Sebut tentang nak jadi ahli Shaklee, ramai yang geleng kepala, tak kurang yang memandang sinis. Semuanya kerana label “MLM” tu membuatkan masyarakat dah letak cop mohor, bila sebut ‘ahli Shaklee’ je, benda macam ni timbul dalam kepala.
Bila sebut tentang bisnes Shaklee pun, biasanya benda macam ni:
Saya akui memang benar berlaku. Malah saya sendiri pun pernah terima beberapa email dari mereka yang pernah ‘terkena’, kononnya bisnes tapi sudahnya jadi macam rajah di atas. Menjadi “the last guy” yang ‘dibuli’ katanya…
Mereka ni biasanya orang2 yang dikelabukan mata dengan benda 5-6 angka tu, dan orang2 yang langsung takde basic tapi berbekalkan semangat nak jadi kaya macam orang lain dalam group itu.. Bila dah terjoin tak tahu nak buat ape…
Hakikatnya, bila diteliti MLM adalah satu sistem perniagaan yang terbaik, bilamana sistem simbiosis diaplikasi pada setiap level. Sebetulnya, tiada istilah ‘upline kaya downline kerja’ dalam MLM. Kerana sebagai leader, sekiranya dia Muslim, dia adalah bertanggungjawab atas setiap sen yang masuk ke dalam akaunnya. Tugas leader MLM SEBETULNYA sangat berat untuk memastikan anak2 buah mendapat ilmu bisnes yang betul, bukan ilmu menipu untuk cepat naik pangkat.
Namun, sama lah seperti dalam perkara2 lain… Sifat manusia ni tak setiap masa ke arah yang baik. Sedangkan iman umpama air laut yang ada pasang surutnya.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda “Setiap umat ada ujiannya, dan ujiam umatku adalah harta kekayaan”.
Jadi, bila tibanya ujian ni… Tak semua orang mampu melepasinya. Ramai yang kecundang di kaki langsir kekayaan ni katanya… Kaya itu memang boleh buat orang gelap mata. Sebab tu lah para sufi & ulama silam lebih suka memilih hidup yang jauh dari harta kekayaan, kerana takutkan ujiannya. Namun begitu, tak kurang juga para ulamak dan sahabat yang kaya-raya bilionair.
Dan Rasulullah bersabda, “Ahli perniagaan yang jujur di hari akhirat kelak akan dikumpulkan bersama para syuhada” (HR Hakim dan Ibnu Majah).
Tinggi kan taraf syuhada itu? Darjat yang dirindu2 oleh para pejuang Islam. Sehingga darahnya diharamkan untuk neraka.
Apa jadi kalau peniaga yang tak jujur? Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Sama-samalah kita menjaga perniagaan kita. Baik konvensional mahupun pemasaran bertingkat. Yang jelas haram kita jauhi, yang halal jangan kita kotori.
Berniaga dengan ikhlas dan jujur, adalah satu jalan mendekatkan diri pada Allah SWT.
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda, dan baju menyusu Muslimah untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagaimana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
—–———–———-
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply