Pekerjaan Yang Sesuai

admin Avatar

Masa belajar dulu saya pernah ditanya oleh seorang jurutera “Kenapa ambil engineering?”. Tak dapat pulak nak menjawab dengan begitu yakin, sebabnya saya ambil pengajian kejuruteraan atas 2 sebab:

  1. Tak mahu jadi doktor (bajet bijak sangatlah sampai layak jadi doktor)
  2. Malas belajar (tak boleh blah)
  3. Rasa glamour (ehh tadi kata 2, melebih2 plak ko nih)

Saya mengambil jurusan Sains Teknikal semasa di tingkatan empat, salah satu sebabnya, kerana saya nak lari dari subjek Biologi. Kata senior2, subjek tu boleh buat semua orang jadi biol. Jadi disebabkan taknak menjadi biol, saya lari ke jurusan sains teknikal. Tak sangka biol jugak akhirnya, LOL.

Semasa nak masuk Universiti, saya pilih field yang paling senang, Civil Engineering. Sebab saya ni seorang yang ‘konkrit’ sikit. Kalau belajar Fizik, bab elektrik, elektronik, elektromagnetik tu memanglah perkara yang paling saya tak faham. Saya tak faham macamana aliran elektrik tu boleh mengalir dalam kabel letrik tu. Apa bendanya voltan segala makneka tu. Mintak maaflah… Subjek Fizik SPM rasanya soalan belakang2 tu memang perosak result saya la. LOL. Ada ke bagi 2-3 soalan pasal elektronik, elektromagnetik segala. Walaupun semuanya datang dari prinsip yang sama tapi otak saya tak boleh terima. Faraday’s Law? Apa-apa lah.

Kimia tak usah cakaplah. Ape ke benda quantum-quantum tu sampai sekarang pun tak paham-paham. LOL. Jadi pilihlah jalan selamat, ambil bidang yang senang nak difahami πŸ˜€

Maka tamatlah saya belajar sebagai graduan dalam Kejuruteraan Awam. Maka selayaknya menjadi jurutera atau engineer. Atau saya dan kawan2 selalu buat lawak ‘hanjin*iar’.

Masa kecil-kecil dulu (sekarang pun) kalau kata engineer tu mestilah wataknya pakai helmet kuning, bawak kertas gulung-gulung.

jurutera

Tapi saya belum pernah lagi bawak kertas segabak itu turun site. Paling besar pun A3 aje. Apakah sebenarnya kau ni tak buat kerja???

Kadang-kadang saya merasakan saya tak sesuai menjadi seorang engineer. Mungkin saya lebih suka kepada kerja-kerja ‘beyond engineering’ daripada ‘mengotorkan tangan’. Saya pernah lead satu projek yang tak ada kaitan dengan engineering pun. Tapi kelayakan yang saya ada tidak memungkinkan saya untuk apply kerja dalam bidang lain, kecuali yang berkaitan degan teknikal juga.

Bak kata boss saya, di negara kita masih belum menjadi praktis lagi, degree lain, buat kerja bidang lain. Kerana kita masih dalam peringkat memerlukan tenaga kerja termasuk tenaga profesional, bukan peringkat outsourcing lagi. Kalau dah peringkat outsourcing mungkin tak ada siapa kisah, degree engineering nak mintak kerja pemandu lori sebab dia minat driving pun boleh. Tapi kan saya pernah mintak kerja dengan KFC, terus kena reject sebab katanya degree saya tak sesuai kerja KFC, huh. Ye la memang betul, sebab ramai lagi orang lain yang lebih patut kerja di KFC tu, sedangkan saya lebih diperlukan di arena yang lebih profesional. Ewah.

Tapi sebenarnya, bila buat kerja dalam bidang yang kita tak minat, boleh menghasilkan unnecessary stress.

Saya teringat seorang senior saya. Katanya dia tak kisah anak dia nak jadi apa, tapi dia akan pastikan anak-anaknya ada cita-cita yang pasti. Macam saya dulu, saya main ikut trend saja. Maklumlah, kita mana ada knowledge, pengalaman apatah lagi. Lebih2 lagi saya anak yang paling tua. Mak saya memangle nak saya jadi cikgu, tapi saya takmau. Mujurle tak jadi cikgu, kok sekarang cikgu nak mengajar pun susah. Saya ingat dulu selalu kena baling kapur, kena rotan, ketuk ketampi… rileks saja.. tapi sekarang ni.. cuba la buat, kalau tak kena belasah, pistol kat kepala! Dahsyat ibu bapa sekarang ni..

