tak ada susu’ sebab tak ingat nak belajar (sekadar contoh).

Ingatlah Porsche itu dibuat untuk orang kaya-kaya dan orang sederhana macam saya memadai dengan Perodua. Itupun kena hutang juga LOL.

Hm, mungkin cara kami terlalu simple. Sebenarnya banyak benda yang perlu disenaraikan untuk menyambut kelahiran bayi ni, bukan sekadar barangan dia yang dia pun tak kisah kalau tak ada. Antara perkara yang perlu adalah:

  1. Persediaan untuk belanja bersalin dan di dalam pantang.
  2. Persediaan untuk kenduri akikah.
  3. Persediaan untuk mengahadapi saat2 kecemasan misalnya anak sakit, atau ibu yang sakit.
  4. Persediaan untuk simpanan masa depan anak.
  5. Persediaan untuk perkara-perkara berbangkit.

Sambutlah kelahiran bayi dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab. Sekurang-kuranya buat anak kami. Dia bukan anak raja (anak kami) yang perlu diagung-agungkan dengan benda2 yang tak perlu. Dia perlu dididik dari kecil dan pendidikan kedua yang bakal diterimanya ialah BERJIMAT-CERMAT 😉

*entry ini cuma berkaitan dengan ekonomi bukan dari segi spiritual, adat mahupun perkara2 lain.

admin Avatar

11 responses to “Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi”

  1. farra_ Avatar

    saya setuju dengan point akak pasal nih. kekadang bulat mata juga tengok org lain punyai barangan baby yg mewah tapi akhirnya kena sedar jua yg diri ini cuma mampu berkereta kancil saja, hehe.. (mmg betul sy guna kancil). skang nih tgh tunggu adik lahirkan babynya januari nanti. barangan baby kira sederhana lah. babynya kemungkinan besar girl dan akan menggunakan baju baby boy (baju anak saya dulu). sy pn sedang training dia untuk berikan susu badan nanti sebab sy dulu tak bejaya. errr..panjang pulak komen saya.

  2. izanishak Avatar

    lama tak komen2 kat sini…
    alhamdulillah…tak lama lagi nak jadi abanglah Fahry ye. tp betul cakap Mommy Lyna..anak2 tak seharusnya dibiasakan dgn brg branded dari kecik. jenama2 yg biasa pun sudah memadai….asalkan anak2 tetap selesa…poket kita pun gembira~

  3. sya Avatar
    sya

    sya pon setuju dgn point2 yg dinyatakan..

    tak lama lagi fahry jd abg nampaknyer ni.. hang kena standby mental fizikal jugak gamaknyer.. 😉

  4. isabelle Avatar

    setuju..setuju…
    saya cdgkan cadangan ditutup.
    hehehe

  5. Z@m Avatar
    Z@m

    Sy pn x plan to spend a lot dis pregnancy. Buat list pjg cos last pregnancy xde list pun. Tp bila godek stor, tgk byk jek lg yg elok. Kebetulan ada sale kt fabulousmom bebaru ni, dah settle pn suma prep. Alhamdulillah….lega jek.

  6. knv Avatar
    knv

    setujuuu…. 😀

  7. transformed housewife Avatar

    dr anak sulung sampai anak kedua, knur pun tak beria2 sgt beli brg2 mahal. kalau ada pun, yg mana2 yg rasanya boleh disimpan lama. skrg sbb belum ada yg no 3, (anak sulung ada tanya2 bila nak dpt adik lg. huhu) pakaian2 Hafizah (anak kedua) pun dah banyak disedekah sikit2 utk anak2 sedara.

  8. salzahari Avatar
    salzahari

    Ye..bagi anak ke2 dan ke3 mmg kena jgk prepare list sbb selalunya kita hanya excited anak 1st, anak seterusnya kita buat2 ala kadar dgn alasan guna je abg/ kakak punya.

    Bagi saya, even baju,rasa kesian kalau nak suh anak ke3 itu pakai je yg ado2. So sebulan sebelum bersalin, saya dah saring (apakah ayat ni…) yg mana elok- simpan, yg mana lusuh/ faded- sedekah pd org. Ada juga sedekah yg cantik (kureng sbb setitik nila ke, dakwat tumpah) semata2 nak beli baru! LoL… ..Lagipun elok sedekah brg2 elok, bkn brg yg dah x leh pakai ye dak??!!

    Bagi carseat, mmg plan nak beli yg sesuai baby (leh baring-flat) sbb yg dulu dpt pun jenis budak dah bleh duduk….Rezeki si adik, carseat dia pun dpt ‘tajaan’ (gift). So hanya membeli tmbh, botol simpan EBM 😉 baju2 harian (brp sen laah sgt), disposable items n toilettries. Ada gak hajat di hati nak beli playpen sbb dulu tak beli (abg bagi baby cot lama anak dia-mls nak psg sbb dha sumbat stor) tapi tak jadi,sbb fikir2 nanti x guna sbb bila nak meyusu–pelbagai posisi.

    Yg banyak berhabis, saya rasa pd rawatan hospital-baby dan confinement lady..

  9. reitak Avatar

    betul betul…

    car seat mmg wajib sebab for kids comfort and safety…
    dulu pun most of the big items, amik dr org (2nd hand)…ni tgh tgu time nak pass kat org lain dah…sebab all still in very very good condition…esp baby cot. small items buy as needed and setakat yg mampu…

  10. Asiah Abd Jalil Avatar

    Ishh… jealous la orang asyik cakap pasal persediaan sambut baby ni… 🙂

  11. kambingbujang Avatar

    aahhh agree sesgt, certain brg tue mmg kena beli yg mahal.sbb barang mahal ni lebih berkualiti and boleh tahan lama.. mmg spend byk, tp boleh pakai tuk 2 3 generasi.

    kiter mmg kena ukur bj kt bdn sdn, jgn lak dah tau tak mampu, tp blagak cam org mampu. pas2 hutang sana sini sbb nk jugak memiliki benda yg tak mampu miliki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge