Dah lama tak bercerita tentang anak-anak. Entahlah kan, mungkin banyak sangat benda yang-aku-rasa-lebih-berfaedah untuk ditulis hahaha. Oh, header blog ini juga sudah bertukar. Thanks to Cik Puan Jua, banyak kali beliau terpaksa tukar sana sini dan melayan karenah makcik-tak-puas-hati ini 😀
Bercakap soal anak-anak. Ntahlah kenapa rasa macam over acting pulak bila tengok diorang ni. Mungkin sebab saya dah lama tak buat apa-apa dengan mereka. Buat apa-apa?
Hafiy, 27 bulan.
- Sewaktu saya menaip entry ni (OK jam 1.30 pagi) beliau sedang ‘bercakap-cakap’ di telefon dengan ntah sapo. Dia memang suka action borak2 telefon tapi kalau betul2 ada orang call nak cakap dengan dia.. takde nya dia nak cakap apa2. Paling tak pun senyum2 je.
- Mula menyebut “Mommy” dengan penuh sejak 2 hari yang lalu. Biasa dia sebut “Mi” aje.
- Boleh diharap kemas mainan walaupun kena cakap “Tak kemas nanti Mommy bagi Adiklah”. Tapi now dah pandai jawab “Bagilah Adik” Amboi.
- Baru pandai counting. Tu pun cuma jari2 dia. Objek lain still tak ikut sequence.
- Kenal kereta dari logonya. Perodua=car Abiy, Honda=car TokMa, Ferrari=feyyi. (Ferrari kau anakku!)
- Suka tibai Adik especially kalau adik buat benda tak betul, i.e. jatuhkan barang.
- Favourite : cerita kartun yang ada keretapi kat PHDC. (Bukan Thomas tapi yang satu lagi, Chuggatown ke apentah) & DVD Baby Einstein. Tapi dia bukan concentrate pun dengan BE, kalau YBCR tu dia follow. Maybe sebab dari kecik duk tengok benda2 camtu 🙂
- Dah boleh ‘agak’ beberapa perkataan simple macam ‘CAT’, ‘FAT’. Saya kenalkan dia dengan whole word dari kecik dan lately start dengan phonic. (Sebenarnya saya kesal sangat sebab dia dah boleh buat benda tu masa umur 19 bulan lagi tapi saya ter-henti-kan segala aktiviti kerana sebab2 tertentu). Now kadang dia boleh follow phonic sikit2 walaupun merapu. “Meh.. Ooh… Uhh…” Takpela kecik lagi.. just for intro je.
- Baru mula balik dengan Arabic alphabet. Kesian Hafiy.
Fahry, 13 bulan
- Kaki palsu dah 3 minggu patah. Apakah? Sekarang tengah repair kat lab di Singapura.
- First word =”Car”.
- Suka sangat dengan Abiy.
- Selalu gigit Mommy. Sakit tau!
- Tak suka bila duk dalam kereta. Especially kalo boh dalam carseat memang haru. Dia siap boleh unbuckle dan lompat keluar.
- Sangat-sangat aktif. Suka panjat sana sini walaupun dengan sebelah kaki. Dah panjat tangga sampai ke atas. Panjat meja, rak, almari tu biasa dah lah.
- Minum susu di taska ikut mood. Teacher kata “Fahry ni suka ikut style dia, tak suka ikut jadual. Time minum susu, taknak minum. Time buat benda lain, nak minum”.
- Ada hari2 tak suka EBM. Dicampak-campak botolnya.
- Peramah, dan pemarah jugak.
Mujur saja masih belum pandai minta apa2 bila masuk kedai mainan. Saya rasa ni hasil didikan kami juga (Bangga diri hmmffkkhhh~~). Kami selalu bawa budak2 ke Toy’s’R’Us, Toys World dan segala macam kedai mainan tapi kami tak penah belikan mainan. Cuma tunjuk2 “Ni kereta, ni pistol, ni bola, ni lego..” lepas tu keluar. Selamat duit saya… Cuma yang ‘sadis’ sikit bila masuk kedai buku, ada aje la buku yang dia nak. Dahtu siap pegang kemas2 sampai nak bayar pun kena scan barcode dari tangan dia.
Bukan saya tak bagi anak2 saya bermain, in fact memang hari2 keje diorang main ajelah. Cuma konsep saya ‘Variety, not Quantity’. Ini sebab berfaktorkan ekonomi jugak. Kalau pendapatan saya puluh2 ribu sebulan mungkin saya tak kisah. Dan ruang, sebab kami tinggal dalam keluarga besar, so ruang pun terhad.
Sekarang kami dah tak ada maid. Teruk jugak rasanya, rumah macam tongkang pecah. Semua kerja kena dibuat tak boleh tangguh2, kalau tak akan menimbun, terutama kain yang baru diangkat dari jemuran. Saya harap saya ada 30 jam dalam sehari. Kadang2 ada aje yang miss tak terbuat sebab tengok2 dah pukul 2 pagi dah. Biasanya bab budak2 lah yang terpaksa sacrifice.
Tapi nak menyedapkan hati, saya rasa OK je sebab anak-anak saya dihantar ke taska yang guna teknik Glenn Doman. So takpelah kalau malam2 kita melepak bersama-sama sebab siang dah penat ‘belajar’ 😀 Saya bukan kiasu, tapi alangkah menariknya kalau aktiviti anak2 tu saya boleh rancang dan isikan dengan benda yang seronok. Saya rasa jealous bila orang lain boleh beraktiviti best2 dengan anak2 tapi saya mengejar dan dikejar masa setiap hari.
Saya rasa.. cepatnya anak2 saya besar. Tak terkejar rasanya perkembangan diorang. Saya harap saya diberi masa yang cukup untuk mendidik dan mengasuh diorang dan melihat mereka dewasa dan berjaya.
Leave a Reply