Tiba-tiba saya menulis tentang kerja pula ya. Minggu ni, dan beberapa minggu akan datang, saya sibuk sangat di pejabat. SMS pun malam baru dapat reply. Consultation tentang Vitamin Semulajadi pun malam baru dapat tunaikan. Email pun berhari2 baru boleh balas. Even dengan partner saya, Kay pun dah lama tak berhubung. Customer2 VSJ pun saya sempat contact beberapa orang saja. Cabaran iPad MySuperKids pun saya baru maklumkan kepada juri2 terbabit. Entry di YoYooh! pun saya terlepas yang minggu sudah sebab lupa date πŸ˜›

Apa-apapun, walaupun penat tapiΒ  adalah satu kepuasan….. Bila kita buat kerja dan dapat enjoy dengan kerja tu. Lagi2 bila kerja kita walaupun peranannya kecil tapi memberi impak kepada syarikat dan negara. Wah, sungguh patriotik sekali.

Jadi apa pun pekerjaan kita, anggaplah sumbangan terhadap keharmonian negara. Walaupun boring gila, boss kejam nak mamp*s, sistem kompeni yang sukar difahami… at least kita ada kerja. Tapi we’re still free to do what we love. Bila habis waktu pejabat, itulah soorrrggaaa πŸ˜€ makcik cleaner adalah orang yang paling berjasa pada saya & semua orang. tapi makcik awal sangat lah… pukul 5 terus kumpul sampah. saya tak habis mamam lagila makcik..

Korang pula cemana? Ada enjoy dengan pekerjaan sekarang? Ramai kot baya2 saya dah jadi manager sekarang πŸ™‚

Tagged in :

admin Avatar

31 responses to “Pekerjaan Yang Sesuai”

  1. kinna Avatar

    so far ok je..mmg kerja bidang yg sy pilih dr sekolah lg (w/pon mak ayah tak kasi..huhu). kdg2 mmg sgt stress, tp belajar utk enjoy sbb dah ‘galak’ langkah kaki dlm bidang ni..mak ayah saya pon sama, soh jadi cikgu. tokse ambo..budak2 (dan parent) skrg menggerunkan!

  2. cleverspider55 Avatar

    memang minat tu penting dlm bekerja,tak kiralah kerja apa..
    Saya minat kerja yg dilakukan skg..cukup bg kepuasan interaksi ngan orang,tgk gelagat org..lg kerja sy dapat uji diri kebolehan mempengaruhi org

  3. masalifah Avatar

    saya belum. mungkin sebab saya lebih muda dari makcik ;p

  4. tutyrahiza Avatar

    saya dah lari dari bidang..rindu nak masuk line engineering balik tp memikirkan tahap kesibukan menyebabkan berfikir dua kali..cuma sekarang tgh menimbangtara untuk bertukar kerja kerana saya bosan dengan kerja yang terlebih masa santai=tiada keje..

  5. masalifah Avatar

    kalo terlebih kerja, bosan..mula la rasa tak cukup oksigen kat otak,
    terkurang kerja pun bosan πŸ™‚

    kesimpulan: kerja memang membosankan ;p

  6. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    samalah sy dulu..amik course ikut trend..thn 97 ms tu tgh hangat course IT..minat biol eh bio..result bio pun best..cecita asal nak amik genetic engineering..tp beralih g IT sbb terikut-ikut..la nih br nyesal x sudah..x minat langsung..tp CPA blh tahan walaupon x minat..cuma xmo apply keje dlm bidang IT sbb stress dan x bahagia..

    1. liyana Avatar

      Aiks kita terbalik.. saya actually minat accounting, tp kuasa veto mak, saya amik biomedical, bleh la, bawak, tp last2 buka kedai sendiri. ramai giler bising sbb sayang degree dr fac medic tu.. skrg dah minat giler ngan IT,

  7. baby Avatar

    setakat ne alhmdulilah…

  8. ilihazz Avatar
    ilihazz

    Dulu rasa cm minat jer bhgian network,..tp sekarang bla dh dpt kja bhgn network, rs xbest plak..huhuhu..tu la manusia ni xnh puas dgn apa yg ada…hehhehehe..tp tula selagi xcuba, kita xtau kan.. πŸ™‚

  9. Shahrul Avatar

    Saya mmg minat dalam elektrik. Sebelum ni kerja engineer, tp minat dgn bekerja sendiri membuatkan saya berhenti kerja. Skg freelance dlm bidang elektrik.

  10. Nazri Avatar
    Nazri

    masalifah : kesimpulan anda menarik, membuatkan saya ketawa besar. hahaha

    Momy Lina, kita almost sama, belajar kejuruteraan sbb nak ambil jalan selamat.
    Result SRP tidak memihak saya untuk ambil SPM, so terpaksa ambil SPMV. Masa SPMV saya minat komputer tapi result SPMV tidak membenarkan saya memohon Sains Komputer walaupun minat giler dgn Matematik. Tahun 96 masa tu mana ada IT , grafik multimedia lagi. At last ambil kejuruteraan mekanikal ajelah. Orang kata ‘bahasa’ atau ‘makanan’ kejuruteraan ialah matematik. herannya lulus Ok je pun, napa lah tak dibenarkan apply Sains Komputer dulu huhuhu

  11. asz Avatar

    sejak2 bekerja, & melalui pengalaman sendiri, saya tak percaya yang kite kena keje ikut jurusan yg kita ambil.apa yg penting, attitude kite and minat sbb apa2 pun bidang keje yg kita pilih, mmg tak boleh tidak, musti kena belajar mende2 baru sendiri..

  12. dinsblog Avatar

    Setakat ni keje yg dibuat memang in line dengan qualification yg ada.Nak cari yg betul2 sesuai mungkin agak susah.Sebenarnya kita yg kena menyesuaikan diri dengan keadaan bukan keadaan yg kena sesuai dengan kita.

  13. ainul Avatar

    saya minat chemical engineering tp ayah suruh ambik electrical engineering..skrg project engineer.mmg pakai topi tu kaler putih tp kertas takde la sebesar tu.saya sukerrr kerja saya wlpun penat+ stress tapi gaji sgt ciputtt & politik kerja yg kuat.ehmmmm….

    1. Shahrul Avatar

      Betul tu. Gaji engineer bukanlah byk mana sgt pun. Saya sempat jadi engineer setahun lebih, langsung x de simpanan. Skg wat keje sendiri, dpt lebih lagi dari engineer makan gaji. hehe

      1. tutyrahiza Avatar

        Setuju..disebabkan keje engineer gaji ciput kecuali O&G la , sy beralih arah kepada menggunakan kemahiran bahasa..keje teruk giler..seronok keje engineer ni tp bile family seme bising pasal gaji, jadi terpkir..

        1. masalifah Avatar

          tips naik gaji cepat: lompat kerja!

  14. Zuhaini Avatar

    Saya setakat ni suka kerja saya πŸ™‚ walaupun gaji ciput.. Weekend kena kerja.. Tapi alhamdulillah, at least saya masih ada kerja.. πŸ™‚ syukur alhmdulillah..

  15. dinsblog Avatar

    Kengkadang bukan berapa banyak yg kita tu yg diambil kira tapi kepuasan yg diterima dan cara kita membelanja yg kita dapat tuh yg penting.

  16. sya Avatar

    haha… saya suka menyakat students saya jangan ‘biol’ kepala masa belajar ‘BIOL’ogi… πŸ˜›
    dari dulu2 cita2 nak jadik pakar kaunseling. cewah! bajet boleh kaunselor orang la kunun. dalam masa yang sama, hati lebih berat pada nak jadi cikgu. apa pun tawaran U yang mendatang, tetap menunggu tawaran di satu universiti pendidikan tu. akhirnya dapat, dan jadik le cikgu sampai sekarang… Alhamdulillah… πŸ™‚ (dapatla juga kaunseling budak2… hehehe)

  17. sya Avatar

    eh, nak perbetulkan ayat kat atas tu sikit, bukan kaunselor orang, kaunseling orang.. hehehe

  18. bibimie Avatar

    i pilih engineering sebab ikut2 orang pun yer jugak. alang2 dah masuk U biar try yang gempak… hamek kau… 5 tahun buat degree dah sama dengan geng2 yang amik medic. itu kesilapan sendiri. kije skang nih duduk ofis cuma guna kelayakan sijik engineering tu saja takde kena mengena nak gi site bagai. hb sampai skang nih tak dapat kije tetap. degree in language tapi suka bab management, sales & marketing… dah tu mintak cikgu pun tak dapat… hurrmm… jadi tukang masak pun bagus juga tu… huhuhu…

  19. wan fatmasuriati yahya Avatar

    Saya tak berapa happy ddengan kerja yang saya ada skang.!!huhuhu

  20. madoct Avatar

    Sama la..saya pun pilih Mechanical Engineering sbb ikut orang dan rasa senang nak dapat kerja. Awal2 tu sempat la kerja buat designing machine bagai. Pastu..saya tumpukan bahagian bahasa…sbb permintaan lebih memberangsangkan.
    Sekarang ni keje IT tp bukan IT yg gila2 IT, just IT helpdesk dalam bahasa jepun. Drpd derang panggil org Jepun ramai2 byr gaji mahal gila..bek derang ambik kami2 ni byr gaji kurang sikit pon jadi la.

    1. bibimie Avatar

      mcm sayag laa pulak ek kepakaran tu mcm terbazir… huhuhu… sama laa halnya kalau dah grad tapi pilih nak dok rumah lepas kawen. sure kena bambu ngan mak2. berhabis duit belajar tapi tak nak kije… mak i ler yang selalu kata gitu…

  21. amydaud Avatar
    amydaud

    bidang yang sama :)…
    ‘pakai topi putih, bawa drawing A1’…
    cita-cita asal – kerani, apapun Allah bagi yang terbaik…
    suka sgt bidang civil nie…backup keranipun buleh…serbaboleh…
    Allhamdulilah…

  22. Nad Avatar
    Nad

    salam

    macam mana nak jawab soalan penemuduga jika dorang tanya β€œkenapa mohon jawatan ni (contoh production asst.)?” sedangkan tak dek kaitan dengan bidang yang kita belajar masa kat U?

    mohon feedback segera. terima kasih:)

  23. dil Avatar
    dil

    aku ni baru jek grad dalam bidang science comp. agak lama tugu keje akhirya dapat…tp tulah, bukan nak merungut, cuma terkejut dg tugasan yg diberi, mana taknya, aku dulu major dalam programming, bila keje semua kena wat, jd server admin, technical support, segala2nya lah….company sikit pya besar, semua aku kena handle….kdg2 pikir balik adakah aku dah salah buat keputusan untuk bekerja disini…kalo benti kang rugu plak, kalo teruskan kepala aku plak yg serabut…..anyway kepada sesapa yg agak2 nak keje tu, pikir masak2 dulu kebolehan dan kemampuan, jgn jd cam aku ni duk terima jek offer x tgk kemampuan diri, skang ni dah serabut kepala nak2 bila kena keje alone…..

  24. hafiz 4s Avatar
    hafiz 4s

    cerita awak ni hampir sama ngan saya la…. saya pun mana faham sangat kimia fizik bagai …hahha tu yg pening nak kerja apa skang ni

  25. kay Avatar
    kay

    dulu blaja nurse then keje lain bidang. dari kerani spi exacutive. bile dah focus keje tetibe mak lak sakit. so resign keje jaga mak. balik kg parents soh keje nurse balik. dah lame tak praktik skill pon lupa. klu ikut org cam ni la jadi. lagi parents campur tangan. mmg parents nak yg terbaik. tapi they all ni nak anak dengar arahan dorang je. klu melawan or bantah nt cakap kurang ajar la apa.. mcm2.

  26. Anis Avatar
    Anis

    Assalam . Sekarangni saya sdg tunggu result spm . Saya merupakan pelajar science tulen and saya berminat dgn course civil engineering . Is it worth for me to apply this course ? And is it hard? Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge