Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris. Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian.
Oleh itu ramai yang menggunakan pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan.
Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:
– pelaris perniagaan dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya
– pelaris perniagaan dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
– pelaris perniagaan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan
– pelaris perniagaan menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.
Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?
Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Pelaris seperti meminta bantuan jin, tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan.
Pelaris cara kedua di atas yakni menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu adalah ayat kuris ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung. Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah2 meminta vitamin dari nutritionist, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat?
Sebaiknya ialah mengamalkan ayat2 tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.
Pelaris yang terakhir adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras (bagi peniaga Islam), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya.
Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. Amalan tersebut ialah bersedekah. Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.
Sekiranya anda masih tercari-cari pelaris yang sesuai untuk memajukan perniagaan, nah sekaranglah peluangnya. Sedekah di bulan Ramadhan, berganda-ganda pulangannya.
Leave a Reply