Perlukah Pembantu Rumah?

admin Avatar

Hari minggu yang lepas barulah saya berpeluang melipat kain baju yang menimbum dalam ‘walking wardrobe’ kami. Dah lama tak dapat nak lipat kain baju di hari minggu, minggu lepas tu pun sebab khatan anak lelaki cancel, kalau tak masih berkampung di hospital agaknya.

Dua tiga hari ini saya rasa penat sangat. Bertambah komitmen saya kini.. Rasa macam tak cukup sangat masa. Saya berbual dengan makcik saya yang baru ketiadaan pembantu rumah.

Kata beliau, kehidupan berubah, yang ketara, masa untuk bersama anak-anak makin kurang.

Saya sangat setuju sebab saya pernah mengalaminya. Dulu semasa Bibik ada, saya tak payah risau tentang rumah, kain baju anak-anak, pinggan mangkuk.. Masa saya hanya untuk keluarga. Tapi sekarang semua tergalas di bahu saya.


Kadang2 terpaksa buat tak nampak benda2 kecil. Anak-anak pun terpaksa saya tinggalkan sesama mereka di ruang tamu semasa saya sibuk memasak (dapur adalah hazardous area). Belum masuk cuci baju dan membersihkan rumah. Belum masuk masa2 utk berada di SOHO saya.

Sampaikan suami saya suarakan untuk mencari pembantu rumah. Agaknya beliau kesian tengok saya terkial2 uruskan semua. Dan kalau saya outstation, anak2 terpaksa ditinggalkan di taska.

Saya rasa masih boleh uruskan keadaan ni.. Walaupun tunggang terbalik tapi masih boleh handle.. Dan rasa macam tak bersedia dari segi mental untuk ber-bibik.

Bibik tempatan, mungkin ^__^ tapi susah nak mencarinya.

Anda macamana pula? Berpengalaman dengan pembantu rumah mungkin? Rasanya.. Perlukah pembantu rumah?

Tagged in :

admin Avatar

12 responses to “Perlukah Pembantu Rumah?”

  1. cho zila Avatar

    tidak pernah ada bibik… rasanya tak nak pun.. rasa boleh handle lagi walaupun kadang2 memang penat…

  2. transformed hw Avatar

    ada terfikir nak pakai. tapi buat masa ni belum lg sbb MIL ada bibik. Kami pun masih duduk dgn MIL&FIL lg. Awal thn dpn mungkin kena cari bila dah pindah rumah. Bayar taska pun parah juga bila ada 3 org kan.

  3. zuls Avatar

    bibik? hehe.. tak terfikir pun nak ambil. Tapi tak taulah akan datang ni macammana.

  4. FadzilahMamat Avatar

    Pada pendapat saya, kehadiran pembantu rumah dapat memberi lebih banyak quality time dengan keluarga kerana kita dapat menjimatkan banyak masa.

    Malah, hubungan dengan suami juga lebih mesra kerana ada masanya kita boleh tinggalkan anak-anak dengan bibik untuk keluar berdua.

  5. salzahari Avatar

    I agree dgn u bila kita ada bibik mmg masa bleh 90% dgn anak2..tgu n tgk mereka buat pe mostly weekend x yah terkocoh2 nk buat smua krja rumah.

    I x berpeluang lg nk pkai bibik but i would love to try…so far,quite manageble la hal rmh & anak2 sbb husband pun nk gilir2 antara kerja rmh & tgu anak2.

  6. Along Avatar

    Saya dah ada maid selama 10 tahun. Rasanya memang perlu sebab nature of my job requires me to stay back at the office often. Kalau letak kat taska or babysitter, silap2 asyik bayar overtime je. Lagipun, nak anak rasa selesa di rumah sendiri. Hal rumah memang harapkan maid, cuma time weekend saya selalu sapu mop bahagian atas rumah. Exercise. Alhamdulillah, takde masalah major ngan maid…yang sket2 tu, bleh pejam mata la. Depa pun human gak, terasa letih gak melayan anak2. Hal maid ni terpulang pada individu…kalau ok, ok la…kalau tak suka, takyah ambik.

  7. kinna Avatar

    taknak pakai kot walaupun anak dah nak masuk tiga..sebab2nya:
    1) umah kecik. bilik ada tiga je. satu utk kami, satu utk anak2, satu reserve utk tetamu. kalo ada bibik, dia kena tido dapur..hehe..sbb rumah kecik juga sy tak teruk nak mengemas.
    2)suami ringan tulang, insyaAllah bebanan kerja rumah kurang..saya masak, dia basuh pinggan. saya mandikan anak, dia pakaikan baju etc
    3) ofis pun dah dekat ngn umah sekarang, syukur Alhamdulillah..
    4) anak2 dah selesa di taska subsidi. kalo dgn maid, sian pulak derang tak belajar/jumpa kawan2…asyik tivi je la..

  8. ila Avatar

    mungkin bboleh ambik weekend bibik…nak cari org tempatan memang susahlah

  9. ummu affan Avatar
    ummu affan

    kekadang bila byk kerja tak terlangsai mengikut waktunya,mmg terasa nak ambik maid,but parent tak bg coz byk sgt kes ngan bibik.
    lg pun,suami suka privasi,klu ada bibik tak leh bergerak bebas,nak manja ngan anak isteri pun susah,kena jaga aurat juga.
    lg pun bagus juga hantar taska or bb sitter,anak2 dpt bersosial n berkwn…
    klu tidak asyik ngan bibik jer…

  10. Siti Avatar

    Kebetulan pagi tadi tetamu jemputan di Radio Ikim ialah Puan Sabariah mewakili (MAMA) – persatuan majikan amah (eh ke apa nama betulnya). Dia kata negara perlu lebih serius tangani isu kekurangan pembantu rumah jika mahu wanita betul-betul menyumbang kepada produktiviti negara. Katanya lagi Indonesia ada rancangan untuk menghentikan penghantaran rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah pada tahun 2017 kerana dijangka waktu itu mereka sudah berupaya menjana cukup peluang pekerjaan untuk rakyat mereka.

  11. zura Avatar
    zura

    salam..nak share gak about the bibik nih..saya ada sedikit pengalaman ngn bibik..first ngn bibik indon (duduk sekali) second ngn pembantu (cam x best lak panggl bibik dia nih sbb dtg tiap2 hari 5 hari seminggu)…
    bibik indon ni saya ambik masa pregnant ank ke 3…konon2 nak jimat kos..alih2 lain yg jadi…mula2 keje ok jer…masuk seminggu dah buat pasal…anak x kasi makan…sampah x buang n yg plg sadis we all pg keje dia sedap2 tgk tv cerita indon kt astro….last2 bincang balik ngn hubby anta balik kt parent dia..(nasib baik we all x bayar apa2 sbb bapak dia mmg duduk M’sia)..(ada bnyk lg tp xpe lah kang panjang benor)
    2nd time ambik pembantu harian (masa pregnant ank ke5)..dtg umah tiap2 hari kemas, cuci kain baju, lipat, sapu sampah .etc..ambik anak sekolah sekali..pon sama, awal2 ok..lama2 dtg lambat..byk keje x siap (akhirnya akk yg buat sendiri)..anak x dgr ckp kita..(bnyk dgr ckp acik..N)..pikir2 n discuss ngn hubby stop kn servis lps abis pantang dgn alasan nk cut kos..seb baik dia x bnyk soal…syukur skrg nak tonggang langgang ke semak ke cam tongkang pecah ker..sendiri ngadap..haha…sempat buat, tak sempat bior dulu…

    sekian…(cam boring jer cite aku nih!)…

  12. MAY Avatar
    MAY

    ya buat kerja rumah sendiri tanpa pembantu lagi jimat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge