Ada kalanya kita ‘assume’ blog ni macam diari, so kita tend tu tulis apa2 je yang terlintas di fikiran. Termasuklah benda2 peribadi, dan benda2 yang biasanya kita susah nak cakap atau luahkan, kita tulis di blog.
Ada kalanya kita hanya jadi anonymous walaupun di blog sendiri, tapi adakalanya kita terlalu terbuka hingga menitipkan no. surat beranak setiap anak kita di blog.
OK memang blog ni tak ada rules and regulation untuk tulis ape pun itu suka hati kitalah. At least kat Malaysia ni… unless kalau tulis tentang perkara2 sensitif yang berunsur perkauman, menghina institusi raja2 atau kerajaan, etc. Paling tak pun mereka akan pantau, tapi sejauh mana aje nak pantau kan. Ada berapa bloggers kat Malaysia ni…
Namun begitu, di sebalik kebebasan menulis, especially blog peribadi, kita sendiri sebagai individu sebolehnya ada limitation tentang apa yang patut ditulis di blog. Ye.. ye.. memang betul orang kata "Blog saya suke hati saya laaa" tapi ada beberapa perkara yang kita mungkin kena ambil kira sebelum menulis sesuatu yang semberono:
– blog kita boleh dibaca oleh sesiapa sahaja
– sekiranya blog/page kita diindex oleh Google, ia akan muncul di page carian Google
– tak semua yang membaca blog kita adalah orang yang baik/dengan niat baik
Kita mungkin tak kisah tentang kata2 kritikan, mungkin komen yang negatif, dsb. Tapi ada banyak perkara yang kita mungkin harus consider.
1. Expose tentang perkara/perangai kita yang negatif.
Hari ni mungkin tak ada apa-apa tapi besok2 kita tak tahu, kot kita jadi somebody & ada orang nak jatuhkan kita, they can use all those points yang kita sendiri yang expose-kan.
2. Sifat/perangai negatif ahli keluarga – anak2, suami, isteri, mak, mentua, etc.
Selain dari mungkin mereka yang di atas terbaca, mungkin orang-orang yang berurusan dengan mereka terbaca tentang komen negatif kita tu. We should protect our family, walaupun perangai mereka keji macam haram, tapi one day, just imagine kalau suami/isteri/anak/adik atau sesiapa dalam anggota keluarga kita terlepas peluang yang baik disebabkan oleh ada pihak terbaca kenyataan buruk tentang beliau yang dibuat oleh ahli keluarga sendiri.
Not fair, kan. Kalau orang lain yang tulis mungkin kita boleh defend, maybe orang tu dengki ke apa. Ini, kita sendiri yang tulis.
3. Detail2 tentang anak-anak kita. Sekolah kat mana, kelas mana, nombor berapa, etc.
Mungkin sekarang belum ada kes lagi (kot). Tapi just precaution. Mungkin ada orang yang keep anak kita on their eyes daripada maklumat yang kita letak di blog. naudzubillah.
4. Alamat rumah, no telefon, alamat office, kerja apa, gaji berapa, no plet kereta, etc.
Selain dari details pasal anak-anak, details pasal family.. kita kena jaga. Mungkin kita rasa "Alah takpe aku bukan siapa-siapa pun, mana ada orang nak ape-apekan". Yang bukan siapa-siapa tu laaa yang kena jaga.
Bayangkanlah kalau semua orang tahu kita tinggal kat mana… Dengan kata lain kita exposekan rumah kita untuk public. Bukan bermaksud sesiapa boleh datang bertandang.. tapi juga datang tanpa diundang… Kalau setakat mention "I tinggal kat Bandar Tun Hussein Onn Cheras, I tingal kat Damansara Height, I tinggal kat Seksyen 2 BB Bangi" tu takpelah. Too general kan. Ada berapa ribu orang pun yang duduk kat situ. Tapi.. kalau "I tinggal kat No. 19, Jalan Rusa 3, Taman Rusa Nani, KL" Ayooo~~~~
Kalau nak invite orang datang rumah, bagi je alamat/map via email.
Itu cuma contoh je. Yang penting kita tahu untuk set limit dalam menulis dalam blog. Even blog peribadi, online diary ke apa jadah sekalipun, kita kena selalu ingat that selagi kita open for public, kita tak boleh sekat sesiapa pun untuk baca blog kita. Tapi particularly blogging tu memang for public reading kan.. so pandai2 lah kita set limit kita kat mana.
Maybe ada yang tak kisah sebab they have nothing to lose. Tapi cuba kita fikir, being me, or being you, adakah kita sanggup hadapi semua tu?
Kalau saya….. kalau lah nak sangat nak tulis benda yang too personal, tulis je kat diari sendiri. Macam kehidupan kita yang biasa pun, tak semua benda kita cerita kat orang. Sebab benda2 macam ni kadang2 melibatkan safety dan security kita dan ahli keluarga kita.
Leave a Reply