Nak Tulis Blog – Apa Patut dan Tak Patut

admin Avatar

Ada kalanya kita ‘assume’ blog ni macam diari, so kita tend tu tulis apa2 je yang terlintas di fikiran. Termasuklah benda2 peribadi, dan benda2 yang biasanya kita susah nak cakap atau luahkan, kita tulis di blog.

Ada kalanya kita hanya jadi anonymous walaupun di blog sendiri, tapi adakalanya kita terlalu terbuka hingga menitipkan no. surat beranak setiap anak kita di blog.

OK memang blog ni tak ada rules and regulation untuk tulis ape pun itu suka hati kitalah. At least kat Malaysia ni… unless kalau tulis tentang perkara2 sensitif yang berunsur perkauman, menghina institusi raja2 atau kerajaan, etc. Paling tak pun mereka akan pantau, tapi sejauh mana aje nak pantau kan. Ada berapa bloggers kat Malaysia ni…

Namun begitu, di sebalik kebebasan menulis, especially blog peribadi, kita sendiri sebagai individu sebolehnya ada limitation tentang apa yang patut ditulis di blog. Ye.. ye.. memang betul orang kata "Blog saya suke hati saya laaa" tapi ada beberapa perkara yang kita mungkin kena ambil kira sebelum menulis sesuatu yang semberono:

– blog kita boleh dibaca oleh sesiapa sahaja
– sekiranya blog/page kita diindex oleh Google, ia akan muncul di page carian Google
– tak semua yang membaca blog kita adalah orang yang baik/dengan niat baik

Kita mungkin tak kisah tentang kata2 kritikan, mungkin komen yang negatif, dsb. Tapi ada banyak perkara yang kita mungkin harus consider.

1. Expose tentang perkara/perangai kita yang negatif.
Hari ni mungkin tak ada apa-apa tapi besok2 kita tak tahu, kot kita jadi somebody & ada orang nak jatuhkan kita, they can use all those points yang kita sendiri yang expose-kan.

2. Sifat/perangai negatif ahli keluarga – anak2, suami, isteri, mak, mentua, etc.
Selain dari mungkin mereka yang di atas terbaca, mungkin orang-orang yang berurusan dengan mereka terbaca tentang komen negatif kita tu. We should protect our family, walaupun perangai mereka keji macam haram, tapi one day, just imagine kalau suami/isteri/anak/adik atau sesiapa dalam anggota keluarga kita terlepas peluang yang baik disebabkan oleh ada pihak terbaca kenyataan buruk tentang beliau yang dibuat oleh ahli keluarga sendiri.

Not fair, kan. Kalau orang lain yang tulis mungkin kita boleh defend, maybe orang tu dengki ke apa. Ini, kita sendiri yang tulis.

3. Detail2 tentang anak-anak kita. Sekolah kat mana, kelas mana, nombor berapa, etc.
Mungkin sekarang belum ada kes lagi (kot). Tapi just precaution. Mungkin ada orang yang keep anak kita on their eyes daripada maklumat yang kita letak di blog. naudzubillah.

4. Alamat rumah, no telefon, alamat office, kerja apa, gaji berapa, no plet kereta, etc.
Selain dari details pasal anak-anak, details pasal family.. kita kena jaga. Mungkin kita rasa "Alah takpe aku bukan siapa-siapa pun, mana ada orang nak ape-apekan". Yang bukan siapa-siapa tu laaa yang kena jaga.

Bayangkanlah kalau semua orang tahu kita tinggal kat mana… Dengan kata lain kita exposekan rumah kita untuk public. Bukan bermaksud sesiapa boleh datang bertandang.. tapi juga datang tanpa diundang… Kalau setakat mention "I tinggal kat Bandar Tun Hussein Onn Cheras, I tingal kat Damansara Height, I tinggal kat Seksyen 2 BB Bangi" tu takpelah. Too general kan. Ada berapa ribu orang pun yang duduk kat situ. Tapi.. kalau "I tinggal kat No. 19, Jalan Rusa 3, Taman Rusa Nani, KL" Ayooo~~~~

Kalau nak invite orang datang rumah, bagi je alamat/map via email.

Itu cuma contoh je. Yang penting kita tahu untuk set limit dalam menulis dalam blog. Even blog peribadi, online diary ke apa jadah sekalipun, kita kena selalu ingat that selagi kita open for public, kita tak boleh sekat sesiapa pun untuk baca blog kita. Tapi particularly blogging tu memang for public reading kan.. so pandai2 lah kita set limit kita kat mana.

Maybe ada yang tak kisah sebab they have nothing to lose. Tapi cuba kita fikir, being me, or being you, adakah kita sanggup hadapi semua tu?

Kalau saya….. kalau lah nak sangat nak tulis benda yang too personal, tulis je kat diari sendiri. Macam kehidupan kita yang biasa pun, tak semua benda kita cerita kat orang. Sebab benda2 macam ni kadang2 melibatkan safety dan security kita dan ahli keluarga kita.

admin Avatar

17 responses to “Nak Tulis Blog – Apa Patut dan Tak Patut”

  1. aidie Avatar

    masalah juga living in information era ni..everything is available online. tapi u r rite. we have to be cautious on what we write. tambah2 utk org yg ada PHD (perasaan hasad dengki) ngan kita, they will all use the necessary information available to ruin us.

    minta2 dijauhkan..

    pesanan penaja: sila beli lappy cepat2 yeee 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      well said bebeh!

      jawapan yang ditaja : tunggulah kemunculannya!

  2. eliss Avatar

    yang penting sebelum tulis pk pk kan lah pro n cons nya..tak gitu?
    .-= eliss´s last blog ..Rumah aku sudah pasang parabola =-.

  3. farah Avatar

    ade dengar jugak pasal ni kat radio pagi td..diorg cakap dun ever reveal ur address kat FB hahaha skang perompak pon dah celik IT kan..sekali die tahu kite balik kg based on status dalm FB pastu senang2 je nak merompak.
    .-= farah´s last blog ..Tips mengempiskan perut selepas bersalin c-sect =-.

  4. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Kena hati2 la ekk ape nak tulis tu

  5. mama balqis Avatar

    yup!pikir dulu sebelum tulis….org jahat skang dah celik IT….so..jangan cerita details sgt kat dalam blog…biar umum sikit…kalu org nak wat jahat tak leh nak agak bila kita nk outstation, nk balik kg, nk bercuti…..pastu jgn komen yg mengarut2…kan tak pasal2 kena saman takpun masuk jail..haru…
    .-= mama balqis´s last blog ..……IA BERLAKU LAGI =-.

  6. mamasyaza Avatar

    tq so much atas tips yg diberikan. mmg betul kengkadang tu bila dah mula tulih n3..lupa yg sesetengah perkara tu sepatutnya private n confidential…peringatan utk kita semua
    .-= mamasyaza´s last blog ..Si Kecik Ku…1st Day =-.

  7. Salwa Avatar

    maklumatku dalam facebook semua palsu
    hahahahaha
    siap tulis tinggal di luxembourg
    sah sah la tak betui
    kat blog pun hampir semua entry kud ah remove gmbar
    rasanya takpayah org tau muka pun takpa
    lyna tau cukup laa
    hehehe
    .-= Salwa´s last blog ..Kongsi Cerita dan Menangi RM2000 =-.

    1. salzahari Avatar
      salzahari

      oohh..dah tahu salwa menipu! :> so akan dikorek yg asli punya alamat…hheee

  8. Hanis Avatar

    betul la…ngeri betul bila memikirkan..search je kat tenet nie, sumer segala mak nenek jejak kesan kita zaman batu dulu,sejak mula berjinak dengan internet nie, sumer ada…huhuhuhu..bahaya…sib baik tak over expose..
    .-= Hanis´s last blog ..Nak duit RM 2,000 ?.. =-.

  9. ummikhayra Avatar

    My MIL pun dah warning nini awal-awal dont reveal any information that can be used oleh orang2 yang PHD or orang-orang yang ada tujuan tertentu. Walaupun kita ni nobody pun, but mana tahu data tu akan digunakan untuk tujuan lain..
    .-= ummikhayra´s last blog ..~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~ =-.

  10. dbalkis Avatar

    Betul tu..terlalu detail sampai semua nak dicerita..kadang2 kita yang baca jadi takut…takpela blog mereka..suke mereka la..Lyna dah peringat. Sama2 la kita berjaga2..tHANKS!!
    .-= dbalkis´s last blog ..CDs Review (Part II)- Benefits of Using Cloth Diapers (Kebaikan menggunakan Cloth Diapers) =-.

  11. ummi Hanie Avatar

    thanx 4 remembering us..

    memang kebanyakan blog cerita details yg agak personal secara open..maybe they don’t realize what’s the bad consequences..naudzubillah
    .-= ummi Hanie´s last blog ..Sakit itu untuk meningkatkan darjat… =-.

  12. zuhaini Avatar

    betul.. sometimes we tend to get carried away… 🙁

    semua nak tulis.. patutnya kena tapis dulu… 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Are we slowing down? =-.

  13. […] Sites, NoteToSelf — by zamaiza @ 10:23 pm MommyLyna wrote about what to/not to blog in her blog recently. She talked about how we should never blog about negativity, or reveal any personal […]

  14. salzahari Avatar
    salzahari

    saya ada jumpa satu blog yg tulis psl hal dlm kelambu..waaah, walaupun gurau2 SX shj tapi malu la sikit sbg wanita. saya yg bc rasa merah je pipi! emm..tak tahu laah setengah org ni.tu status isteri dan mak org tu!

  15. mazz Avatar

    betul2….byk info yg tak leh dedah sebenarnya….ia bukan sahaja bahaya utk kita tapi secara tak langsung ia boleh mengancam keselamatan masyarakat sekeliling dan negara amnya…..tak caya??? cuba tanya mereka yg kerja bahagian risik (army).
    .-= mazz´s last blog ..Cara pulihkan demam dgn cepat dan berkesan, insyaallah =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge