Pangkat Tertinggi Dalam Hidup

admin Avatar

Sapa taknak naik pangkat. Apa lagi dapat anugerah.

Datuk saya dah dapat anugerah ni. Bapak mentua saya dah dapat.

Pangkat yang paling tinggi dalam hidup ni. Semua orang akan dapat.. cuma cepat atau lambat je. Memang highest la, kalah Datuk semua tu. Eleh, datuk2 tu pun tak dapat lagi.

Pangkat apa tu?

Itulah ALLAHYARHAM (atau Allahyarhamah, atau Almarhum, atau Arwah, atau Gemulah, atau Mendiang, atau apa2 sajalah).

Bila naik pangkat ni, memang istimewa sangat2. Raja pun tak dapat layanan macam tu.

1. Orang pakaikan kita baju baru. Mana ada recycle2 dah. Baru ambil dari kedai lagi. Nama pun eksklusif – kain kafan.

2. Ramai orang datang visit. Mana nak dapat tu?

3. Ada kereta khas -  kereta jenazah. Siap ada driver dan pengiring lagi.

4. Diusung dalam tandu bernama keranda. Kalau tengok cerita dulu2 orang usung raja2 dalam tandu, eleh tak heran pun.

5. Duduk dalam bilik eksklusif – liang lahad. Mana ada orang lain dapat?

6. Orang pegang kita hati2 je. Kalau sebelum naik pangkat tu orang tepuk tampar tak kisah kita sakit ke tak.

7. Keluarga kita buat kenduri sempena kenaikan pangkat kita.

8. Pakej bercuti bersama Mungkar dan Nakir sampai kiamat.

Nak naik pangkat ni tak susah, tapi kalau dah naik tu cuma 2 kemungkinan je la. 1) duduk dalam lubang syurga 2)duduk dalam lubang neraka. Permohonan nak pegi mana tu boleh apply dari sekarang. Senang je, tak payah isi borang, cuma jauhi perkara dosa dan buat benda2 baik. Interview akan dijalankan sebaik saja orang yang datang kubur kita melangkah 7 tapak. Interview tu pun bukan apa… dia tanya2 je la, nak berkenalan. Sape Tuhan? Sape Nabi? Alah, soalan kacang je.

Tapi… kalau tak boleh jawab, interviewer garang woooo! Bukan takat garang je, siap ganas kejam lagi. Kena bambu la lu. Bukan bambu je, kene pukul kena palu.. ayak!!! Memang tak berhati perut diorang ni siap boleh patah tulang ooooo.

Tapi.. kalau boleh jawab, depa bermuka manis je. Tanya pun lembut2 je.

Waduh.

Bersedia ke nak naik pangkat ni?

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Pangkat Tertinggi Dalam Hidup”

  1. eliss Avatar

    Yang Hidup PASti Mati! Tu janji Allah…
    .-= eliss´s last blog ..Masuk I-City Sudah Dikenakan Bayaran? =-.

  2. zuhaini Avatar

    huih… takotnya….

  3. isabelle Avatar

    hmm..kalo ckp x ready pun, bukan nya nak tentu makbul.
    .-= isabelle´s last blog ..Citer ni lagi… =-.

  4. ayuarjuna Avatar

    bagus untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain…tq

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    Dan pangkat tu pula, takde siapa ada kuasa nak tarik balik. Kalau dah dapat pangkat tu, confirmed title tu kita pegang sampai bila-bila.

    Tak macam pangkat kat dunia ni. Hari ni dapat Dato’, esok-esok ada possibiliy kena tarik balik. Hehehe…
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Benchmark =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge