Pahit Akan Manis Akhirnya

admin Avatar

Dulu2 saya memang suka gilerr kat band UK’s ni (Ukays once upon a time). Sora si Amer tu memang sedap, menyentuh dalam ke lubuk hati. Untung je tak berapa hensem sangat, so takdela tergila2 sangat (suka hati je cakap orang). Hua hua hua.

Lately kat radio suka sangat main lagu2 tahun 90-an, termasuklah lagu Pahit Akan Manis Akhirnya ni.

 

Berhantu OK lagu ni. Sedih gila ah.

Imagine la cemana kalau orang yang kita sayang tu rupa-rupanya disayangi oleh orang lain jugak. Dan orang tu sesungguhnya bukan mak dia, adik dia mahupun sedara mara yang mahram.

Lagi2 kalau terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Jom kita selusuri lirik lagu ni (takde keje).

Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Kemelut apekah? OK anggap saja mereka ni belum nikah lagi. Lepas tu si gadis tu duk berteka teki.. Nak ke taknak.. Nak ke taknak. Yang laki ni dah tahap wajib kahwin dah gamaknya. Ataupun memang jenis boya tak boleh hidup kalau takde girlfriend.

Hmm tak best pulak. Anggap je mereka dah kahwin. Mungkin lelaki ni seorang eksekutif yang selalu kena kerja luar. Dan beliau mempunyai seorang PA perempuan, yang akan ikut dia ke mana aje dia pergi. Pompuan tu pulak anak dara yang ala2 gedix manja gitu.

Isteri dia pulak SAHM, duk umah je lah. Dia mintak jugak kerja, dengan harapan leh jadi PA suami dia, tapi disebabkan polisi syarikat tak membenarkan suami isteri bekerja di bawah satu kompeni, apa lagi satu department atau satu section.. so berangan ajelah. Telan liur jugakla tengok suami ke hulu ke hilir dengan anak dara orang. Tapi apa boleh buat, alasannya kerja…

Yang si suami memang tak ketentuanlah. Maklumlah setiap bulan outstation, pastu kena la take care of PA dia, yang ala2 tak pandai la nak berdikari sendiri. Maklum sajala, laki orang ni hensem aje.

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan dari-Nnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

Ye laaaa. nama je pompuan ni dapat madu, tapi madu sebenarnya lelaki gak yang merasa. Chetttt!

Telah… kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan

Alah kalau dah kantoi tu berterus terang aje lah. Mungkin dia dah tak tahan dengan godaan si PA. Walaupun wataknya seperti Nur Kasih, tapi kalau dah sebulan seminggu asyik tengok muka dia je,kemungkinan boleh tergugat kan?

Dan… jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka…

Ketahuilah bahawa isterimu itu adalah mencintai dan memerlukanmu. Bukan sebab dia sanggup berkongsi laaaaa.

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

Luka boleh sembuh tapi parutnya tetap ada.

Hahaha. Over sensitif pulak. Ini tak ada kaitan dengan rumahtangga saya okeh. Cuma mengenang dulu2 zaman kecik2 bila dengar lagu ni mesti rasa sedih gila. Cemana la perasaannya eh.. kesianlah. Kawan baik saya sendiri pun ada mengalami benda macam ni. Tapi bukanla bersatu padu di akhirnya sebaliknya bercerai roboh. Itu lebih baik kan daripada makan  hati. Mana tau dapat yang lagi hensem pas ni 😀

Tapi, memang pahit tu akan manis akhirnya 😀

admin Avatar

5 responses to “Pahit Akan Manis Akhirnya”

  1. IbuAzroy Avatar

    Kekekeke. mmg syahdu gile la. tkenang zaman dolu2 kan. tgh2 jiwang. sy smbil nyanyi smbl baca keterangan2 tu. kekekekeke. klaka la. hmmm. lagu dolu2 mmg bkesan kan? xmcm skang ni. ntah apa2 ntah. btul dak?

  2. kakLuna Avatar

    alamak alom…akak mmg die hard fan Ukays-U.k’s dulu2….lagu ni antara yg touching
    .-= kakLuna´s last blog ..Toslet jangan lupe…. =-.

  3. Mun Avatar
    Mun

    Dengar lagu ni kat radio trus g cari lirik kt utube dan terus murung…. apolah..
    Benci lirik mcmni.. haha
    balik2 yang untung laki..

    1. admin Avatar
      admin

      Kannnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge