Perkembangan Anak 1 Tahun Setengah Yang Pramatang Ini

admin Avatar

Saya mungkin tak keseorangan bila saya cuba menolak rasa gusar akan perkembangan anak yang lahir semasa usia 28 minggu dalam kandungan ini. Berbeza dengan tahun-tahun yang dihadapi mereka di dunia ni, umur 28 minggu dengan umur 29 minggu tidak banyak beza. Malah mungkin tak ada beza pun. Tapi, umur 28 minggu dengan 29 minggu dalam kandungan adalah amat berbeza. Dalam tempoh 40 minggu kehamilan, daripada setitik objek pada minggu ke-3 menjadi seorang manusia lengkap pada minggu ke 36 adalah sangat2 kompleks. Jadi perubahan dari minggu ke minggu adalah amat ketara.

Walaupun sama-sama pramatang, namun anak yang lahir pada minggu ke-26, 27, 28, 29…. hinggalah 35 minggu tidak sama dari segi perkembangan organ dalaman mereka. Tak kiralah mak dia makan apa pun masa mengandung.

Selingan : Maafkan saya tapi saya dah DUA KALI dengar pendapat macam ni —> “kalau ibu masa mengandung dapat cukup makan, cukup vitamin, anak lahir tak cukup bulan pun (merujuk kepada 26-28 minggu) tetap macam cukup bulan je”. Saya harap mereka tu sila ke kedai buku dan belek2 “40 Minggu Nan Indah” atau log on to www.babycentre.com.my.

Walaupun mungkin orang lain berpendapat bayi pramatang ni yang crucialnya masa dia dalam inkubator je. Dah keluar dia OK je dan takkan delay. Tapi sebagai ibu yang nampak dia hari-hari depan mata, ia tak semudah tu. Ia sangat janggal, lebih2 lagi bila yang pramatang ni yang nombor dua. Last-last saya let it go with the flow aje.

Fahry sejak kami bawa ke Ikea mencuba kasut baru minggu lalu, dah bolehla menapak 1-2 steps independently. Saya nampak dia macam dah boleh sebenarnya, sebab tanpa disedari (oleh beliau sendiri) dik Fahry ni boleh berdiri tanpa pegang dinding/walker/kerusi lagi. Tapi itu cuma berlaku bila dia occupied dengan objek di tangannya. Bila dia dah sedar yang dia tak pegang apa-apa support, terus terduduk. Mungkin keyakinan itu belum ada.

jun 2 003

Aksi tonggeng di Ikea

Dia suka sangat pakai kasut. Tapi lucu sebab dia akan pakaikan kasut pada kaki kanannya (yang kudung). Yang kiri pulak ditonyoh prosthesis. Adeh, ape-ape lah Adik. Kalau saya nak pakaikan kaki palsunye pun, dia hulur kaki kiri (yang ada kaki).

Kegemaran dia ni pelik sungguh. Bila berlatih berjalan dia tak suka jalan atas flat surface. Mesti nak ke tangga. Berangan panjat Everest le tu 😛

jun 2 013

“Jom Dik kita prektis jalan”

jun 2 014

“Err… pakai kusi ni ke Abiy? Takde ke peralatan lebih canggih sikit?”

jun 2 015

Hafiy : Takpe la Dik, itu je yang kita mampu….

Fahry : Erk, baiklah Bang. Dik takkan komplen lagi.

jun 2 017

Fahry : Eh, Bang, kata nak prektis tu apsal duduk plak tu

Hafiy : Abang dah terer jalan daaa… Dik tu yang kena prektis. Dah dah pegi pegi.

jun 2 018

“Iyo laaa, nak buat cemana kita belum pandai kena la rajin prektis”

jun 2 020

“Alamak, sangkut kat tiles pulak”

jun 2 022

“Tolakkkkk”

jun 2 021

“Alamak, roadblock. Tatau nak reverse ni, cane nihhhh”

jun 2 023

“Uwaaa…jatuh le pulaaak”

jun 2 024

Fahry : Fuhhh lega. Nasib baik Abiy tolong Dik.

Hafiy : Try tolak keta ni pulak la…

Hari ini Fahry menunjukkan skill berjalan 7 tapak. Oh sungguh terharu! Walaupun berlaku secara tidak sengaja (dia nak kejar Mommy) tapi nampaknya dia sebenarnya dah boleh jalan. Cuma nak kena tingkatkan keyakinan je ni. Mungkin dia tak konfiden dengan kaki palsu tu kot? Adakah?

Mok Ngoh selalu usik Fahry kalau nangis2 pegang kaki palsu. Mok Ngoh tanya “Fahry gatal tapak kaki ke?” sambil garu2 tapak kaki palsu 😀

Dari segi percakapan Fahry dah bole la bunyikan beberapa word “Abiy”—sampai Mommy pun dia panggil Abiy, bole takkkk. “Api” (Hafiy), “Abang”, “Car”, “Adik”, “Fish”, “Apple”, “Nak”, “Tai” (susu), “Abissh”, “Ak nak” (Taknak)….

Fahry a bit delay dari rakan2 sebayanya (yang lahir cukup bulan). Ye la orang lain dah berlari dia baru terkedek2 nak berjalan. Tapi, boleh tak kita kira OK je la… dia bukannya ada kaki macam orang lain (good excuse!).

Dari segi perkembangan lain, Fahry pelik sikitlah. Sukar nak ‘baca’ dia ni. Kalau Hafiy memang senang nak baca. Fahry very2 unpredictable. Maybe anak nombor dua, sebab dia lebih independent dari yang sulung.

Dia pun macam tak kisah je & jenis rule breaker sikit. Nak ikut kepala dia je.Tapi OK jugak sebab boleh bertoleransi. Dalam hal ni dia lagi OK dari Hafiy. Hafiy kalau nak A tu, A lah. Fahry boleh dibawa berunding. Tak dapat A, B pun takpe. Kalau berebut barang, dia macam “Alah, ambik je lah kalau nak sangat”. Tapi dalam diam2 tu tiba2.. ketepekkkk datang lepuk abangnya.

Memang anak nombor dua camtu ke? How about your second child?

admin Avatar

27 responses to “Perkembangan Anak 1 Tahun Setengah Yang Pramatang Ini”

  1. mama faiz Avatar

    bestlah fahry ade ramai bodiguard..hihi
    .-= mama faiz´s last blog ..Buat ibu2 yg cery sayang….amalan/jadual makan sepanjang berpuasa.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      abg faiz nak jadi bodigad Fahry kah?

  2. lydzar Avatar
    lydzar

    hehe kelakar pulak baca peel fahry..comel sungguh!

    anak kedua saya, skg blom berapa nk tunjuk taring lagi. tp dia kalau rebut2 barang ngn kakak dia then even dia dh menang barang tu, dia tetap akan campakkan jugak barang tu ke lantai. tunjuk protes agaknya kt kakak dia. independent ke rule breaker hape ke saya tak nmpk sgt lagi kot..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amboiiii kecik2 dah pandai protes noo hehehe

  3. mama faiz Avatar

    along..akak takde second child lagi..hihi..so tgk perangai anak org lain je lah..hehe.mcm best je tapi tak taula ..ni jaga faiz sorang pun mcm jaga sepuluh org..hehe
    .-= mama faiz´s last blog ..Buat ibu2 yg cery sayang….amalan/jadual makan sepanjang berpuasa.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takpe nanti adik dia terbalik hehehe

  4. chekna Avatar

    cute la fahry nih… xpe practice selalu, nnti mesti abang pun xleh kejar punya…
    2nd child??? erk… blom process lagilah…hehehe…
    .-= chekna´s last blog ..perutku berbunyi gggrrrrrr….ggrrrrrr…ggrrrrrrrrr………. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehehe

      bile nak proses tuuuh

  5. aidie Avatar

    my second child is more adventurous and tarak takut punya orang. kalau nak A, A je la yang dia nak. tkmo negotiate.and cepat lagi belajar vocab because of follow the abang.
    .-= aidie´s last blog ..mama…itu burung apa? itu burung murai…. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sorang mentor sorang protege la kiranya nih heehehe

  6. nadnye Avatar

    anak no 2 mmg camtu, lebih independent.. biasanya mengalah ngan abang yang sulung. Yang sulung lebih dominan, kalau kata dia, kata dia la, memang sesuai la jadi leader..
    anak no 2 dalam senyap dia style sendiri, lebih lovable dan ikut kata
    Yang tulis nie pun anak no 2.. hehehe
    .-= nadnye´s last blog ..Mula bersiaran…dari Melaka sampai KL =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      patutlah saya macam bagus sebab saya anak sulung. eheheh, terpesong pulak 😛

  7. Fith Avatar

    comel je fahry ni,lawak plak baca psl dia.
    lbh kurang mcm 2nd baby fith je kak lyna,agak berdikari tapi kepala hangin.klau nangis suka lbh2,klau tak puas hati dgn abgnya diam2 dia sepuk si abg,haha mcm2 kan…takper kak,kira ok dah tu dia pandai ckp,anak sulung fith umur dekat 2thn baru pandai ckp…
    .-= Fith´s last blog ..Antara kerja rumah dan anak2… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah.. itu… nangis2 macam kena sampuk tapi bila dapat apa dia nak terus auto diam, xde dah esak2 ke apa. hehe.

  8. Mommy2H Avatar
    Mommy2H

    Saya anak no2 yg lahir at 28wks. Mmg mcm gitu! Hehe. Pelik, unpredictable, ikut kepala sendiri, rule breaker but very independant ;p saya ngaku. Hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      agak2 Fahry nanti duk Jepun tak? ahahahah.

  9. m-i-o Avatar

    berdasarkan pembacaan sy masa dulu-dulu, dikatakan bahawa anak nombor 2 ni akan bertindak definitely opposite compared to the first child.

    so kalau hafiy predictable, maka fahry akan jadi unpredictable.
    kalau hafiy obedient, kemungkinan fahry jadi rule breaker adalah tidak mustahil. hahaha.

    it’s quiet interesting bila lyna cakap fahry rule breaker. yalah, org lain bila 38-40 weeks baru kuar, but he breaks the rule – ai nak kuar @28th weeks gak, sukati ai la. hahaha.

    mungkin kita patut tukar istilah lain utk rule breaker tu. maybe something like extra-ordinary. out of norm. beyond expectation. ecececece 😛
    .-= m-i-o´s last blog ..Akak nasi lemak =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      taknak taknak. extra ordinary tak best. hmmm.. super extra ordinary? diakronimkan jadi SEO? hahahaha. baby SEO. fuyo, ala2 teknik internet marketing gitu 😀

  10. Ealyie Avatar

    haah, Faris pun unpredictable beb..
    lagi garang,
    lagi tegas,
    quite pembuli xmcm abg..
    huh! nak list berjela kot..
    apa pun mereka tetap buah hati pengarang jantung kita…
    .-= Ealyie´s last blog ..Bakal Wakil Negara ke.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      laki aku kata, dia kena support abang dia, sbb tu dia kena garang.

  11. mommynadia Avatar

    sgt kagum ngan ur Fahry dear..
    InsyaAllah nanti dia besar jdk strong kid..
    n Fahry betol2 nmpk independent plus confident!

    good luck to u dear!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nak buat menantu ke? ekekeke.

  12. Asiah Abd Jalil Avatar

    Dulu saya selalu nangis sebab rasa macam tak pandai didik anak kedua saya. Kalau compare dengan anak sulung, yang kedua ni mencabar sikit… But then saya sedar, kita jadi frust macam tu because we always tend to compare di antara anak-anak kita. Lebih buruk lagi bila kita suka compare pulak anak kita dengan anak orang lain.

    Apa kata kita treat aje every child as an individual, yang unique, yang distinct, yang tersendiri. Bila saya set mind macam tu, Alhamdulillah, saya boleh terima semua cabaran tu dengan tenang. Saya tak rush nak kejar deadline, saya tak push anak saya capai itu ini, saya tak heran kalau anak orang lain lebih dulu buat itu ini berbanding anak-anak saya.

    Tak perlu force anak-anak ikut jejak langkah sesiapa. Contohnya, anak-anak saya semua start belajar membaca secara formal at 3+, terpulang pada masing-masing nak lancar membaca umur 4 atau 5 tahun, umur 6 tahun pun takpe. Masa diorang kecil-kecil, suka hati nak boleh berjalan umur berapa. Ada anak saya yang genap setahun baru berjalan, ada yang setahun 2 bulan, ada yang 9 bulan dah berlari. Takde hal…

    So kasi chance la kat Fahry. Tak payah rush, dia ada la tu plan dalam kepala otak dia, bila dia nak buat gempak. Kang kita kacau karang, lari pulak plan dia. 🙂
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Benchmark =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dia mmg plan sendiri Sah. kat sekolah pun tak ikut jadual . orang suh eksesais dia bantai tido. hehe.

  13. Mommy Of Q's Avatar

    Lyna,

    me kalau nak bandingkan anak Zayra & Q dari segi kelasakan masa baby nampaklah..yg lain lum nampak.. Zayra ni baru 2 bulan tapi mak aiii..lasak giler dowh .. tiddur lurus tau tau bangun dah senget2 kiri kanan ..sib baik kat baby kot. sunggguh lasak! I dapat rasa bila besar dia yg buli Q ..hehehe.

    Tapi Q nih lately kan suka tantrum..pantang salah sikit jer nangis pastu hempas2 badan … hangin gue .. but dia sayang adik dia ..asyiklah cium2 …(kalau sempat dia sekeh ..dia sekeh gak kelapa si Zayra..hahaha)

    for me, i rasa anak pertama nih maybe manja n ngada2 sket kot..sebab dia kan 1st ..suma dapat .. adik cam kena banyak ngalah ..but .bila dah besar ..pelan2 dia akan semai rasa tanggungjawab as kakak … lama2 dia akan jadi ketua lah ..tak lah ngada2 lagik.. i rasalah .. ahhahahaa
    .-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Q Dah Pandai Tantrum. Apa Nak Buat?? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Q sudah memasuki fasa trouble 2 yang hehehe. tapi takpe yang, jap je. fasa biasa kanak2 membesar. Hafiy dalam 2-3 bulan dia tantrum pastu sekarang dah OK dah.

  14. mirah Avatar
    mirah

    Lyna, my khadijah pun baru start jalan by age 1yr 6bln.
    Perangaipun mmg unpredictabel. Betullah tu, suka lepuk kakak dia..haha.. tp si kakak juga yg ajar.
    Skrg ni dah 2yrs 2mnths, vocab mmg dah byk improved lah.
    Namun, dari segi kesihatan, mmg dia belum cukup fit nampaknya. Mudah betul dapat selsema, skrg tgh demam sbb penat travel balik kg pegi pulau.
    Apapun, jgn compare dia dgn anak yg lahir cukup bulan lain, sure takkan sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge