Nilai Sebotol Susu

by Mommy Lyna on December 14, 2009 · 21 comments

HHH (Triple H?) adalah seorang ibu muda yang mempunyai seorang bayi lelaki bernama YYY. Walaupun berkerjaya namun HHH amat menyokong penyusuan ibu malah beliau menyusui YYY secara eksklusif sejak YYY lahir lagi. Malah HHH telah bersumpah untuk tidak memberikan Susu Formula (FM) kepada YYY.

Ditakdirkan HHH mengandung lagi semasa YYY berumur 4 bulan. Sewaktu kandungannya berusia 2 bulan, susu HHH berkurangan dengan mendadak. HHH amat susah hati. Beliau melakukan macam-macam agar susunya banyak kembali termasuk mengambil herba yang dikatakan membahayakan kandungan.

Namun, usahanya tidak berjaya. Hormon mengandung dan kekurangan direct feeding (kerana HHH bekerja jadi dia akan pam di waktu siang) menyebabkan susunya semakin kering.

HHH akhirnya tiba di persimpangan. Namun, disebabkan ‘sumpah setia’nya terhadap BF, HHH tidak akan sekali-kali memberi FM kepada YYY. Pada mulanya dia memberi YYY susu segar DachLeddey. YYY muntah2 dan naik ruam bintik2. Sekali lagi HHH resah. Lalu dia mengubah diet YYY yang baru mula diperkenalkan makanan pejal tanpa minum susu di waktu siang.

Walaupun kasihan namum HHH bangga kerana anaknya tetap tidak diberi FM.

What do you think about the above story?

Jangan terkejut kerana ia benar2 berlaku.

Seperti yang pernah saya tulis dalam entry BM vs. FM ni, jika bercakap tentang susu gantian (substitution milk) untuk bayi di bawah umur setahun, saya masih memilih susu formula. Kenapa? Kerana ia adalah susu yang diformulasi untuk bayi. Susu lembu (segar yang dipasteur) mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi, menyebabkan buah pinggang bayi terpaksa bekerja lebih kuat. Tentunya ini tidak sesuai untuk bayi di bawah umur setahun, apa lagi di bawah umur 6 bulan untuk memaksa organnya yang masih lembut bekerja lebih daripada biasa.

Apa lagi bila bayi tidak diberi susu langsung, atau diberi minuman lain seperti glukos, ribena, oren, sirap, etc., hanya semata-mata ibunya ‘mengharamkan’ walau setitik susu formula masuk ke dalam badan anaknya.

Sebelum saya disalah tafsir (maklum aje lah, ada yang cop saya ni fanatik BF :P ), saya bukan pro-susu formula, ataupun dah tak fanatik BF… tapi saya kasihan pada bayi yang bila ibunya dah tak dapek nak menyusu, sama ada sebab mengandung lagi, sakit, terrlalu sibuk atau apa jua sebab menjadikan si ibu tak boleh nak BF lagi… anak kecil tu diberi minum macam2, asalkan bukan FM.

Banyak penyelesaian sebenarnya kalau kita mencari. Ramai ibu yang susunya melimpah2 sampai tak muat freezer. Mungkin boleh kawtim dengan ibu tu. Tapi biasnaya susah juga, sebab ia berkait dengan susur galur salasilah. Bila dah minum susu, jadilah anak susuan. Sebenarnya tak ada masalah pun, cuma sesetengah orang silap faham konsep anak susuan ni. Dia ingat anak susuan ni jadi macam anak sendiri… kena bertanggungjawab, jaga, bagi nafkah, harta, etc. Itu yang ramai taknak jadi ibu/bapa susuan. Sebenarnya tidak.. anak susuan cuma menjadi ‘anak’ dari segi hukum mahram saja. Dia tak ada hak untuk penjagaan kita, harta kita, nafkah kita… cuma kalau kita nak bagi tu, dapatla pahala kat kita :)

Berbalik pada cerita susu, bagi saya susu ni tetap satu keperluan (walaupun saya bukan selalu minum susu). Walaupun kita rasa ‘tak apa, anak saya bole dapat kalsium dari sumber lain’ tapi anak yang sedang membesar tu perlukan zat yang terkandung dalam segelas susu. Terutama bagi bayi di bawah usia setahun, sistem badan mereka masih serasi dengan susu. Kalau pun kita tak mampu nak BF lagi, usahlah sekat hak anak kita untuk menyusu. Kita pun tahu Islam menyarankan seorang anak disusukan selama 2 tahun untuk melengkapkan penyusuan.

Dan bila kata ‘susui anak sampai 2 tahun’, bukan bermakna kalau kita tak mampu nak BF sebelum anak kita 2 tahun, jangan bagi dia susu lain. Itu adalah ayat motivasi supaya BF anak dan penerangan bahawa anak kecil sampai sekurang-kurangnya usia 2 tahun memerlukan susu yang sesuai buat mereka (susu ibu, tentunya! tapi kalau ‘tak mampu’, paham2la jangan la kasi anak air oren) dan selepas 2 tahun mereka tetap memerlukan susu, tapi masa ni perut mereka dah sesuai untuk menerima susu lembu (susu segar, UHT, etc.).

Seperti kata Mommy Luna “Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun”, yang saya, Mommy Lyna ubah sikit menjadi ‘Konsep penyusuan ibu adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat dan segala yang terbaik untuk bayi kita sejak dari lahir lagi’. Ye lah, saya menyusukan anak2 saya (tandem nurse until now). Sejak ada mereka ni lah saya jaga makanan saya, pastikan seimbang, ambil supplement segala. Kalau bukan sebab mereka memang saya hari2 boleh makan cikedis. Sekarang ni jaraaaaaang sangat makan cikedis. Kalau makan pun yang orang berikan, atau Pringles yang Abiy beli di Brunei.

Sepatutnya, bila kita dah menyusui (tak menyusu pun sama lah, nama pun ibu), kita boleh fikirkan dan geledah info tentang apa yang terbaik untuk anak kita. Bagi anak2 di atas usia 2 tahun, tak apelah kita nak kasi dia susu apa-apa, susu lembu, susu kambing, susu kuda, susu unta… sebab dia pun dah cukup besar dan boleh macam2. Tumbesaran dia dah tak bergantung pada susu sangat pun, walau bagaimanapun dia tetap perlukan khasiat2 terkandung dalam susu.

Namun, bagi bayi di bawah usia setahun, usahlah dinafikan hak mereka untuk menyusu. Yang pertama ibu mestilah menyusuinya dengan susu badan sendiri, namun jika tak boleh, berikanlah susu yang sesuai. Yang penting, berikan dia susu, bukan minuman2 lain walaupun sumbernya ialah dari bahan asli seperi buah-buahan. Memang tak ada ibu yang sampai hati lihat bayinya minum susu ‘benda lain’, tapi… fikirkan apakah kemudaratan sekiranya bayi diberi minuman lain atas sebab ‘pengharaman’ yang kita lakukan. Jika ada 2 benda yang mudarat tapi terpaksa buat, pilihlah yang kurang mudarat.

Kadang2 BF atau tak BF ni adalah satu “pride” bagi sesetengah ibu. Mungkin terasa jatuh maruah bila tidak dapat menyusu anak atas sebab2 tertentu dan beri anak FM. Bagi saya, saya berbangga kerana saya dah memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak saya.

Kenapa kita boleh pula benarkan anak kecil kita menggongong coklat, gula2, cikedis, aiskrim… ?

{ 21 comments… read them below or add one }

tifa December 14, 2009 at 8:37 am

Saya pun pernah dengar kes sebebegini berlaku, pada saya kalau keadaan terdesak ….susu formula lebih baik daripda air oren or sumber yang lain . Kesian kat anak tu . Kita kena redha selepas segala usaha telah dilakukan .
.-= tifa´s last blog ..Candid Farhan =-.

Reply

Salwa December 14, 2009 at 8:38 am

mujo kami mmg jenis nampak cekedis terus muntah
hehehe
pringles from brunei tentu sedap ye ML :)
kita maggi dah masuk 4 tahgun tak makan
huhuhu
sejak plan nak dapat anak terus hindari maggi
rindunya kat ko wahai maggi
.-= Salwa´s last blog ..Simply The Best – We Are! =-.

Reply

Asiah Abd Jalil December 14, 2009 at 8:39 am

Saya bukan anti breastfeeding ye! Saya breastfeed kelima-lima anak saya. Alhamdulillah, suami juga sangat supportive.

Cuma saya nak tanya kat sini, antara tanggung jawab kat suami dan kasih sayang serta pengorbanan untuk breastfeed anak secara exclusively, yang mana perlu didahulukan?

Sebabnya tak semua suami support breastfeeding, tak semua suami faham jerit perih seorang ibu yang berjuang nak exclusive breastfeeding ni. To mothers yang menyusu badan sepenuhnya, you all tahu kan macam mana kerapnya anak melekat dengan kita, macam mana effort and commitment yang perlu diberi untuk perah susu kat office, macam mana stress nya sometimes bila nak balance between demand and supply, etc.

Tapi orang lelaki takde jiwa sedalam jiwa seorang ibu. Saya pernah came across a few husbands yang complained isteri dia “dah berubah” sejak jadi ibu dan menyusukan anak. Oppsss… bukan perubahan fizikal, tapi perubahan sikap dan layanan terhadap suami. Suami pun sayang anak juga, but at the same time, dia ada keperluan dan kehendak yang diharapkan agar isteri dapat penuhi. Tapi lantaran isteri yang hardcore bab-bab breastfeeding ni, dah jadi macam suami kena bersaing dengan anak sendiri pulak untuk dapat perhatian isteri!

Ibu-ibu yang hardcore bab-bab penyusuan susu ibu ni boleh buat community bloggers, forum, etc, tapi pandangan mereka semuanya adalah bersifat sebelah pihak. Untunglah mereka ada suami yang supportive, ataupun mereka buat tak peduli aje apa perasaan suami. Tapi tak semua mothers out there yang dikurniakan suami yang pro-breastfeeding ni. Berapa ramai suami yang berani nak express their feelings?

Nanti Along cuba tulis pasal ni ye. Maybe from your perspective pulak. :-)

Reply

ulfa December 14, 2009 at 9:41 am

emm..pasal perhatian terhadap suami..bagi saya masalah ini bukan tertumpu kepada ibu yang breastfeed sahaja sbb mana-mana anak yang masih kecil terutama bawah 4 tahun memang sentiasa nak berkepit dengan ibu dia sahaja, jadi memang tanpa disedari ibu mungkin terabaikan si suami. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebab anak sulung saya tidak menyusu badan sepenuhnya hingga dua tahun tetapi dia masih ingin berkepit je dengan saya. Mungkin ini disebabkan jarak di antara dia dan adik dia sangat dekat ketika dia berusia 6 bulan saya mula mengandungkan adiknya. Jadi masalah suami terabai ni bukan disebabkan menyusukan anak semata tetapi faktor seperti jarak anak yang dekat-dekat , jumlah anak yang ramai dan semuanya masih kecil dan perlukan perhatian menyebabkan adakalanya tanpa disedari suami terabai. Diakui ibu yang menyusukan anak biasanya anak akan tidur bersama di sebelah si ibu. Tetapi bagi saya untuk saya mengekalkan privasi atau keintiman dengan suami biasanya saya akan asingkan tempat tidur anak..kalau dia nak susu saya akan bangun menyusukan dia dan setelah selesai saya akan letakkan kembali dia di tempat tidurnya(mula diamalkan selepas usia anak 6 bulan). Memang selagi boleh saya akan pastikan suami yang tidur disebelah saya. Pandangan peribadi saya, sama ada ibu menyusukan anak ataupun tidak kebarangkalian untuk suami terabai tu ada, faktor utama bukan sebab menyusu tetapi jarak di antara anak-anak dan jumlah anak yang masih perlukan perhatian, yang banyak menyumbang kepada faktor suami terabai.
.-= ulfa´s last blog ..The discipline tool kit: =-.

Reply

yatie chomeyl December 14, 2009 at 8:43 am

maso ore gi tokyo miggu lepas, incik hubby jago baby. ore dh tinggal frozen EBM tp bilo baby SN teriok, daddy tok dey nok panaskan…jd dio pong buat FM ko baby. wpon kecewa sikit dan hampir2 merajuk dgn hubby, tp bilo baco artikel ni…nginsaf semula lah..at least hubby bui minum susu formula..mujor dio x suap air teh jepun ko baby hohoho
.-= yatie chomeyl´s last blog ..Customized Felt Tshirt Giveaway =-.

Reply

DBalkis December 14, 2009 at 8:58 am

Saya sangat setuju..jangan kerana kekurangan si ibu, si anak menjadi mangsa..sebagai FTWM, kadangkala kita tak dapat nak maintain susu sentiasa ada banyak (salah sendiri juga sebab tak menuntut ilmu BF before bersalin sbb ingatkan it will come naturally)..

Saya pernah pressure juga terpaksa bagi anak FM di kala umurnya baru 4 bulan kerana kena outstation 9 hari(tokyo juge mcm Yatie chomeyl)..mcm nak gile pam saya cuma dapat bekalkannya EBM penuh selama 4 hari..salah saya tak de stok yang cukup (tak gigih pam waktu dalam pantang), dan outstation tu last minute baru tau..saya sampai sebu2 perut minum milkmaid tea..dan akhirnya saya relakan jua anak minum FM..Cuma saya berjanji pada diri sendiri, kalau boleh adik2 nya nanti akan saya cuba sedaya upaya exclusive bf selama mungkin..Again,Insyaallah..Saya akan pasang strategi lain untuk berusaha ke arah itu..

BF is not as easy as what we think, we need to mentally and physically prepared for it..Jangan salahkan “keturunan susu tak banyak”, bekerja or other reason..Banyakkan membaca dan bertanya kepada yang berpengalaman.

Psl hubby, perit jerih kita membuka mata mereka. Kita kena jaga kedua-duanya, hubby and baby..My hubby sendiri kagum dengan BM sebab dia kata my son nangis teruk sebab sembelit time I outstation sbb bb minum FM..dia kata mmg BM miracle..start tu dia sangat support BF..Just my humble 2 cents(maafle panjang pulak)
.-= DBalkis´s last blog ..Dextromethorphon, Psendoephedrine and breastfeeding =-.

Reply

MAH December 14, 2009 at 9:52 am

kalau mak mak tak bangga, nampak macam kita ego tak bertempat.

apalah dosa anak sampai taknak bagi susu (FM) huhuhu

kalau kita dah berusaha dan memang tiada rezki anak kita terhadap susu kita, tak salah dan memang wajar memberi anak FM

mungkin mencari FM yg serasi memerlukan masa untuk d cuba jaya

Reply

eyriqazz December 14, 2009 at 9:58 am

Anak saya pula ada alergic lastose masa lepas lahir..jadi sehingga 6 bulan kami plan kasi susu soya dulu seperti direkomenkan doktor…kami guna jenama Isomil…tapi susu ibu tetap diberikan…
.-= eyriqazz´s last blog ..Curious Kids Need to be Tough Inside =-.

Reply

Nadiah Sidek December 14, 2009 at 10:08 am

sy pun setuju. kalau dh betul2 tak mampu (dh usaha mcm2 still tak berjaya) nak BF anak sendiri, better cari ibu susuan atau bg FM je. jgn mudharatkn diri sendiri & baby
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Snowman =-.

Reply

MadamKerch December 14, 2009 at 10:10 am

Janganlah kerana prinsip kita, anak jadi mangsa..even saya sendiri mengalami masalah ini..ketika saya gagal membekalkan BM kepada anak saya..nak tak nak kene juga beri FM..but soya base..sebab alergik..but..demi anak..sian kat dia..yer la..walau pun saya ni bukan peminum susu tegar..even rasa sedih pun ada sebab tak dapat bekalkan BM kepada sikecil..tapi DIA kan Maha Kaya..

Reply

fid December 14, 2009 at 10:26 am

niat kena betul
kena tahu mana arah tuju
nak BF sebab nak tunjuk dia hebat sila stop..kalau bebetul nak susukan anak ikhlaskan diri..Insya Allah Allah permudahkan….
.-= fid´s last blog ..masak-masak =-.

Reply

Salwa December 14, 2009 at 10:49 am

napa org yg banyak susu susah sgt nak bagi susu yg byk tu kat bb lain?actually ramainya yg tak bagi tu not the wife
tp the husband yg tak bagi
sampai ber ounces buang susu sebab excessive…bila minta, katanya suami tak bagi
minta beli pun tak bagi
i rasa…jom kita wat satu program utk educate the husbands la
lagi berkesan rasanya
sebab kena synergize la bila nak BF ni
betui gak kata kak asiah tu
bila suami tak sapot mmg rasa rompong sebelah gigi
kekekeke
.-= Salwa´s last blog ..KL Babywearing Gathering 2009 =-.

Reply

laila December 14, 2009 at 1:01 pm

sy setuju dgn demo nih.
jgn laaa sampai memudaratkan anak sendiri kan? sayang ke namanye tu?
sy pun pro BF juga tp adakalanya kita kena pikir yg terbaik utk semua pihak… esp si anak laaa….
.-= laila´s last blog ..tak lucky pun…. =-.

Reply

hanaseman December 14, 2009 at 1:22 pm

Betul tu.. Janganlah sebab kita dah tak mampu nak supply BM, kita langsung tak bagi anak kita minum susu dari sumber lain. Sanggup bagi air kosong pun ada semata2 taknak bagi anak FM.

Saya memang penyokong BF dan juga suami.. Niat memang nak bagi anak BF sampai 2thn, tapi tergendala sebab preggy time anak 10 bulan. Alhamdulillah, dapat supply full EBM sampai dia reach 1thn. Lepas tu baru start bagi FM + fresh milk sampailah saya bersalin adik dia.
And now saya tandem nursing balik. Cuma abang tu still need FM time kat rumah BS.
.-= hanaseman´s last blog ..Kita saling memerlukan =-.

Reply

zuhaini December 14, 2009 at 3:24 pm

erm.. entah ye.. no komen.. hihi..
.-= zuhaini´s last blog ..Happy Birthday to us!!! =-.

Reply

littlemama December 14, 2009 at 7:44 pm

tidak wajar ibu itu terlalu ego sampai bagi baby 4 bulan solid food sedangkan perut baby belum bersedia for solid.. i mean ibu kena put aside the ego la.. BF mmg the best tapi kalau dah susu takde FM is second best lah for baby less than 1 year.. juice pun kalau nak bagi kena yg fresh not yg jenis bancuh like ribena (ribena pun tak sesuai untuk less than 1 year – cuba baca the label).
.-= littlemama´s last blog ..Nuffnang Friso Gold Family Day Out =-.

Reply

apo2 ajo lah December 14, 2009 at 8:30 pm

kalo dah terdesak nak wat guane
FM mmg lah x standing BM
tapi dah xdo rezki nak berBF jgn lah sampai anak dbiarkan x dapek susu

Reply

ummu_abdullah December 15, 2009 at 3:15 am

Alhamdulillah saya dapat BF kedua2 anak saya.

Niway, betul apa yang mommy lyna cakapkan… Susu sangat penting bagi bayi atau kanak-kanak. Keperluan mereka terhadap susu adalah untuk perkembangan sistem tulang mereka. juga untuk pertumbuhan. jangan sampai kerana kelalaian kita sebagai ibu, kesihatan anak terabai malah memudharatkan… Banyakkan mencari ilmu daripada ego tak tentu pasal…

Reply

Rai December 15, 2009 at 6:51 am

Lyna,
jadi ibu susuan aqil la..lgpun anak2 lyna boy..takde masalah terkahwin pulak..tatau la di masa depan kan..hehe..

Reply

salzahari December 15, 2009 at 9:47 am

pernah baca 1 artikel sempena World BF Day di Mingguan Malaysia..Doc. pakar kita kata, negara perlu wujudkan Bank Susu mcm Stem Bank supaya ibu2 yg ada susu lebih/ dah wean off leh bagi susu tu utk simpanan / kegunaan bayi yg memerlukan spt prem.babies yg abandoned dll. VERY GOOD IDEA! hope kerajaan (esp.Kem.Wanita) akan put fund and effort to make this reality…..

anyway, betul jugak point kak Asiah dan komen Ulfa..sbrnya bila bayi lahir, si ibu mmg akan terleka dan tumpu lebih perhatian pd keja2 menjaga anak hingga suami RASA terabai. it did happens to me! but then, both hubby and wife kenalah seat, discuss and share the chores so wife tak kena buat semua (jaga anak, mandikan, buat keja rumah, bancuh susu dll) so wife juga dapat masa dan tenaga utk hubby! Win-win situation utk anak dan hubby…

kdg2 hubby ni harap kita jadi superwoman..All-in-One package! bengkok la…pastu complaint lak!! adusss………….

Reply

fifah December 15, 2009 at 4:39 pm

betol lyna..im agree with you(muwafiqah biki)….BF ni kdg2 nampak dah jadi trend..lebih kepada pride…opsss…saya x cakap suma ibu2 bf camtu..tp ada gak yang mcm tu….sian bebi…x salah fm…kalo dah x de rezeki..nak buat mcamana…susu is one thing n didikan is one biggest menu…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm