Pengambilan Ubat dan Penyusuan

admin Avatar

Menjadi dilema biasa kepada ibu mengandung dan menyusu bila tak sihat “Bolehkah saya mengambil ubat?”

Ya, sesetengah ubat berupa drug boleh memberi kesan kepada kandungan dan bayi yang menyusu. Tapi sebelum itu saya nak kongsikan apakah langkah yang perlu diambil semasa menyusukan anak:

(1) Menjaga kesihatan di tahap optimum kerana ibu menyusu bukan kena menyusukan anak je, tapi juga menjaga keluarga dan sebagainya, terutama ibu bekerja.
(2) Menjaga pemakanan – mengambil makanan yang tinggi khasiat
(3) Mengambil pemakanan tambahan yang seimbang – bukan untuk tambah susu semata2 tapi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara total

Ibu jangan kejar nak susu banyak saja, tapi biarlah tubuh badan terjaga. Sekurang2nya muka takdela pucat kusam. Suami pun bertambah bangga 🙂

OK, berikut adalah panduan pengambilan ubat-ubatan untuk ibu menyusu:

Demam, sakit kepala:
..selamat – paracetamol
..sesekali – aspirin
..tidak sesuai – ponstan

Selesema, asma:
..selamat – nasal spray
..tidak sesuai – tablet yang mengandungi pseudoepedrine kerana bole mengurangkan susu

Pil perancang:
..selamat – Noriday, Microlut, Locilan
..tidak sesuai – Nordette, Rigevidon, Triquilar

Sembelit:
..selamat – yang berasaskan fiber
..tidak sesuai – Durolac, Senokot, Conoxyl

Sinus:
..selamat – Clarantyn

Bagaimana dengan vitamin? Secara generalnya semua vitamin bukan saja selamat malah digalakkan untuk ibu menyusu mengambilnya. Tapi hati2 dengan herba kerana ada yang kandungannya tak selamat untuk menyusu.

Walau bagaimanapun, beritahu doktor yang anda menyusu dan minta preskripsi yang sesuai untuk penyusuan 🙂

 

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Pengambilan Ubat dan Penyusuan”

  1. Puteri Avatar

    What abaout Pirition and Clarinase?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Piriton sedative, bole buat baby tak aktif.

      Clarinase ada pseudoepedrine bole kurangkan susu.

      Tp biasanya dr akn bg clarinase sbb x buat mengantuk kn.

  2. siti muhaimin Jamal Avatar

    Assalam sis.
    saya ambil pil nordette dah 5 hari sbb nak delay kan period kerana mengerjakan umrah.
    Masa saya nak ambik, saya dah explained kat doktor yang saya bf baby ( age baby 20mth). Memang normal bagi saya If pump dapat sikit … but atleast 6oz walaupun time period.
    Tapi bila saya ambik pil ni saya notice susu semakin kurang. Pump dapat 3-4oz jer.
    baby pun lama jer melekap…. sampi nangis2 pukul breast saya (i think utk express susu saya tak lancarkot) .
    apa patut saya buat. Perluka saya tukar pil perancang. Masih sempat lagi ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge