,

Pengalaman Bermain Salji di Hokkaido

admin Avatar

Ketika tiba di Tomakomai Port, timbunan salji masih tebal di tepi-tepi jalan. Sebaik tiba, kami terus ke tempat untuk menyewa kereta. Menurut kata pekerja di situ, keadaan di Sapporo masih tebal dengan salji, jadi perlu hati-hati tika memandu.

Pertama sampai di Sapporo, kami singgah di Ina(tak igt nama) Chocolate Factory. Masuk dalam kilang coklat tu memang best, sebab panas. Di luar sangat sejuk, masih diliputi salji.

Di sinilah pertama kali kami menyentuh salji. Tapi yang dah menimbun lah. Dikatakan itu salji terakhir yang turun, kerana sudah memasuki musim bunga.

Tapi keadaan di Hokkaido masih sejuk.

Selepas minum kopi dan makan kek (kek Hokkaido asli gitew) kami terus cari hotel. Menggunakan GPS Jepun ni sangat37474 mencabar, kerana kami langsung tak faham! Mujurlah bersama kami tu, sepupu saya yang fasih bahasa Jepun.

Setelah penat berpusing-pusing, akhirnya sampai juga kami ke Hotel Hashimoto. Kami telah memilih bilik yang ryokan style. Tidur atas tilam ala-ala Nobita gitu.

Malam itu kami makan seafood di salah sebuah restoran berdekatan. Kenangan tak boleh lupa, saya terjatuh, terhentak kepala di atas salji tebal dan keras, menyebabkan kepala saya sakit, serta mengalami vertigo sampai sekarang (selepas 5 bulan).

Keesokan harinya kami memandu ke utara. Melawat binatang musim sejuk di Maruyama Zoo. Penuh salji lagi. Cuma ada binatang musim sejuk saja, binatang musim panas takde lah, sejuk sangat kan. Kami pakai baju macam nak mendaki Everest.

Setelah pusing-pusing situ, kami ke Santa Present Park, kawasan bermain ski. Tapi sayangnya tak boleh even try nakk gondola, disebabkan vertigo saya. Maka kami main slide di bawah-bawah je.

Balik semula ke hotel, kami jalan2 selepas makan malam. Cuaca sangat sejuk till suhu -2 darjah Celcius. Rasa nak beku semua cecair dalam badan.

Semasa sedang tidur saya terdengar sesuatu terjatuh ke atas bumbung. Esok pagi buka Messenger, rupanya ada mesej dari sepupu saya “Kak Long, tgk luar sekarang, ada salji”. Alah, terlepas la nak tengok salji turun. Tak apa lah.. Dah doa nak tengok salji tapi kalau Allah kata belum masanya, ya belum kan?

Pagi itu sedang tunggu suami di kaunter check out, saya nampak sesuatu di luar. Ya Allah, nak menangis rasanya.. Itulah salji putih yang sedang turun! Bagaikan dalam cerita Hindustan saya keluar menari-nari dalam salji. Agaknya orang tengok ‘apa gila minah ni’.

Maklumlah, tak pernah jumpa kan, haruslah jakun.

Akhirnya dapat juga, pegang salji (di Gronegrat tuhari dapat pegang glasier je), buat snow man, baring atas salji, guling-guling.. Dan main salji yang baru turuk 🙂 alhamdulillah, seronok betul. Jakun pun takpe, hehe.

*kami ke Jepun minggu akhir bulan Mac sampai April. Sempat dengan salji di utara dan sakura di selatan. Sekarang senang dah nak ke Jepun, dah tak perlu Visa. Kumpul duit & cari side income d(-_^)

admin Avatar

One response to “Pengalaman Bermain Salji di Hokkaido”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    do you want to make a snowman… lalala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge