Parenting Autopilot

admin Avatar

Rasanya peristiwa paling kelakar yang berlaku pada saya… Jumpa surau, letak barang, ambil wuduk & terus solat. Siap solat je pandang belakang.. Rupanya saya SALAH KIBLAT!

Itulah dah jadi autopilot, masuk2 surau terus ikut susunan karpet menghadap dinding, dah tak fikir apa dah.

Parenting autopilot.. It does happen bila kita dalam keadaan out of control. Maknanya just let it flow, tiba2 tengok anak dah besar. & apa yang kita ‘parenting’-kan selama itu adalah autopilot, kita tak plan apa2… & kebiasaannya kita akan ‘parent’ anak kita macam yang mak ayah kita buat pada kita dulu.

Kerana itu, parenting atau keibubapaan adalah satu skill atau kemahiran, ia tidak hadir secara semulajadi meskipun naluri itu memanglah dah wujud. Samalah macam breastfeeding, proses semulajadi tapi kita kena belajar.

Ilmu keibubapaan sangat penting, kerana itulah yang akan menentukan ke mana kita nak bawa anak kita. Yang penting, sentiasa berada dalam keadaan terkawal, elakkan autopilot.

Saya pun dalam mode autopilot sejak2 sibuk entah apa2 ni. Huwahuwa.. Jadi harus kembali ke landasan!


– Posted using BlogPress

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Parenting Autopilot”

  1. ila Avatar

    betul tu..tapi mama lina rock kan..still boleh handle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge