Saya mungkin tak keseorangan bila saya cuba menolak rasa gusar akan perkembangan anak yang lahir semasa usia 28 minggu dalam kandungan ini. Berbeza dengan tahun-tahun yang dihadapi mereka di dunia ni, umur 28 minggu dengan umur 29 minggu tidak banyak beza. Malah mungkin tak ada beza pun. Tapi, umur 28 minggu dengan 29 minggu dalam kandungan adalah amat berbeza. Dalam tempoh 40 minggu kehamilan, daripada setitik objek pada minggu ke-3 menjadi seorang manusia lengkap pada minggu ke 36 adalah sangat2 kompleks. Jadi perubahan dari minggu ke minggu adalah amat ketara.
Walaupun sama-sama pramatang, namun anak yang lahir pada minggu ke-26, 27, 28, 29…. hinggalah 35 minggu tidak sama dari segi perkembangan organ dalaman mereka. Tak kiralah mak dia makan apa pun masa mengandung.
Selingan : Maafkan saya tapi saya dah DUA KALI dengar pendapat macam ni —> “kalau ibu masa mengandung dapat cukup makan, cukup vitamin, anak lahir tak cukup bulan pun (merujuk kepada 26-28 minggu) tetap macam cukup bulan je”. Saya harap mereka tu sila ke kedai buku dan belek2 “40 Minggu Nan Indah” atau log on to www.babycentre.com.my.
Walaupun mungkin orang lain berpendapat bayi pramatang ni yang crucialnya masa dia dalam inkubator je. Dah keluar dia OK je dan takkan delay. Tapi sebagai ibu yang nampak dia hari-hari depan mata, ia tak semudah tu. Ia sangat janggal, lebih2 lagi bila yang pramatang ni yang nombor dua. Last-last saya let it go with the flow aje.
Fahry sejak kami bawa ke Ikea mencuba kasut baru minggu lalu, dah bolehla menapak 1-2 steps independently. Saya nampak dia macam dah boleh sebenarnya, sebab tanpa disedari (oleh beliau sendiri) dik Fahry ni boleh berdiri tanpa pegang dinding/walker/kerusi lagi. Tapi itu cuma berlaku bila dia occupied dengan objek di tangannya. Bila dia dah sedar yang dia tak pegang apa-apa support, terus terduduk. Mungkin keyakinan itu belum ada.
Aksi tonggeng di Ikea
Dia suka sangat pakai kasut. Tapi lucu sebab dia akan pakaikan kasut pada kaki kanannya (yang kudung). Yang kiri pulak ditonyoh prosthesis. Adeh, ape-ape lah Adik. Kalau saya nak pakaikan kaki palsunye pun, dia hulur kaki kiri (yang ada kaki).
Kegemaran dia ni pelik sungguh. Bila berlatih berjalan dia tak suka jalan atas flat surface. Mesti nak ke tangga. Berangan panjat Everest le tu 😛
“Jom Dik kita prektis jalan”
“Err… pakai kusi ni ke Abiy? Takde ke peralatan lebih canggih sikit?”
Hafiy : Takpe la Dik, itu je yang kita mampu….
Fahry : Erk, baiklah Bang. Dik takkan komplen lagi.
Fahry : Eh, Bang, kata nak prektis tu apsal duduk plak tu
Hafiy : Abang dah terer jalan daaa… Dik tu yang kena prektis. Dah dah pegi pegi.
“Iyo laaa, nak buat cemana kita belum pandai kena la rajin prektis”
“Alamak, sangkut kat tiles pulak”
“Tolakkkkk”
“Alamak, roadblock. Tatau nak reverse ni, cane nihhhh”
“Uwaaa…jatuh le pulaaak”
Fahry : Fuhhh lega. Nasib baik Abiy tolong Dik.
Hafiy : Try tolak keta ni pulak la…
Hari ini Fahry menunjukkan skill berjalan 7 tapak. Oh sungguh terharu! Walaupun berlaku secara tidak sengaja (dia nak kejar Mommy) tapi nampaknya dia sebenarnya dah boleh jalan. Cuma nak kena tingkatkan keyakinan je ni. Mungkin dia tak konfiden dengan kaki palsu tu kot? Adakah?
Mok Ngoh selalu usik Fahry kalau nangis2 pegang kaki palsu. Mok Ngoh tanya “Fahry gatal tapak kaki ke?” sambil garu2 tapak kaki palsu 😀
Dari segi percakapan Fahry dah bole la bunyikan beberapa word “Abiy”—sampai Mommy pun dia panggil Abiy, bole takkkk. “Api” (Hafiy), “Abang”, “Car”, “Adik”, “Fish”, “Apple”, “Nak”, “Tai” (susu), “Abissh”, “Ak nak” (Taknak)….
Fahry a bit delay dari rakan2 sebayanya (yang lahir cukup bulan). Ye la orang lain dah berlari dia baru terkedek2 nak berjalan. Tapi, boleh tak kita kira OK je la… dia bukannya ada kaki macam orang lain (good excuse!).
Dari segi perkembangan lain, Fahry pelik sikitlah. Sukar nak ‘baca’ dia ni. Kalau Hafiy memang senang nak baca. Fahry very2 unpredictable. Maybe anak nombor dua, sebab dia lebih independent dari yang sulung.
Dia pun macam tak kisah je & jenis rule breaker sikit. Nak ikut kepala dia je.Tapi OK jugak sebab boleh bertoleransi. Dalam hal ni dia lagi OK dari Hafiy. Hafiy kalau nak A tu, A lah. Fahry boleh dibawa berunding. Tak dapat A, B pun takpe. Kalau berebut barang, dia macam “Alah, ambik je lah kalau nak sangat”. Tapi dalam diam2 tu tiba2.. ketepekkkk datang lepuk abangnya.
Memang anak nombor dua camtu ke? How about your second child?
Leave a Reply