Perkara yang boleh dibuat semasa trafik jam adalah varies, bergantung kepada personaliti orang berkenaan. Tapi sebaik2 perbuatan ialah tumpukan kepada pemanduan, walaupun dalam jem. Tak adalah terkocoh2 nak catch up bila laluan dah clear. Tak pasal2 kena honk pula.
Tapi hakikatnya banyak perkara yang pemandu Malaysia buat semasa dalam trafik jem.
1. Pakai bedak, check make-up
Bagi lady driver, masa ni la nak tempek apa2 kat muka (bagi yg tak sempat nak mekap di rumah), dan periksa make up yang apply tadi OK ke tak. Touch up sikit…
2. Baca paper/majalah/buku
Kalau dah ulat buku tu kat mana2 pun boleh membaca
3. Check harga saham terkini
Daripada tak buat apa-apa boleh tengok syer yg beli semalam ada naik ke turun?
4. Menyanyi ikut radio
Bagi yang agak2 tension dalam jem, nyanyi kuat2 best jugak.
5. Telefon mak/isteri
Just nak bagitau stuck dalam jem. Hahahaha.
6. Reply SMS
Masa tengah driving tak boleh reply, so reply la masa kereta tak jalan.
7. Update blog
Memang blogger tegar sejati!
Apa-apa pun, sentiasalah dalam mood pemanduan. Berhati2 di jalan raya.. Ikut aturan walaupun jalan jem. Orang lain pun stress/nak cepat juga, jadi bertimbangrasalah. Antara perkara yang boleh dibuat semasa trafik jem, jangan tido pulak ya. Hehe.
Leave a Reply