Masa belajar dulu saya pernah ditanya oleh seorang jurutera “Kenapa ambil engineering?”. Tak dapat pulak nak menjawab dengan begitu yakin, sebabnya saya ambil pengajian kejuruteraan atas 2 sebab:
- Tak mahu jadi doktor (bajet bijak sangatlah sampai layak jadi doktor)
- Malas belajar (tak boleh blah)
- Rasa glamour (ehh tadi kata 2, melebih2 plak ko nih)
Saya mengambil jurusan Sains Teknikal semasa di tingkatan empat, salah satu sebabnya, kerana saya nak lari dari subjek Biologi. Kata senior2, subjek tu boleh buat semua orang jadi biol. Jadi disebabkan taknak menjadi biol, saya lari ke jurusan sains teknikal. Tak sangka biol jugak akhirnya, LOL.
Semasa nak masuk Universiti, saya pilih field yang paling senang, Civil Engineering. Sebab saya ni seorang yang ‘konkrit’ sikit. Kalau belajar Fizik, bab elektrik, elektronik, elektromagnetik tu memanglah perkara yang paling saya tak faham. Saya tak faham macamana aliran elektrik tu boleh mengalir dalam kabel letrik tu. Apa bendanya voltan segala makneka tu. Mintak maaflah… Subjek Fizik SPM rasanya soalan belakang2 tu memang perosak result saya la. LOL. Ada ke bagi 2-3 soalan pasal elektronik, elektromagnetik segala. Walaupun semuanya datang dari prinsip yang sama tapi otak saya tak boleh terima. Faraday’s Law? Apa-apa lah.
Kimia tak usah cakaplah. Ape ke benda quantum-quantum tu sampai sekarang pun tak paham-paham. LOL. Jadi pilihlah jalan selamat, ambil bidang yang senang nak difahami π
Maka tamatlah saya belajar sebagai graduan dalam Kejuruteraan Awam. Maka selayaknya menjadi jurutera atau engineer. Atau saya dan kawan2 selalu buat lawak ‘hanjin*iar’.
Masa kecil-kecil dulu (sekarang pun) kalau kata engineer tu mestilah wataknya pakai helmet kuning, bawak kertas gulung-gulung.
Tapi saya belum pernah lagi bawak kertas segabak itu turun site. Paling besar pun A3 aje. Apakah sebenarnya kau ni tak buat kerja???
Kadang-kadang saya merasakan saya tak sesuai menjadi seorang engineer. Mungkin saya lebih suka kepada kerja-kerja ‘beyond engineering’ daripada ‘mengotorkan tangan’. Saya pernah lead satu projek yang tak ada kaitan dengan engineering pun. Tapi kelayakan yang saya ada tidak memungkinkan saya untuk apply kerja dalam bidang lain, kecuali yang berkaitan degan teknikal juga.
Bak kata boss saya, di negara kita masih belum menjadi praktis lagi, degree lain, buat kerja bidang lain. Kerana kita masih dalam peringkat memerlukan tenaga kerja termasuk tenaga profesional, bukan peringkat outsourcing lagi. Kalau dah peringkat outsourcing mungkin tak ada siapa kisah, degree engineering nak mintak kerja pemandu lori sebab dia minat driving pun boleh. Tapi kan saya pernah mintak kerja dengan KFC, terus kena reject sebab katanya degree saya tak sesuai kerja KFC, huh. Ye la memang betul, sebab ramai lagi orang lain yang lebih patut kerja di KFC tu, sedangkan saya lebih diperlukan di arena yang lebih profesional. Ewah.
Tapi sebenarnya, bila buat kerja dalam bidang yang kita tak minat, boleh menghasilkan unnecessary stress.
Saya teringat seorang senior saya. Katanya dia tak kisah anak dia nak jadi apa, tapi dia akan pastikan anak-anaknya ada cita-cita yang pasti. Macam saya dulu, saya main ikut trend saja. Maklumlah, kita mana ada knowledge, pengalaman apatah lagi. Lebih2 lagi saya anak yang paling tua. Mak saya memangle nak saya jadi cikgu, tapi saya takmau. Mujurle tak jadi cikgu, kok sekarang cikgu nak mengajar pun susah. Saya ingat dulu selalu kena baling kapur, kena rotan, ketuk ketampi… rileks saja.. tapi sekarang ni.. cuba la buat, kalau tak kena belasah, pistol kat kepala! Dahsyat ibu bapa sekarang ni..
Tiba-tiba saya menulis tentang kerja pula ya. Minggu ni, dan beberapa minggu akan datang, saya sibuk sangat di pejabat. SMS pun malam baru dapat reply. Consultation tentang Vitamin Semulajadi pun malam baru dapat tunaikan. Email pun berhari2 baru boleh balas. Even dengan partner saya, Kay pun dah lama tak berhubung. Customer2 VSJ pun saya sempat contact beberapa orang saja. Cabaran iPad MySuperKids pun saya baru maklumkan kepada juri2 terbabit. Entry di YoYooh! pun saya terlepas yang minggu sudah sebab lupa date π
Apa-apapun, walaupun penat tapiΒ adalah satu kepuasan….. Bila kita buat kerja dan dapat enjoy dengan kerja tu. Lagi2 bila kerja kita walaupun peranannya kecil tapi memberi impak kepada syarikat dan negara. Wah, sungguh patriotik sekali.
Jadi apa pun pekerjaan kita, anggaplah sumbangan terhadap keharmonian negara. Walaupun boring gila, boss kejam nak mamp*s, sistem kompeni yang sukar difahami… at least kita ada kerja. Tapi we’re still free to do what we love. Bila habis waktu pejabat, itulah soorrrggaaa π makcik cleaner adalah orang yang paling berjasa pada saya & semua orang. tapi makcik awal sangat lah… pukul 5 terus kumpul sampah. saya tak habis mamam lagila makcik..
Korang pula cemana? Ada enjoy dengan pekerjaan sekarang? Ramai kot baya2 saya dah jadi manager sekarang π
Leave a Reply